Pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom di rumah ni sebenarnya pengalaman yang baru bagi saya. Tapi dah lama pun orang buat. Yang pastinya masa PKP ni cara ni lagi memudahkan dan jimat masa.
Saya plan nak jual kereta Savvy ni dan pada masa sama road tax pun dah setahun tak dihidupkan. Sebab saya ada kereta lain juga jadinya kereta Savvy ni jarang bergerak. Enjin Savvy dan body pun masih baik walaupun dah 12 tahun tau.
Biasanya suami yang rajin bawak berjalan dan start enjinnya. Harapkan isteri ntah bila nak buat hahaha. Takpela banyak pahala suami dapat kihkihkih.
Baca —> Mohon dan pasang RFID secara PERCUMA
Baca juga —> Jual kereta terpakai secara online di Mudah
Saya beli tahun 2008. Jaga baik punya. Lady driver, satu owner dan accident free. Hahaha siap promo kat korang kot berkenan nak beli. Tapi masuk iklan kat Mudah dan Market Place Facebook, ramai yang tanya tau.
Rupanya ramai yang sukakan kereta Savvy ni. Ada yang claim dah lama cari dan siap nak letak booking even belum datang tengok. Seronok plak tengok feedback diorang sampai rasa nak meniaga plak 😂.
Ok cara nak buat pemeriksaan atau Puspakom inspection ni mudah je. Semuanya pun online. Jadi online jugalah prosesnya. Jom baca caranya di bawah
Mudah sangat proses nak buat appointment Puspakom inspection ni. Dah tak perlu nak ke Pusat Puspakom dan menunggu pula. Tapi yelah kenalah keluar duit sikit kan. Tapi pada saya wanita lemah ni ianya sangat memudahkan.
Ok sehari sebelum Puspakom datang dia akan call dan maklumkan jam berapa mereka akan datang. Jangan lupa siapkan geran kereta. Dan sebelum datang tu pun diorang akan bagitau diorang akan bagitau lagi. Baguslah bolehla saya terus get ready je.
Bila sampai diorang terus cek kereta dan buat pemeriksaan yang perlu. Cermin tinted saya tu taklah gelap pun dan takde apa yang perlu dirisaukan hihi. Dalam masa sejam macam tu saya terus dapat report.
Van tu tengok je kecik tau, dalam tu ada mini office. Sebab report ni diorang akan print terus, dan berikan kepada customer. Sign dan tara!! Report is here!
Dan tempoh sah laku adalah dalam tempoh 2 bulan dari tarikh pemeriksaan dibuat. Buyer pun takde lagi ni. So kenalah cepat-cepat iklan dan deal lagi.
Itulah dia pengalaman temujanji pemeriksaan Puspakom dengan mobile team diorang. So kalau anda ada nak tanya lebih lanjut bolehla call talian toll free.
Ada rezeki dapatla tembus line diorang. Sebab saya takde rezeki je nampaknya. Talian sibuk. Hihi. Semoga entri ni bermanfaat buat anda semua.
Pengalaman jual kereta terpakai online di Mudah. Selepas 12 tahun bersama Savvy, barulah terasa nak…
PG Mall Countdown Sales. Year End Sales memang waktu yang ditunggu-tunggu setiap hujung tahun. Semua…
Riadah Taman Tasik Perdana. Dah lama betul tak beriadah ke sini. Dah 3 ke 4…
3 tips simpan telur supaya segar dan tahan lama. Sejak-sejak berdiet ni, memang saya amalkan…
Aplikasi Islamik Qalby dari Mizz Nina. Sejak dah uninstall Aplikasi Muslim Pro, memang tercari-cari aplikasi…
Rak periuk bawah sinki. Versi jimat tapi kemas. Bertemu lagi dalam tips dekorasi. Don’t forget…
View Comments
Berguna sangat info sebegini. Even Rawlins pun selalu tersesat dengan urusan sebegini sebab memang tak tahu. InsyaAllah your sharing ini akan membantu ramai.
Bab puspakom ni memang rumit sikit kan. Dah senang la kan sekarang boleh call je suruh dorang datang untuk servis n pemeriksaan kereta
Wow. Sangat baik kan boleh terus datang ke rumah tanpa perlu pergi ke tempat puspakom.
sharing yang cukup bagus ni untuk rujukan kawan-kawan kita cara betul untuk temujanji pemeriksaan Puspakom di rumah. Baru tau diorang pon ada buat service ke rumah ya. ingat mmg kena ke tempat diorang je.
Wah sennag dh ye sekrg.. Bgus snagat klau diaorg bokeh dtg ke tempat kita.. Boleh share dengan org lain ni
wah mudah lah sekarang, baru tahu boleh buat pemeriksaan puspakom di kediaman sendiri jer. semoga murah rezeki dapat jual kereta tu dalam masa terdekat ni
wow, Puspakom is so nice to provide this service for us. Kan very convenient to book online and get it done at our place. Bravo to Puspakom
great sharing