Umum Pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom di rumah May 30, 2020

Pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom di rumah ni sebenarnya pengalaman yang baru bagi saya. Tapi dah lama pun orang buat. Yang pastinya masa PKP ni cara ni lagi memudahkan dan jimat masa.

Niat nak jual kereta

temujanji pemeriksaan puspakom

Saya plan nak jual kereta Savvy ni dan pada masa sama road tax pun dah setahun tak dihidupkan. Sebab saya ada kereta lain juga jadinya kereta Savvy ni jarang bergerak. Enjin Savvy dan body pun masih baik walaupun dah 12 tahun tau.

Biasanya suami yang rajin bawak berjalan dan start enjinnya. Harapkan isteri ntah bila nak buat hahaha. Takpela banyak pahala suami dapat kihkihkih.

Kereta Savvy dah 12 tahun

Saya beli tahun 2008. Jaga baik punya. Lady driver, satu owner dan accident free. Hahaha siap promo kat korang kot berkenan nak beli. Tapi masuk iklan kat Mudah dan Market Place Facebook, ramai yang tanya tau.

Rupanya ramai yang sukakan kereta Savvy ni. Ada yang claim dah lama cari dan siap nak letak booking even belum datang tengok. Seronok plak tengok feedback diorang sampai rasa nak meniaga plak 😂.

Cara book online temujanji Puspakom

temujanji pemeriksaan puspakom
Buat website https://www.mypuspakom.com.my/ dan daftar di sana. Boleh baca step yang lengkap di bawah.

 

pengalaman pemeriksaan Puspakom
Bila dah activate akaun, pilih urusan yang anda mahukan

Ok cara nak buat pemeriksaan atau Puspakom inspection ni mudah je. Semuanya pun online. Jadi online jugalah prosesnya.

  1. Buka laman web https://www.mypuspakom.com.my/.
  2. Klik register dan anda akan terima emel untuk activate akaun.
  3. Cek email dari Puspakom dan klik activate
  4. Kemudian log in ke akaun dan klik pada pilihan yang anda mahu.
  5. Macam saya memang saya nak Puspakom inspect kat rumah, jadi saya klik Mobile Van Reservation dan masukkan segala maklumat yang mereka nak. Maklumat ni berkenaan kereta yang nak inspect tu lah.
  6. Dan setelah masukkan details, akan keluar jadual tarikh untuk pemeriksaan. Warna merah tu dah fully booked. Jadi pilihla hari selain tu.
  7. Then bila dah pilih tarikh dan bolehla buat bayaran online terus. RM31.80-termasuk GST untuk tukar hakmilik dan RM100 untuk caj service.
  8. Bila dah buat bayaran RM131.80 makanya dah settle dan tunggu pihak Puspakom akan hubungi anda pula.

Bayaran Puspakom Mobile Inspection

bayaran pemeriksaan puspakom di rumah
bayaran pemeriksaan puspakom mobile team.

Mudah sangat proses nak buat appointment Puspakom inspection ni. Dah tak perlu nak ke Pusat Puspakom dan menunggu pula. Tapi yelah kenalah keluar duit sikit kan. Tapi pada saya wanita lemah ni ianya sangat memudahkan.

Ok sehari sebelum Puspakom datang dia akan call dan maklumkan jam berapa mereka akan datang. Jangan lupa siapkan geran kereta. Dan sebelum datang tu pun diorang akan bagitau diorang akan bagitau lagi. Baguslah bolehla saya terus get ready je.

Dapat report hari yang sama

Bila sampai diorang terus cek kereta dan buat pemeriksaan yang perlu. Cermin tinted saya tu taklah gelap pun dan takde apa yang perlu dirisaukan hihi. Dalam masa sejam macam tu saya terus dapat report.

panggil puspakom datang rumah
Diorang datang berdua, katanya satu hari ada 4 inspection. Lebih kurang sejam juga masa dari cek kereta hingga nak dapatkan report.
mobile van inspection puspakom
Datang dengan van, kat dalam ni ada mini office untuk diorang key in info dan produce report.

Van tu tengok je kecik tau, dalam tu ada mini office. Sebab report ni diorang akan print terus, dan berikan kepada customer. Sign dan tara!! Report is here!

Dan tempoh sah laku adalah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemeriksaan dibuat. Buyer pun takde lagi ni. So kenalah cepat-cepat iklan dan deal lagi.

Pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom

Itulah dia pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom dengan mobile team diorang. So kalau anda ada nak tanya lebih lanjut bolehla call talian toll free.

Ada rezeki dapatla tembus line diorang. Sebab saya takde rezeki je nampaknya. Talian sibuk. Hihi. Semoga entri ni bermanfaat buat anda semua.

Tags : , , , ,

8 Comments

  • Rawlins GLAM posted on May 30, 2020 at 9:14 pm

    Berguna sangat info sebegini. Even Rawlins pun selalu tersesat dengan urusan sebegini sebab memang tak tahu. InsyaAllah your sharing ini akan membantu ramai.

    Reply
  • Fafa posted on May 30, 2020 at 9:38 pm

    Bab puspakom ni memang rumit sikit kan. Dah senang la kan sekarang boleh call je suruh dorang datang untuk servis n pemeriksaan kereta

    Reply
  • Tekkaus posted on May 31, 2020 at 1:12 am

    Wow. Sangat baik kan boleh terus datang ke rumah tanpa perlu pergi ke tempat puspakom.

    Reply
  • Muhamad Mawardi Mat Yunus posted on May 31, 2020 at 10:26 am

    sharing yang cukup bagus ni untuk rujukan kawan-kawan kita cara betul untuk temujanji pemeriksaan Puspakom di rumah. Baru tau diorang pon ada buat service ke rumah ya. ingat mmg kena ke tempat diorang je.

    Reply
  • Nadia johari posted on May 31, 2020 at 10:35 am

    Wah sennag dh ye sekrg.. Bgus snagat klau diaorg bokeh dtg ke tempat kita.. Boleh share dengan org lain ni

    Reply
  • Huda posted on May 31, 2020 at 12:47 pm

    wah mudah lah sekarang, baru tahu boleh buat pemeriksaan puspakom di kediaman sendiri jer. semoga murah rezeki dapat jual kereta tu dalam masa terdekat ni

    Reply
  • Rane Chin posted on May 31, 2020 at 9:44 pm

    wow, Puspakom is so nice to provide this service for us. Kan very convenient to book online and get it done at our place. Bravo to Puspakom

    Reply
  • ray posted on June 2, 2020 at 11:45 pm

    great sharing

    Reply
  • Leave a Reply