Blogging Hadiah untuk Si Manja, Bayi atau Newborn dari Raph & Remy June 8, 2020

Hadiah untuk Si Manja Bayi atau Newborn dari Raph & Remy |Kehadiran orang baru dalam keluarga semestinya satu anugerah yang sangat tidak ternilai. Nak pula bila nak sambut anak sulung dan pastinya satu pengalaman baru yang sangat menyeronokkan.

Teringat semasa saya menyiapkan keperluan untuk anak yang bakal lahir, memang teruja sangat! Semuanya nakkan yang terbaik dan selesa untuk si manja. Bermula dari hujung rambut hinggalah hujung kaki, semuanya mesti lengkap.

Hadiah untuk si Manja dari Raph & Remy

raph & remy

Bila si kecil saya sudah pun 3 tahun, terfikir juga mana nak cari barangan bayi untuk dijadikan hadiah semasa melawat kawan pejabat atau saudara mara yang baru mendapat bayi. Zaman sekarang ramai yang suka jahit sulam nama baby di blanket, sarung tilam ataupun baju. Comel!!

Survey punya survey, terjumpa satu laman web dari Singapura iaitu Raph & Remy yang menyediakan Personalised Baby Gifts. Banyak pilihan gift yang ada untuk dijadikan hadiah. Penghantaran menggunakan perkhidmatan DHL dalam masa 1-3 hari dengan caj berpatutan.

Produknya premium dan eksklusif, kemas, warna pastel yang menarik dan boleh custom made nama untuk diletakkan di baju, blanket dan tuala. Produknya dibuat dari material buluh organik yang sangat lembut dan selesa.

5 pilihan Personalised Baby Gifts

1) Organic BambooCloud Cooling Blanket

personalized baby blanket

Blanket ini dibuat daripada 100% material buluh organik yang sangat mesra alam dan lembut pada kulit bayi. Ia mempunyai pelindung UV semula jadi dan hypoallergenic – ia tidak akan menyebabkan reaksi alahan. Semestinya sangat selesa untuk bayi bagi pastikan mereka tidur lebih lena.

2) Organic Bamboo Baby Towel & Mitt

hadiah untuk bayi
Processed with VSCO with g7 preset

Diperbuat daripada material buluh organik dengan tiga kali lebih serapan berbanding tuala kapas organik. Tuala ini mengeringkan kulit bayi dengan cepat sambil menjadikannya hangat dan sangat selesa.

Set ini diperbuat dengan mementingkan keselesaan kulit lembut si bayi. Sangat sesuai untuk kegunaan seharian, hadiah yang sangat praktikal dan ideal untuk bayi baru lahir dan kanak-kanak sehingga 3 tahun.

3)BubbleGummy Teethers

Kalau nak tahu teether ini adalah buatan tangan tau. Ia adalah campuran manik silikon gred makanan 100% berkualiti tinggi yang bebas daripada BPA dan kayu premium natural beechwood yang tidak dirawat. Iaitu kayu keras yang tahan lama, lestari dan antibakteria semula jadi.

Manik-manik silikon lembut adalah ukuran dan tekstur yang sempurna untuk menenangkan dan mengurut lembut gusi yang si manja. Memang mudah untuk bayi memegang dan menggigit lembut teether ni.

4) Premium Bamboo Swaddles

hadiah untuk si manja baru lahir

Diperbut dari 100% viscose buluh dan terdapat dalam pelbagai campuran warna khas. Selembut sutera dan unik, ianya adalah pilihan terbaik dalam fabrik berkualiti yang mana tiga kali lebih menyerap daripada kapas biasa.

Ianya adalah pelbagai guna, selain selimut ia jugak boleh menjadi nursing cover, alas bayi dan sebagainya.

5) SootherBuddy Security Blanket

Dibuat dengan velboa kelabu neutral yang sangat lembut dan dilapisi dengan satin sutera, SootherBuddy  terbuka di bahagian depan untuk snuggling yang selamat dan selesa.

Pakaian Bayi

1) Knotted gowns

Knotted gowns ni sangat selesa dan semestinya koleksi wajib dimiliki bayi yang baru lahir. Terdapat dalam pelbagai warna dalam ukuran 0-3 bulan. Ianya sangat premium, selesa dan berbutang untuk memudahkan dipakaikan kepada newborn baby. Bahagian bawahnya boleh diikat dan dibuka jika hendak memakaikan dan menukar diaper.

2) Baby Onesies

Tersedia dalam pelbagai warna dari saiz 0-3 bulan. Premium Bamboo Onesies sangat lembut dan selesa untuk kulit bayi bagi memastikan  keselesaannya. Ada 7 pilihan warna untuk dimiliki dan ditukar setiap hari.

Gift Sets

1) Baby Gift Sets

Comel kan? Anda boleh pilih set yang ingin dijadikan hadiah untuk si manja. Pilih warna yang sesuai dan custome made mengikut nama bayi. Memang puashati!

2) Newborn Essential Collection

Hadiah untuk bayi

Memang sesuai untuk dijadikan hadiah untuk mereka yang baru menyambut baby baru. Lengkap dengan baju, sarung kaki/ tangan dan kotaknya sangat eksklusif.

Teruja tengok koleksi Raph & Remy. Dah tak perlu pening fikir apa nak hadiahkan kawan ofis yang akan bersalin tak lama lagi. Haruslah berikan yang terbaik untuk si manja kan.

Jom follow dan like social media link Raph & Remy untuk update terkini. Jangan terlepas produk terbaru dan promosi yang dikemaskini dari masa ke semasa. Selamat bershopping!!

Homepage: www.raphandremy.com

Instagram: raphandremy

Facebook: raphandremy

4 Comments

  • Ardini Humaira posted on June 8, 2020 at 3:10 pm

    Elegan sangat set hadiah raph & remy

    Reply
  • Tekkaus posted on June 9, 2020 at 1:02 am

    Wow ini memang hadiah untuk baby yang sangat, sangat baik.

    Comfortable and chic. 🙂

    Reply
  • Marshaliza posted on June 9, 2020 at 9:33 am

    Tengok kotak dia pun dah lawa sangat….isi dalam lagiiii lawaaaa

    Reply
  • atul Hamid posted on June 12, 2020 at 8:59 am

    cute sangat, suka tengok 😍😍😍

    Reply
  • Leave a Reply