Blogging Ayam 8 Lada Bersaudara & Chocolate Chip Honey Butter biskut Texas Chicken sedap tak terkata! June 10, 2020

Hari paling happy sebab bila PM umum je dah boleh merentas negeri sekarang ni, benda pertama nak buat of course nak balik kampung! Bila happy macam ni teringin pulak nak makan yang sedap-sedap. Apa lagi jom cuba menu “Ayam 8 Lada Bersaudara & Chocolate Chip Honey Butter biskut Texas Chicken sedap tak terkata!”.

Antara menu yang best di Texas Chicken

Siapa yang pernah makan di Texas Chicken? Saya pun pernah ke sini sebelum PKP. Itu dululah, beberapa bulan sebelum ni. Tapi sekarang ni kita order guna Foodpanda je. Order je terus sampai ke rumah. Tak perlu susah-susah nak keluar pun.

Texas Chicken menghidangkan makanan yang halal dan semestinya banyak killer menu yang ada. Antara menu yang popular ialah Ayam 8 Lada Bersaudara dan Chocolate Chip Honey Butter biskut. Dah pernah cuba?

Ayam 8 lada bersaudara

Dengar nama dah tertanya-tanya, amende ayamnya bersaudara tu? Saudara sapa plak sampai 8 kan? Ha meh nak cerita.

8 lada tu adalah gabungan 8 jenis spices yang bakal menyengat deria rasa korang. Kalau korang yang sukakan ayam pedas atau nak uji ketahanan lidah, bolehlah cuba ayam 8 lada bersaudara. Hahha ada berani nak cuba?

Sekarang ni memang trend orang suka makan pedas kan? Bila buka youtube, semuanya banyak tentang review ayam goreng itu ini. Bila tengok diorang makan je pun dah terliur, so wajiblah cuba. Takdelah mengidam je bila tengok orang lain makan.

Nampak kesedapan ayam 8 lada bersaudara atau dalam bahasa inggerisnya ialah 8 Pepper Brothers Fried Chicken. Lagi sedap bila di makan panas-panas. Dan yang pastinya ia dihidangkan bersama sos istimewa yang sedap lagi terangkat.

Chocolate Chip Honey Butter biskut

coklat cip honey biskut texas chicken
chocolate chip honey butter biskut yang sedap dimakan, tak cukup lima, semestinya kene beli 10 baru puashati.

Kalau nak redakan kepedasan boleh makan ayam 8 lada bersaudara ni dengan chocolate chip honey butter biskut. Emm rasanya memang enak dan sedap. Sangat sukar dilepaskan uolss.

Bila lidah dah kepedasan, kita mesti nak cari something yang manis untuk redakan sikit rasa pedas. Nah makan pula chocolate chip honey butter biskut memang ngam!!

Biskut ni sememangnya dibuat dan dibakar setiap hari. Bila makan biskut yang fresh kita automatik nak makan lagi dan lagi. Jadi beli satu je memang tak cukup, wajib beli banyak.

Sekarang kan masih bulan Syawal. Beli banyak-banyak buat macam hidangan kuih raya di pagi Syawal 😆. Kruk krak kruk krak mengunyah biskut chocolate chip honey butter. Jangan kata sis payung dan tak bagitau kesedapan biskut ni ya.

Bau cookies yang baru dibakar memang sedap dan semerbak. Mana tak terliur, tengok gambar pun dah tahu sedapnya.

Delivery pun boleh

Ha teringin nak rasa menu-menu kat Texas Chicken? Boleh je guna servis western food delivery dari Foodpanda. Tak payah korang nak keluar rumah, pakai mask, berpanas, beratur, tulis nama dan ambil suhu badan.

Guna je servis Foodpanda, dan tau-tau je makanan dah sampai depan pintu rumah. Mudah kan? Makanan pun masih panas-panas dan boleh terus dimakan dengan ahli keluarga.

Tak payah lagi susah payah nak habiskan masa untuk terus ke restoran sebaliknya boleh duduk senang lenang di rumah sambil menikmati makanan yang dipesan. Senang kan? Yummyy!!

1 Comment

  • Tekkaus posted on June 10, 2020 at 1:49 pm

    Chocolate chip biscuits nampaknya sangat sedap. 🙂

    Reply
  • Leave a Reply