30 day arm challenge. Jom kecilkan lengan yang berlemak | Ha tetiba cerita pasal nak kurus kan? Nak kurus ni memang impian semua orang. Tapi macam mana nak kurus tu? Sangat subjektif.
Cheh ayat tu sangat skema π.
30 day arm challenge
Takpela nak cerita impian dan cabaran saya nak kuruskan lengan. Kita buat 30 day arm challenge. Jomlah set target sama-sama.
Kenapa lengan?
Part lain kurus dah ke?
Jawapannya mestilah…….Belum!!! ππ
Masalah terbesar untuk wanita ni adalah bila ko timbang tapi bacaannya tak berubah walau rasa dah diet. Diet tu banyak maksud.
Adam pun diet what??
Macam contoh anak saya yang Darjah 4 tu kata dia dah diet. Kayuh basikal, main bola setiap hari, tapi bila timbang tak berubah pun ibu?
Macam mana nak kurus bila makan nasi penuh satu pinggan? Minum air sejuk dan air manis. Bab ni ibu punya peranan. Walau dah bagitau jangan minum air sirap dan air sarsi.
Tapi dia dah besar dan dah pandai bancuh air sendiri. Dia tahu itu air yang sedap berbanding air kosong atau air masak. So itulah yang dia minum.
Tapi syukur, bila try baju sekolah masih muat. Walaupun dah cuti 3 bulan masa PKP okey! Jimat duit takdelah nak beli baju sekolah baru π.
Umur hampir 40 tahun

Orang kata saya kurus tapi lemak kat lengan saya je yang tau π
Ok berbalik kepada challenge nak kuruskan lengan ni. Emm bila umur saya dah mencecah 39 tahun.
Tak nampak pun macam umur 39?
Nampak muda walau anak dah 5 orang kikiki.
Itulah yang orang akan cakap bila saya bagitau umur dan bilangan anak. Rasa kembang setaman dan berlegaran di angkasa. Terima kasih atas pujian, saya anggap tu pujian ikhlas untuk saya.
Dan balik rumah mesti bagitau suami sambil suami menjeling-jeling. Kenapa nak jeling bini sendiri ni? Eleh jeles lah tu!!
Siapa tak happy bila orang kata kita begitu kan. Alhamdulillah harap-harap suami saya tak cari yang lain. Ehh, tetiba!!! π.
Dan sebenarnya bila makin berumur, tahap metabolisme pun makin berkurang. Jadi dengan banyakkan minum green tea, bantu tingkatkan tahap metabolisma untuk bakar kalori.
Jom challenge diri sendiri
Bila lengan dah besar, pakai baju pun agak tersekat di skala 8. Nampak menggelebeh lengan dan lemak sado kat situ.
Ish tak boleh jadi macam ni.
Saya kene buat sesuatu!!!
Ok pertama sekali, kita janji dengan diri sendiri, aku boleh!! Mesti banyakkan minum air masak sehari. Ok ada sukatan nya, jangan main balun je.
Ini rukun dia. Berat 25kg = 1 liter air.
Berat saya 63kg so kena bahagikan 63kg/25kg. Jadi kena minum 2.52 liter air sehari. Saya punya impian nak turun lagi 6kg. Nak dapat berat ideal 57kg tu.

Masa ni berat saya 70kg. Kenalah jaga makan noks, kurus tak datang dengan sendiri huhu
BACA >> Perjalanan penurunan berat badan dari 70kg ke 64kg
Saya pernah mencapai berat 74kg. Masa tu mengandung. Memang terasa berat badan ni dan tak larat nak melangkah.
Target turun 6kg
Macamana nak turun 6kg? Saya tengok lemak-lemak tu sangat selesa dan happy berada di peha, punggung dan lengan. Kalau kita exercise dan tumpukan untuk 3 bahagian ni, Insha Alah boleh buang 6kg.
Easily….
Easily…
Tetiba rasa macam mustahil π. π€£π€£.
Sebab dah bertahun nak turun 1kg pun payah. Dah macam yoyo turun naiknya. Itulah sebabnya kena konsisten. Kalau kita konsisten buat apa yang kita nak. Insha Allah dari pahit akan jadi manis akhirnya. Kan???
Badan penat dan lesu
Bila umur nak masuk 40, badan pun senang rasa lenguh dan penat. Bila badan ringan, mudah nak beribadah, nak bangun dari duduk, naik tangga dan buat kerja harian.
Kan kalau tidak susahnya nak bangun bila lutut dan sakit tapak kaki. Kita umur macam ni memang elok ambil supplemen. Kalau tak pun wajib jaga pemakanan.
Jaga pemakanan
Kurangkan makanan berlemak dan bersantan. Banyakkan makan sayur dan buah-buahan. Cakap pasal sayur dan buah, memang saya pastikan ada kat dalam peti ais. Saya tak kisah berbelanja untuk kesihatan.
Sebab apa yang kita beli adalah untuk semua yang ada dalam rumah ni juga. Jadi jagalah pemakanan, Insha Allah saya cakap untuk diri sendiri dan untuk kita semua.
Senaman kecilkan lengan
Ok ini antara senaman yang saya jumpa di google dan sedang praktikkan. Lenguh sangat buat senaman ni. Tapi demi nak sihat, apa ada hal?
Credit to http://myhealthtips.in/2015/10/exercises-to-lose-arm-fat.html.
Kat youtube pun banyak video tips untuk kecilkan lengan. Kat phone masing-masing pun banyak aplikasi untuk bersenam kan. Mudah je nak bersenam zaman teknologi ni.
Nak dengan taknak je.
Jomla senaman sama-sama. Sihat sama-sama untuk diri sendiri dan keluarga tercinta. Diri sendiri paling utama okey!Β Sayangi diri kita dulu. Kita sahut 30 day arm challenge ni k!!
Nanti saya update perkembangan selanjutnya.
Saya rasa kalau boleh buatlar senaman HIIT. Mungkin lebih cepat efeknya.
buat senaman berlainan setiap hari yang melibatkan cardio. kesannya boleh membakar kalori. nak bentukkan badan barulah senaman weightning. apapun jaga makan paling utama
Tapi awak tinggi.. Tak nampak gemuk pun walaupun 70kg.. Saya berat sekarang 65. tinggi 157. Memang nampak merendang je.. Hahah
Nak buang lagi 8-9 kilo lagi sebelum tahun depan..
Bagus tips yg dikongsikan. Klu amalka insyaallah kita akan dapat beeat ideal yg diidamk an
Za skng buat plank je kebanyakan nya sis sbb czer ni xleh nk lompat sakan. Bab push up mmg dari muda remaja failed. Hahahha
Terasa plak diri ini yang lengan sado ni..nak kena try lah tips aju kuruskan lengan ni.. hehe
Sis pun tengah gigih gak ni untuk mengecilkan semua otot, bukan lengan je hahahaha muatan berat dah ni …
Segalanya juga banyak bergantumg pada diaiplin diri. Buatla senaman macam mana pun jika tak ada disiplin tak jadi… bnyak teknik spt ini yg boleh dilakukan jadi jaga disiplin ya…
Wah good luck sis… part yang sis cakap dok timbang tapi macam tak ada perubahan tu, walaupun dah diet… saya pun alaminya… hahahaa…sampai malas pula dah nak timbang.
Nak kecikkan juga mana yang besar. Nak kena push diri ni untuk kurus
berat ni nak kena tengok ketinggian jugak. Ada orang 70kg tak nampak gemuk sebab tinggi. kalau sy confirm nampak gemuk sebab rendang je orangnya
Green tea apa yg elok utk tingkatkan metablisme?
Woww seriously nak masuk 40an?? Tapi nampak kurus mungkin sebab sis tinggi. Ikutkan berat tu. Hehe. Ena pon nk kuruskan lengan ni masa preggy naik 13kg hahaha tq lah share cara senaman lengan
saya minum ahmad green tea pure dan ahmad tea detox sis
suka juga buat yang A dan B tu sebab memang antara rutin untuk exercise saya yang fisio saran. memula memang lenguh tapi lama2 best.. hehe..
uuuuuu senaman yang bagus untuk kecilkan lemak. thanks for sharing sis π
chair triceps dips tu kalau buat 10 kali memang menangis sebab lenguh. Tapi yang tu la yang paling best bila dah achieved goal hihi
wahh boleh cuba senaman kecilkan lengan tu. iena pu rasa macam lengan iena besar je π
Betul la tu. Nak dengan taknak je lakukan. Sebab bukan ambil masa sejam pun bersenam ni. Tapi kalau malas menguasai diri.
Alamak terasa lak kita bila baca artikel ni hehehe nak buat senaman kat rumah untuk bukan nak kurus tapi nak lebih stamina dan bertenaga pun malas asyik baring tidur jer wakakakak tapi untuk orang perempuan yang nak dapat kesan bagus buat senaman macam ni berguna juga kan… Good Sharing ni….
Yes. Rawlins pun nak buat sebab ada lemak melambai sama bila Rawlins melambai kawan. Haha. TQ sharing informasi ini. Memang berguna amalan senaman ini.
Memang dah lama target nak turunkan berat badan.. Sebelum PKP memang cari masa nak workout tapi disebabkan PKP yang lama, banyak masa rehat.. Habis semua senaman supplemen semua ke laut.. Lepas tengok kak ju kongsikan workout ini, rasa semangat pula nak workout semula.. hehe.. apa-apa pun kita cuba..
Nampak muda je walau anak 5 dah. Aish kita pun rasa nak join turunkan berat badan sama. Makin mengembang dgn jayanya rasanya dah ni.