Umum Petik buah salak madu fresh dari pokok, manisnya! June 22, 2020

Petik buah salak madu, korang pernah? Pokok salak ni kat belakang rumah mak saya je, memang pokoknya tu banyak duri dan ngilu tengoknya. Tapi buahnya manis sangat!

Rupa pokok salak madu

Macamana pokok salak madu tu?

Owh ha macam inilah rupanya. Lebih kurang macam daun pokok kelapa sawit sikit. Tapi taklah tinggi macam kelapa sawit. Lepas tu daun atau pelepahnya tu berduri lebih kurang 2/3 inci dan tajam sangat.

Sapa kene cucuk memang bisa, uishh ngilu!

So dont play-play with pokok salak ya.

Lama tak jenguk mak

Bila dah tempoh PKPP, kami pun baliklah ke Pahang nak jenguk mak yang sudah berbulan tak jumpa. Rindu sangat!

Mak pun sama rindu merindu anak-anaknya. Dahla tak dapat raya bersama. Balik pun sekejap je dapat jumpa. Almaklumlah husband kita busy mengalahkan PM. So redha jela bila tak dapat nak cuti lama-lama.

Dah kurus mak nampaknya. Makan apalah mak kat rumah? Saya balik tu pun sempatla masakkan sup ayam, buat sambal kicap. Itupun mak jamah jugalah walau mak kata tak selera nak makan. Kesiannya mak.

Mak minta petikkan buah salak

Bila mak minta jengukkan pokok buah salak kat belakang rumah. Saya pun ajaklah suami pergi sekali. Dia bab memetik buah memang pakar.

Padahal aku yang tak berani nak menjenguk ke pokok tu. Ngilu wei!! Duri tajam giler!! 😂 Sebab tu ajak suami😄.

Kemas daun kering

Sambil sapu daun kering yang melambak kat belakang. Ada pokok manggis, pokok rambutan dan pokok langsat. Harap daun je lebat tapi buahnya takde. Barangkali belum sampai musimnya.

Sambil dah sapu kita kumpul daunnya dan bakar sekali. Bab ni memang anak-anak saya suka sangatlah. Main api kan?.

manis
Inilah hasilnya. Besar-besar kan buah salak madu ni, hmm terbaik

Rakamkan saat manis petik buah salak madu hahaha

Bil tengah syok menyapu, suami panggil minta ambilkan video dia petik buah salak. Adoi dahla kita ngeri campur ngilu. Nak tak nak temankanlah juga.

Subscribe youtube kita ya 👆, tqvm

Ha macam ni lah rupa pokok salak tu. Berduri sana sini, risau terpijak je. Tembus pulak selipar getah ni nanti. Yang bestnya pokok nenas tengah berbuah. Geram tengoknya.

Sambil merakam sambil mata melilau risaukan terlanggar duri. Suami pun sambil memotong duri dan pelepah pokok salak, dia pun bercerita juga. Tak sangka kali ni besar betul buahnya.

Buahnya besar dan manis

Ada yang dah busuk sebab terlampau masak.

buah salak madu dan kulit
Beza kan saiz 2 buah salak ni. Yang besar tu lagi sedap, juicy dan lembut isinya
cara kopek buah salak
Macam inilah cara kupas buah salak. Isinya tebal dan hati-hati sebab kulitnya pun tajam

Mana taknya dah berbulan kami tak balik. Biasa sebulan sekali akan jenguk mak. Tapi bila dah berbulan tak balik, takde siapa yang nak ambil buah ni.

Mak pun bukannya kuat sangat dah nak ke belakang rumah ni. Sakit lutut, sakit bahu. Kesian mak.

isi buah salak madu
memang manis sangat rasanya. Seperti namanya salak madu tu

Tengoklah buahnya besar-besar. Dan nak bagitau korang, salak madu ni manis giler. Isi tebal, bijinya kecil je. Memang puashati dapat makan.

Segar dari pokok.

Tapi sebelum makan, kene buang dulu bulu tajam yang halus pada buah tu. Caranya mudah je.

bersihkan buah salak
Kami letak buah salak dalam bakul berjaring. basuh sambil goyang-goyang bakul tu untuk bersihkan kulit buah salak yang banyak bulu-bulu tajam

Letakkan buah salak dalam bakul dan goncangkan bakul tu sehingga kulit buah salak nampak bersih. Ha itulah petua dia. Lepas tu dah boleh kopek kulit dan sumbat dalam mulut.

Ya ampun manis sangat. Kalau dah masak sangat ni, isinya lembut syahdu gitu. Gigit je terus cair kat mulut. Hahaha tipu je. Kunyahlah, ingat coklat ke nak cair kat mulut?

Tags :

9 Comments

  • Cikgu Badar posted on June 22, 2020 at 10:36 am

    Macam buah laici pun ada.. Sekarang semuanya madu

    Reply
  • Tekkaus posted on June 22, 2020 at 8:49 pm

    Wow lepas ni saya pun nak cuba petik fresh-fresh. 🙂

    Reply
  • Diana Rashid posted on June 23, 2020 at 3:36 pm

    sedapnya..selalu dapat yang kelat. kering.bila gigit tak de jus. Payah nak dapat yang manis gini. selalunya saya beli kt pasar malam je. ni dah PKP dah lama la tak makan salak kelat tu.hahahah

    Reply
  • umi nazrah posted on June 24, 2020 at 5:39 pm

    ya Allah. terliur nya tengok. haha. terasa kemanisan dia kat lidah 😀

    Reply
  • Noor Akma posted on June 29, 2020 at 1:49 pm

    Tak reti nak makan buah salak. Kat kampung saya ada poko buah macam ni tapi masam gila. namanya buah asam paya yang orang buat jeruk tu… 🙂

    Reply
  • awadah posted on June 30, 2020 at 6:22 am

    buah fav suami awa ni haa.. dia mmg minat betul lagi lagi kalau yang dah di jeruk! Salak madu memang manis dari salak biasa. rangup pulak .. sedapnya

    Reply
  • cikza posted on June 30, 2020 at 7:44 am

    baru semalam cikza makan buah salak, sedap dan manis. Tapi seronok kalau mereka yang ada kebun buah salak tu. Mahal kot kalau jual di pasaran

    Reply
  • Shamiera Osment posted on June 30, 2020 at 11:19 am

    Sedapnya buah salak fresh. Suka juga makan buah salak ni tapi susah juga nak cari. Hihi

    Reply
  • farhana jafri posted on June 30, 2020 at 12:08 pm

    sedapnya! Memang lagi besar la dari buah salak biasa. Warna pun lagi cerah. Sama la tak suka petik buah salak sebab duri diaa menakutkan! Suka makan je hehehe

    Reply
  • Leave a Reply