Cara bina rumah banglo tunai sebelum pencen | Impian nak bina rumah banglo memang menjadi impian semua orang. Pernah terfikir nak miliki banglo sendiri? Mesti pernah ada angan-angan kan? Sebenarnya boleh nak tunaikan impian ni.
Bukan orang kaya je boleh miliki banglo, tapi yang kerja kerajaan atau kerja swasta pun boleh bina rumah banglo secara tunai. Diulangi tuunaiii!!. Mesti ada caranya, kita tak sembang kencang punya 😄.
Cara buat rumah di atas tanah milik sendiri secara tunai
Masa muda-muda ni memang masa terbaik untuk beli rumah. Bila dah ada kerjaya, ada duit gaji bulanan. Memang bagus sangat beli rumah murah di bawah paras kemampuan dan di lokasi yang strategik.
Beli rumah ni memang kena ada ilmu. Bukan main beli tanpa berfikir panjang. Kalau difikir-fikir, katalah kita nak jual rumah tu pula, rumah murah ni lebih ramai pembeli.
Contohnya jika kita beli rumah tu dengan harga RM120,000. Dalam jangka masa beberapa tahun naik beberapa fasiliti misalnya MRT dan pusat beli belah. Harganya akan naik dan senang dijual kemudian hari kerana infrastruktur yang ada.
Rumah premium memang ada tapi kebarangkalian nak jual semula tu agak sukar kerana tak ramai yang mampu membelinya. Kalau boleh elakkanlah membeli rumah premium. Boleh baca di blog dawaibesi.com tentang panduan membina rumah di atas tanah sendiri.
Apa nak dibuat dengan rumah murah yang dibeli? Sewakan atau jadikan homestay untuk pelancong
Contohnya, jika anda berasal dari Melaka dan mempunyai ramai saudara mara di sana. Buat pelaburan dengan beli rumah di Melaka dan tukarkan menjadi homestay.
Lokasi tepi pantai atau dekat kawasan peranginan bonus untuk homestay sentiasa laku. Boleh lihat contoh homestay di Melaka dalam senarai di bawah. Memang berbaloi kalau ada homestay di Melaka.
1. Homestay paling best di Melaka
Melaka ni memang jadi antara destinasi popular untuk bercuti. Kami sekeluarga suka ke Melaka sebab banyak tempat menarik untuk dilawati, makanan best-best dan lokasi tu cantik sangat!
Kalau anda ke Melaka dan nak tahu homestay yang menarik di sini boleh rujuk di blog sukamakanjalan. Saya suka sangat homestay yang berhampiran dengan pantai.
Yang tu lebih nak meraikan anak-anak sebenarnya. Diorang dengan air memang tak dapat dipisahkan. Alang-alang bercuti, elok jugalah ikutkan permintaan anak-anak ni sekali sekala.
2. Homestay bajet di Melaka
Selain homestay yang menghadap pantai, banyak juga homestay yang berdekatan dengan bandar Melaka. Happening tau Melaka ni. Siang sampai ke malam banyak aktiviti yang best.
Siang hari kita boleh jalan-jalan cari makan. Asam pedas, masak lemak cili padi, kuih keria, coconut shake, cendol. Hmmm banyaknya menu sedap-sedap. Malam hari pulak kita boleh makan angin di Bandar Melaka.
Di lokasi makan angin ni banyak tempat yang menarik dan menjadi tumpuan pelancong. Tiada bayaran yang dikenakan untuk masuk ke sini. Lokasinya sangat cantik dan menenangkan.
Bagi yang mencari homestay bajet di Melaka boleh baca di sukajalanmakan juga. Homestay dengan swimming pool ada tau. Banyak pilihan yang ada dengan harga yang berpatutan.
Anda juga boleh lihat list homestay dalam blog ibusyurga.blogspot.com. Cantik-cantik dan sangat sesuai untuk percutian seisi keluarga.
Beruntungnya bagi anda yang ada tanah di tepi pantai. Boleh buat banglo yang mempunyai pemandangan menarik menghadap laut. Tak rugi melabur dalam hartanah ni, malahan menguntungkan!!
Bayangkan kawasan dining dan dapur menghadap laut. Mesti seronok kan!! Dan kalau dapat buat rumah banglo 2 tingkat macam dalam pelan rumah di bawah ni. Mesti rasa seronok sampai tak nak keluar rumah.
Semua ni mampu jadi nyata kalau kita merancang dari muda. Beli rumah mampu milik dan jual sebelum pencen. Di bawah ni proses pastikan rumah kita terjual rumah cepat.
Sebenarnya ramai dari kita tahu, terdapat 3 cara utama untuk dapat modal bina rumah atas tanah sendiri, iaitu pinjam bank, pinjam LPPSA untuk kakitangan gomen atau gunakan duit tunai.
Salah satu cara untuk dapatkan tunai tu adalah dengan menjual rumah yang telah dibeli di bawah paras kemampuan. Misalnya setelah beberapa tahun, nilai hartanah tu telah meningkat.
Dan selepas menjualnya, penjual akan mendapat sejumlah wang. Duit tu dah boleh menjadi modal untuk membeli tanah dan membina banglo idaman.
Itulah cara nak dapatkan tunai yang saya sebutkan di atas. Dan di bawah ini adalah proses untuk menjual rumah dan cara bagaimana bina rumah banglo.
Proses untuk menjual rumah. Terdapat 11 Langkah semuanya.
1. Periksa info mengenai rumah yang akan dijual. Antara maklumat penting yang perlu kita dapatkan ialah
- Semak samada rumah tersebut adalah lot bumiputera atau bukan.
- Adakah tanah tersebut berstatus pegangan bebas (free hold) ataupun pegangan sementara (lease hold).
- Periksa semula dokumen pembiayaan perumahan samada mempunyai penalti sekiranya rumah dijual dalam “lock in period”.
3. Pemilik rumah melantik ejen hartanah bertauliah. Pada peringkat ini kita mempunyai pilihan samada ingin menjual sendiri hartanah tersebut, ataupun melantik perunding hartanah yang mahir dengan selok belok bidang ini.
4. Lantik peguam hartanah yang berpengalaman kerana ini akan melancarkan proses jual beli. Pihak penjual & pembeli rumah tidak boleh melantik peguam yang sama untuk menguruskan proses jual beli bagi mengelakkan konflik kepentingan (conflict of interest).
5. Senarai pendek bakal pembeli yang berminat. Dapatkan yuran tempahan (booking fees) dari pembeli yang serius, yuran ini kebiasaanya adalah 3% dari nilai hartanah yang ingin dijual. Yuran ini termasuk dalam duit pendahuluan (duit muka) membeli rumah ini.
6. Menandatangani penjanjian jual beli (Sale & Purchase Agreement – S&A / S&P). Pembeli mesti melunaskan bayaran untuk 7% dari nilai harga rumah yang dijual sebagai duit muka kepada penjual rumah.
7. Sekiranya anda menggunakan perkhidmatan seorang perunding hartanah bertauliah, anda perlu melunaskan bayaran komisyen 3% kepada agensi hartanah selepas dokumen penjanjian jual beli (S&P / S&A) ditandatangani.
8. Sekiranya rumah yang dijual masih mempunyai baki pembiayaan yang belum dilangsaikan, bank akan memberikan pembeli tempoh selama 3 bulan supaya melangsaikan baki tersebut.
Tempoh tambahan selama 1 bulan akan diberikan oleh bank jika baki ini tidak dapat dilakukan dalam tempoh 3 bulan tersebut. Tetapi, penalti yang dikira harian akan dikenakan dalam tempoh 1 bulan tersebut, bagi setiap hari diambil.
9. Peguam akan menguruskan penukaran nama di atas geran dengan syarat pihak bank telah menerima transaksi bayaran dari pembeli.
10. Pembeli rumah mesti melangsaikan baki pembiayaan hartanah kepada penjual selepas urusan penukaran nama di atas geran selesai dilakukan peguam.
11. Pembeli akan menerima kunci dari penjual, selepas penyerahan baki wang jualan rumah telah dilakukan pembeli.
Anda boleh baca info selanjutnya di artikel ini. Banyak yang boleh dapat dan pelajari. Sebelum ni masih samar-samar cara bina rumah banglo secara tunai dan nak tau proses jual rumah. Tapi sekarang dah lebih jelas dan faham.
Pastikan selepas rumah terjual, kita jelas dengan cara bina rumah. Di bawah ni panduan yang bagus untuk beli tanah dan bina rumah.
Apabila selesai menjual rumah, mesti kena ambil tahu tentang cara nak buat rumah pula. Nak bina rumah memang perlu buat dengan teratur dan teliti. Tak nak bila rumah dah siap baru nampak itu ini tak kena.
Dan anda boleh jadikan panduan di bawah untuk rujukan.
1. Periksa zon tanah yang ingin dibeli dari jenis kediaman.
2. Pastikan tanah tersebut mempunyai geran individu
3. Infrastruktur dihadapan lot tanah telah pun disiapkan.
4. Saiz lot tanah yang ideal untuk membina rumah.
5. Kedudukan lot tanah banglo di atas geran
6. Bentuk tanah yang ingin dibeli.
7. Bentuk muka bumi
Ramai kontraktor boleh bina rumah, tapi tak banyak boleh buat banglo mewah berkualiti
Antara kontraktor banglo berkualiti yang menjadi pilihan ramai di Lembah Klang adalah syarikat Nas Nuri Construction. Nas Nuri Construction telah membantu lebih 100 pelanggan membina banglo bermutu di lokasi terpilih di sekitar Selangor dan Negeri Sembilan. Anda boleh lihat sendiri hasil tangan syarikat ini yang sangat memuaskan hati.
Memang menjadi kerisauan utama jika tersalah memilih kontraktor. Kesannya rumah tidak siap, kalau siap pun rumahnya tidak elok buatannya dan harganya pula melebihi pasaran.
Menyesal kemudian memang tidak berguna kan. Jadi sebelum kerugian, memang wajib buat pilihan yang bijak.
Di harap dengan perkongsian cara bina rumah banglo ini dapat membantu anda cara mendapatkan modal dan mencari kontraktor yang berpengalaman juga dipercayai. Boleh hubungi syarikat Nas Nuri Construction untuk keterangan lebih lanjut.
Semoga impian menjadi kenyataan ☺️.
Nak bina juga rumah banglo. :p
Betul tu. Nak beli rumah ni memang kena ada ilmu. Kalau tak rugi saja.
Kalau ada rezeki nanti memang bercadang untuk beli tanah dan buat rumah. Seronok ada rumah sendiri ni. Sebelum membeli rumah memang kena ada ilmu. Jadi takla kita menyesal membeli dikemudian hari
Tips yang sangat bagus buat yang berminat dan komited dengan pengurusan kewangan
Wow. Memang lengkap your sharing on beli rumah, niagakan rumah dan cara nak buat rumah banglo di usia tua. Terima kasih.
Yaaa orang muda sekarang dah boleh fikir dan bertindak sekarang, tak kisah dah kawin atau belum..
Alhamdulilah, Sis 20 tahun lepas kawin dah ada rumah sendiri, baki 6 thnnya duduk rumah sewa je dulu..kena ada impian dan usaha, baru boleh impian tu tercapai.. tapi kalau ada rezeki lebih, cari tanah buat rumah sendiri, lagi bestkann..
Betul kalau ade bajet boleh buat banglo dan sewakan atau buat homesta.. Banyak pilihan.. Bestnya kalau ade duit banyak.. Hehee.. Nas nuri nad pernh baca memg diaorg buat ramai puashati
Banyak benda kena tahu kalau nk beli hartanah nie. Kena berguru supaya x salah buat keputusan. Mmg cita2 nk ada rumah di tanah sendiri tp tulah, makin lama harga tanah pon naik.
Lately ni ramai yg buat homestay.. mcm.menarik jugakkan. Beli hartanah utk jangka masa pjg mmg berbaloi
Thanks for your tips of bina rumah banglo tunai before retired. I think this is everyone’s dream too so that they have a good place to stay for the rest of life
Thanks for the infomation sharing, i will keep that in mind if i want to built a new house.
abe kie dah buat rumah tp hutang dgn kerajaan la. bila usia 55 thn baru abis byr.
nak buat apa2 pun kena ada perancangan..
semoga ada juga rezeki nak buat rumah sendiri nanti..
Banyak info yg AM peroleh Dr artikel ini.. Insya Allah bila nak beli rumah nanti boleh follow n refer tips yg ada d sini..
ada duit, ada keinginan.
buat aje.
hoho