Cara tanam timun jepun, pokok timun mula berbunga.
Pokok timun mula berbunga! Seronok sangat pokok yang dibelek, belai dan disiram setiap hari akhirnya berbunga.

Inilah kebun tepi rumah saya. Comel je sekangkang kera. Permulaan tanam biji benih, saya tutupkan dengan plastik ni.
Nak tanam timun ni mudah aje. Saya beli biji benihnya dari kedai hardware. Dan saya semai biji benih terus di tanah dan rajin siram dua kali sehari.
Kalau diikutkan saya mula semai biji benih penghujung bulan April 2020. Perkembangan pokok timun ni ada saya ceritakan di bawah.
Memang seronok lihat perkembangannya dari minggu ke minggu. Dan kena banyak bersabar sebab memang pokok timun ambil masa yang lama untuk membesar.
Cara tanam timun jepun

Anak pokok timun pada usia 2 minggu – 2/5/2020.

Ini pula gambar yang diambil pada 9/5/2020.

Ini pula apabila usianya dah mula mencapai sebulan lebih dan gambar ni diambil pada 29/5/2020. Dah pun mula berbunga.

Pokoknya kecil je tapi dah mula berbunga (29/5/2020)
Boleh lihat ya perkembangan pokok timun dari anak pokok sehingga dah besar. Nampak segar daun-daun pokok timun ni. Dan mula melingkar sana sini.
Dan saya yang akan alih pucuk tu untuk melingkar ikut kayu dan buluh yang saya sediakan. Pokok ni jenis merayap jadi wajib kena sediakan kayu untuk dia berpaut.
Boleh tengoklah proses pertumbuhan dan perkembangan si timun dari awal saya tanam. Dan sehingga ianya berbunga dan berputik. Memang kepuasan yang tak tergambar.
Walau pokok ni nampak kecik tapi dah berjaya berputik. Bila dah tanam tu dia akan ambil masa 7 hari untuk keluar dari tanah. Seterusnya membesar dan dalam masa sebulan lebih mula berbunga.
Beza bunga jantan dan betina

Ini bunga betina, hujungnya sedikit berisi dan akan membesar menjadi buah timun. Gambar ni diambil pada 7/6/2020

Ini pula bunga jantan yang selalunya akan keluar terlebih dahulu berbanding bunga betina. Hujungnya kurus dan bila dah berkembang bunganya akan luruh. (7/6/2020)
Saya terus google dan baru tahu yang bunga pertama ni adalah bunga jantan. Biasanya bunga jantan ni yang akan tarik perhatian serangga untuk proses pendebungaan.
Dan memang ya, selepas beberapa bunga jantan timbul, tak lama lepas tu nampaklah bunga betina pulak.
Bunga jantan kurus di hujungnya, tapi bunga betina sedikit berisi kan? Tengok gambar kat atas tu berulang kali, nampak bezanya kan?
Haishh seronok tak terkata pokok timun mula berbunga dan berbuah yeay!!
Bercucuk tanam ni satu aktiviti yang sangat best dan boleh ralit dibuatnya. Saya menanam dari awal PKP dan ada yang sudah pun dituai hasilnya. Contohnya bayam, kangkung, lepas tu bayam, kangkung lagi ahahha. Baru 2 tu jela sayur yang dapat merasa hasilnya.

Terkini pada 12/6/2020. dah mula membesar nampaknya putik timun ni. tak sabar nak mengulam kamu ๐
Yang penting memang kene rajin siram 2 kali sehari, dan rajin baja juga ya. Saya guna campuran baja AB yang boleh dibeli di nurseri jual bunga. Racun siput babi tu pun boleh beli kat sana juga.
Join group menanam di FB
Saya yakin korang pun bercucuk tanam juga kan? Tahniah atas kerajinan masing-masing. Kalau tak menjadi tanaman tu sila ulang lagi ๐. Usaha tangga kejayaan.
Saya join beberapa group bercucuk tanam di FB. Antaranya berkebun di rumah dan kebun bandar. Memang ramai yang share hasil bercucuk tanam. Kat situ pun boleh dapat belajar tips menanam juga.
Contohnya cara nak hapuskan siput babi, tips nak tanam pokok daun ketumbar, cara nak rimbunkan pokok cili padi dan macam-macam lagi. Benda ni semua memang kene aplikasi, dan bila dah tahu cara tak susah mana pun.
Hasil yang dituai

Inilah timun jepun, memang seronok dapat tengok hasil tuaian depan mata

Kami buat ulam je, sedap dan rangup
Selepas beberapa minggu bunga timun muncul, buahnya telah pun selamat dituai. Seronok sebab dapat makan buah timun segar dari ladang. Memang rangup dan sedap dibuat ulam ;).
Semoga entri ini cara tanam timun jepun ini bermanfaat buat semua dan selamat berkebun di rumah.
Tak tahu pulak yang bunga ada jantan juga. Ingatkan cuma betina saje.
Seronok tengok bila bakti kepada tanah membuahkan hasil kan. Rawlins sejenis tangan panas kot – kaktus pun boleh mati hahaha
Sy nk tye kenapa pokok timun sy xmnjalar tp brbunga
ramai yang mula menanam since PKP. serius seronok bile tengok pokok yang kita tanam tu membuahkan hasil
Tak pernah plak amik tau jenis pokok jantan dn betina, kesahnya ada juga ya .. bestnya ada tanah gitu, Sis kenun mini tu balkoni aje.. tanam kecil kecilan aja ..
Jika ada rumah tanah lapang memang seronok bercucuk tanam ni cuma tangan jadi atau dak je.
Macam bes je berkebun ni.. Dulu2 masa kecik suka jugak tanam pokok..
Best sebenrnya vercuvuk tanam ni. Tapi kalau macam rumah nad tepi jalan, kereta lalu lalang, tanam pokok yag sennag jela.. Nak tanama sayuran sgt memng takla..
Seronok tgk hasil tanaman yg membuahkan hasil .. kita pun baru belajar bercucuk tanam shj
wah bunga timun pun ada jantan dan betina. musim pkp ni ramai bercucuk tanam. mommy pun sama. kahkahkah
Wahhhh bestnya bila tanaman hasil sendiri mula membuahkan hasil. Rasa effort dan masa terbayar . Okay baru tahu pasal nie. Selama nie tahu makan je
baru tau cara nak kenal yg jantan or betina. mudah2an pokok sihat
wahhh ilmu baru ni. Memang tak tahu menahu laangsung pasal jantina bunga sebab ingatkan bunga ni memang betina je semua haha
Bestnya kalau rumah landed atau ada tanah boleh cucuk tanam. ni rumah apartment balcony kecil bole buat apa kan. Suka tengok hasil dari masa ke semasa. Mesti rasa berbaloi bakti pada tanag.
Tak tau pun pokok timun macam mana sebelum ni. Biasa tau beli kat kedai dan makan je. Baru tau ada jantan betinanya
Wahhhh
Lepas nih jimat duit tak payah beli timun
Timun pun mahal sekarang
tq for sharing.
excited membaca ni tau.
byk benih pokok timun jepun ari tu aida tanam, tapi now hanya 3 pokok yg keluar.
alhamdulillah… moga menjadik la. tanam dlm pasu aje.