Semakan Status Pengeluaran i-Lestari KWSP Secara Online
Anda dah buat semakan status pengeluaran i-Lestari KWSP?
Jika anda masih belum mohon, jangan risau kerana permohonan masih dibuka sehingga 31 Mac 2021.
Masih ada masa lagi ya.
Proses permohonan baru dan menyemak status permohonan pula sangat mudah, semuanya melalui online di https://ilestari.kwsp.gov.my/.
Saya dah buat semakan status pengeluaran i-Lestari, hanya masukkan nombor kad pengenalan dan nombor telefon.
Bayaran pengeluaran i-Lestari KWSP
Kalau ikutkan permohonan saya berjaya dan bayaran pengeluaran akan dimasukkan ke bank mulai 5 Mei 2020.
Alhamdulillah dengan pengeluaran wang KWSP ni dapatlah membantu serba sedikit perbelanjaan harian sepanjang PKP ni.
Saya sertakan juga syarat permohonan untuk Pengeluaran –Lestari KWSP ini. Bagi anda yang nak tahu syarat terperinci bolehla menyemak di laman FAQ KWSP.
Kelayakan Ahli untuk memohon Pengeluaran i-Lestari.
- Warganegara Malaysia, Pemastautin Tetap dan Bukan Warganegara Malaysia ;
- Berumur di bawah 55 tahun; dan
- Mempunyai baki simpanan di dalam Akaun 2.
Amaun yang layak dikeluarkan oleh Ahli di bawah Pengeluaran i-Lestari.
Amaun Pengeluaran i-Lestari yang layak dikeluarkan adalah minimum RM50 dan maksimum RM500 sebulan. Tertakluk kepada jumlah simpanan yang ada di dalam Akaun 2 semasa bayaran pengeluaran bagi bulan berkenaan dibuat.
Jika jumlah simpanan Akaun 2 adalah kurang daripada amaun yang dimohon, maka amaun pengeluaran untuk bulan berkenaan adalah berdasarkan jumlah baki tersebut.
Permohonan untuk mengubah amaun bayaran pengeluaran.
Buat masa ini Ahli tidak boleh mengubah amaun pengeluaran bulanan berulang yang telah diluluskan.
Bagi yang tidak mahu memohon juga tiada masalah. Tapi jika anda berubah fikiran, masih ada masa lagi untuk memohon pengeluaran i-Lestari.
Tapi perlu diingat!
- Untuk permohonan yang diluluskan diterima pada bulan April 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah bilangan maksimum selama 12 bulan.
- Manakala permohonan yang diluluskan diterima pada bulan September 2020, kelayakan bilangan bulan pengeluaran adalah selama 7 bulan.
- Jika permohonan yang diluluskan diterima pada bulan Mac 2021, kelayakan bilangan pengeluaran adalah selama 1 bulan.
Jadi walau apa pun tujuan pengeluaran ni, yang penting ia digunakan untuk keperluan dan bukan untuk kehendak. Bukan juga untuk benda yang tidak berfaedah. Penting untuk membuat simpanan dan berbelanja dengan jimat bagi pastikan ada makanan yang terhidang di atas meja.
Saya buatkan untuk suami i lestari ni sebab dia saja ada kwsp. Saya dah tak ada
Dengar cerita, pembayaran secara berperingkat. Ada yang LULUS 4 Mei 2020, tapi dianjakkan ke 18 Mei 2020.
Tapi bagus juga. Lambat dapat, lambat habis.
Sangat membantu bagi yang nak daftar i-lestari ni
Info yang sangat berguna bagi yang nak buat pengeluaran.
Thanks for the info.