Salam 2 Syawal 2020, Selamat Hari Raya Aidilfitri

Genap 15 tahun arwah ayah tinggalkan kami

Salam 2 Syawal 2020 buat semua. Hari ini 25.05.2020, genap 15 tahun arwah ayah dah tinggalkan kami. Rindu sangat rasanya, macam baru semalam ayah pergi. Alfatihah.

Tahun ni kami tak dapat raya jenguk kubur ayah kat kampung ya. Tapi doa tu setiap hari ada untuknya. Walaupun tak dapat ziarah kubur arwah.

Kenangan tu ada kat hati, takkan pernah lupa, Insha allah. Bila dengar takbir raya, lagi sayu. Teringat arwah Ayah, fikirkan keadaan mak kat kampung.

Ehem ehem

Rindu mak di kampung

Kalau kami rindu, Mak tu lagilah terlalu rindu kat ayah. Kesian Mak tahun ni raya tanpa anak-anak. Selalunya kami anak perempuan yang selalu letak kuih dalam balang, masakkan rendang, anyam ketupat, kemaskan rumah dan laman.

Sabar ya Mak, habis Covid 19 ni kami balik jenguk Mak. Baju raya untuk Mak dah pun selamat sampai minggu penghujung puasa. Hope Mak suka pilihan kami adik beradik ni ☺️.

Beli online je, Alhamdulillah saiz pun ngam dengan Mak. Warna pun sesuai dengan Mak. Yang pasti dapatlah bagi aura Raya pada Mak.

Tetamu kami di 1 Syawal

Semalam jamu adik beradik husband datang beraya. Kita beraya norma baru. Tanpa salam, tanpa pelukan. Social distancing.

Budak-budak mana nak paham. Seronok diorang dapat keluar rumah setelah sekian lama terkurung. Kita jamu, raikan dan gembirakan hati yang lara.

salam 2 syawal 2020
Happy family, besar dah anak-anak. Ibu doa semoga kita semua jadi keluarga bahagia till Jannah
Happy family
Tema color hitam.

Tahun ni tema kami hitam menawan.

Nampak kurus kan? 🀭🀣. Kalau hitam ni panas sikitla bila dah tengahari. Tapi syukur jugak semalam hujan renyai. Langit pun mendung. Sejuk sikit πŸ˜‰.

Seronok tahun ni anak-anak perempuan dah boleh harap untuk buat kek sendiri. Cookies sendiri. Dua-dua pun dah tinggi lampai dan baju kami sama saiz okey!! Hmm abisla baju, shawl ngan kasut ibu, dah jadi baju diorang jugak πŸ˜….

BACA  2 event dalam 1 hari

Anak-anak dara pun dah pandai sangat nak melawa. Pandai dah komplen itu ini kalau gaya tak kena. Inilah kawan baik, kawan gaduh, geng dapur dan geng membawang ibu.

Hahaha memang ada je tak kena kalau korang buat silap kan. Almaklumlah ibu banyak karakter. Kekadang jadi kucing, rimau, langsuir hahaha.

Ibu marah bukan sebab itu tak suka, tapi ibu sayang ❀️. Semestinya ibu nak korang jadi insan yang berguna dan berjaya dunia akhirat. Ibarat kata, Ibu mana tak sayang anak weii!!!

Untuk semua, Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin. Salam 2 Syawal 2020.

5 thoughts on “Salam 2 Syawal 2020, Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: