Pinggan bunga kangkung purple

Koleksi pinggan dan cawan bunga kangkung

pinggan dan cawan bunga kangkung
Cawan ni memang legend betul kan

koleksi Pinggan bunga kangkung purple

Koleksi pinggan dan cawan bunga kangkung.

Saya suka hiasan pinggan dan cawan antik macam ni. Antik ke? Pada saya ianya banyak sentimental
value. Ini adalah antara koleksi pinggan, mangkuk dan cawan yang disimpan oleh mak.

Mak saya masih lagi simpan untuk kegunaan harian di rumah. Teringat masa kecil dulu, hidangkan nasi panas untuk arwah ayah, emmm memang ianya penuh memori.

Alfatihah untuk arwah ayah.

cawan bunga kangkung
Kalau minum kat kedai kopi ni memang serius klasik hahahha

Photobucket Pictures, Images and Photos

Pinggan mangkuk klasik

Bila tengok kepada rekaan bunga dan daunnya sahaja sudah boleh mengembalikan nostalgia masa kecik-kecik.

Tak sangka ianya menjadi rebutan bagi peminat dan pengumpul barangan klasik dan antik ini. Yang saya ada ni pinggan lama bunga hitam.

Hihihi dulu-dulu mana heran tentang ini semua kan. Kami ni tinggal di Felda, kalau ada kenduri memang akan guna pinggan mangkuk sendiri. Sebab tu banyak koleksi yang mak ada kat rumah kampung.

Dan kalau makan guna pinggan ni lebih best tau! Sebab apa? Sebab pinggannya berlekuk atau lebih ke dalam. Tak macam pinggan leper sekarang. Jadinya dengan pinggan kangkung ni makan berkuah tu sesuai sangatlah.

BACA ->> Makan gulai itik di pinggan kangkung

Pinggan bunga kangkung
Kita bungkus bawa balik Shah Alam haha

Pencinta koleksi pinggan dan cawan bunga kangkung

Dan paling tak sangka ianya dijual pada harga RM10 sebiji pinggan. Tapi mak jangan risau, Aju tak akan jual pinggan-pinggan mak ni hihihi… eiii sayanglah kan. Selagi boleh guna kita guna ajelah kan mak.

Walau bertahun-tahun dah guna, masih tahan dan tak pecah lagi. Kalau betul jaganya dan handle with care insya allah masih elok kan.

Dari corelle bertukar ke pinggan bunga kangkung

Pinggan bunga kangkung klasik
Beza pinggan corelle dan pinggan bunga kangkung
Koleksi pinggan lama
Saya ada dua warna ni. Nak bawa banyak-banyak pun tak perlu kot. Jadi saya ambil 8 ketul je dari rumah mak.

Pinggan kegunaan harian

Sebelum ni saya guna pinggan corelle. Tapi tengoklah perbezaannya. Pinggan corelle leper dan pinggan bunga kangkung tu pula berlekuk. Saya simpan elok-elok dalam almari. Ini memang kami gunakan untuk harian. Anak-anak pun suka juga. Moga jadi kenangan untuk diorang pulak kan.

BACA  Bye bye Kuala Lumpur, welcome to Shah Alam

Kalau ada tetamu datang saya hidangkan pinggan corelle tu. Sebab saya hanya ada 8 ketul je pinggan bunga kangkung yang diambil dari kampung. Nak bawa banyak-banyak pun nak simpan kat mana haha. Jadi jangan tamak 😂.

Kedai jual pinggan antik

Kalau google banyak juga kedai yang jual pinggan dan cawan antik ni. Katanya kat area Ipoh banyak kedai macam ni.

Boleh waze je. Tapi yang tu korang kena survey dan google ya. Mana tahu tetiba minat pulak nak buat koleksi kan.

Macamana pula dengan anda ye? Adakah peminat barangan antik di sini? Masihkah menyimpan pinggan dan mangkuk sebegini? Kongsikanlah pengalaman anda di sini, cheewahhh macam contest plak kan 😉

16 thoughts on “Koleksi pinggan dan cawan bunga kangkung”

  1. Suka juga tengok pinggan mangkuk yang ada bunga menarik, tetapi bukanlah peminat pinggan antik, saya lebih gemar corak yang lebih ringkas untuk kegunaan di rumah.

    Namun tempoh hari ada beli satu set pinggan mangkuk bercorak bunga untuk digunakan apabila ada majlis-majlis keraian.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: