DIY wainscoting ruang tamu, bajet hanya RM280.
Kami dah siap dah DIY sendiri wainscoting, kembang hidung nak cerita ni hahaha.
Siapa tak suka tengok rumah sendiri cantik kan?!!! Suka sangat nak deko-deko rumah. Nak bagi selesa dan sepertinya tak nak keluar dari rumah dah. Itu lebih kepada suami lah tu, tak nak bagi naik superbike selalu hahaha.

Wainscoting yang dah siap dipotong. Benda ni datang dengan ukuran 1.5meter. Ada 2 saiz, lebar 4cm dan 8cm. So ikutlah citarasa korang nak pilih yang mana. Saya beli ni semua di SHOPEE PEE PEE

cat majestic true beauty. Harga dia RM120 untuk 5 liter.
Minat mendeko
Eh saya dah bagitau korang kan, saya bukanlah pandai bab deko ni. Tak pandai langsung nak hias rumah. Saya dah duduk rumah ni dari tahun 2016 lagi. Sebelum ni kitaorang cat ruang tamu warna merah. Then tampal wallpaper Kaison. Dan sekarang nak ubah sikitlah 😁.
Tapi yelah walau bukanlah pasangan interior designer, tapi lebih kepada sehati sejiwa. Makanya kami bedal je 😁. Tapi itulah, benda boleh belajar kan. Berkat join group deko FB dan cuci mata di IG. Walau tak pandai berdeko, tapi bolehla ceduk idea sana dan sini sikit.

Dinding ni belum cat lagi. So suami ukur sana sini, letak selotape untuk bezakan cat putih dan wash linen tu.

Ada jugak yang silap ukur, tapi takde masalah boleh je ukur semula. Itu normal bagi newbie macam kita ni hihi
Design wainscoting ruang tamu
So hasil dia meletop! Itu apa yang saya nampaklah, meletop hasil dia. Tapi citarasa orang lain tak pastilah saya, tapi pada saya wow gitu. Semangat kan saya bercerita kikiki.
Ini design dan idea sendiri yang ceduk dari FB juga.
Bila benda boleh buat sendiri dan jimat. Mestilah kita pilih nak jimat dan murah kan. So buatlah sendiri dengan kudrat yang hado. Barulah rasa rumah sendiri macam bercuti di homestay peranginan gitu.
Ha meh saya share sebab kos saya diy sendiri wainscoting ni murah je. Bawah RM300, lebih kurang RM280++ macam tu.

Rasa rumah sangat luas bila cat putih dan light grey ni
Lebih murah dan jimat
Kalau nak harap orang lain buatkan, kenelah bayar upah dia kan. Kalau nak buat sendiri, memang kene cari masa. So setiap orang dapat masa yang sama, doploh empat jam. Makanya, carilah masa yang bersesuaian untuk realisasikan impian mendeko.
Benda ni saya bagitau korang ea, saya buat mula jam 2 petang. Siap jam 10 malam. Itupun laki saya sempat tidur 2 kali. Sebab dia selsema hahaha. Kesian dia kene paksa ngan bininya nak hias dinding rumah.
Tapi apa guna ada anak ramai kan?
So yang mengecat dinding tu, saya, Najwa dan si Najiha yang buat. Adam pun tolong sama. Pendek kata semua ringan tulang. Waktu tu, si kecik berdua tu tengoklah upin ipin kat tv. Astro kan boleh record, so ulang, ulang dan ulang cerita. Dan takdelah diorang mengacau.

Masa ni dah nampak hasil dia sikit, wah lagi tak sabar nak pasang border tu.
Hai perempuan di luar sana semua!, nak mengecat tu tak susah. Yang susah kalau hampa malas. Ha citer dia, memang korang kene rajinlah.
Nak rumah cantik tak?
Nak DIY wainscoting ruang tamu tak?
Ha so bermulalah cerita mengecat. Tapi mula-mula tu suami saya dah ukur sana dan sini. Mana nak letak wainscoting besar, yang mana letak yang kecik. Lebar dan tinggi semuanya ukur. Ikut citarasa sendirilah ukur tu, kalau ikut citarasa jiran ko, memang tak jadilah kan.

So nampak kan di situ, so geram tengok sebab cantik sangat!! sapa nak puji lagi kalau bukan diri sendiri.

Ha siap dah yang bawah ni, wahh seronok bebudak tu sebab katanya rumah kawan diorang pun pasang cenggini jugak. Hmm pasni bolehlah citer kat kawan korang pulak hahaha
Proses mendeko dan mengecat ruang tamu
Then bila dah confirm ukuran, mulalah dia letak selotape. Ok cat putih sampai situ je, cat atas tu dari selotape tu ke atas. Kalau tak sampai, pakailah tangga.
Jangan melompat pulak, nanti peranakan jatuh wei. Sebab memula tu saya lompat juga sikit. Macamlah terror sangat kan hahaha. Padahal laki saya dah letak je tangga tu kat tepi. Nak melompat tu pasal apa?
Dah siap cat satu layer, cat lagi layer kedua. Dan bila cat dah kering. Kami mulalah proses nak pasang wainscoting tu. Hmm ukuran dah ada kan. So memang senang kerja.

ha nampak tak?? Alhamdulillah sedikit demi sedikit lelama siaplah Jahh!!

Adududuhhh sukanya tengok part sini dengan juntaian pokok hijau. emmm cantikk
Wainscoting PVC dan ukurannya
Wainscoting yang yang guna ni material dia pvc. So potong guna gergaji jugalah. Wainscoting ni ada jenis lain juga, yang dari kayu dan juga plaster. Yang saya guna ni murah je harga dia. Murah tapi cantik.
Benda ni datang dengan ukuran 1.5meter. Ada 2 saiz, lebar 4cm dan 8cm. So ikutlah citarasa korang nak pilih yang mana. Saya beli ni semua di SHOPEE PEE PEE
Ni link kedai tu >> iDeco Shopee
Korang nak buat bentuk petak-petak tu, kene ukur 45° nak match penjuru tu. Tak susah pun sonang sangat. Bila buat kerja dengan hati terbuka, memang semua kerja cepat dan mudah je.

Inilah hasilnya, pada saya memang cantiks sangat!!! TQ suami dan anak-anak.

Ok dah siap, bolehla tidur lena malam ni. Tak mimpi dah sebab dah jadi kenyataan hahaha
Syukurlah laki ai jenis suka jugak berdeko. Kalau tak kena buat sendirilah jawabnya. Akhirnya setelah bertungkus lumus. Berhenti rehat, then sambung. Berhenti rehat jap dan sambung lagi, maka inilah hasilnya DIY wainscoting ruang tamu kami!!.😘.
Pheww pertama kali Najiha kata rumah ni cantik. Sebelum ni tak kena dengan citarasa dia rupanya. Alhamdulillah settle bahagian kanan rumah. Next time kita sambung sebelah kiri yang ada wallpaper ni pulak.
Saya memang suka design macam ni. Nampak macam english sangat. Cuma kalau pasang sendiri tu kena ukur precisely. Kena buat sendiri juga tapi puas hati kalau hasilnya cantik kan?. Bila dah siap lawa la….
Sangata cantik. Terserlah English style. Ada usul pada suami sebelum ni. Tapi ditolak disebabkan dinding rumah saya tak rasa. Kalau nak buat jugak, hanya pada pintu sahaja. Pintu saya plywood biasa je. Boleh la buat
waa bagusnya boleh diy sendiri jee kan semua kerja..kalau dah minat tu mmg senanglaa tinggal lagi kena rajin or carik masa yg sesuai la nk pulun siapkan deco kan hehe. cantik hasilnya.
Design nampak simple tapi cantik. Mesti dah perah idea sangat ini. Apapun terbaik
Jimatkan kalau buat sendiri. Sekarang ni semua boleh belajar dengan mudah. Cuma kita nak x nak ke buat sendiri.
Cantik sangat sis..cantik gilerr..bgusla suami pandai berdeko dan bertukang ni..memang jimat la..nak upah orang mahal kot..huishh..jeles tau..hehe
Sekarang bila buat dengan cara DIY, memang jimat banyak kos.
Plaster Siling Selangor
Hebat. Buat sendiri. Guna tenaga kerja seisi keluarga je kan. Jimat kos. Hasil pun cantik sangat. Nampak mcm orang profesional yang buat tau.
Kalau kita dduk rumah sendiri, mau buat juga mcm ni
Rawlins pun akan DIY untuk hiasan dalam rumah sebab lebih murah dan kalau salah pun, kita hanya salahkan diri.
Lagipun sekarang produk banyak dan ada merata-rata kan.
Wahhh bestnya! Julia pun teringin nak buat wainscoting kat rumah tapi buat masa ni tak mampu nak DIY sbb anak kecik sat lagi jadi benda lain pulak. Hahaha!
Wow! hebat la you ni, I don’t have the skill to do that. But i think using the right products and guide i might be able to try it.
Woww cantik sangat. Memang nampak macam english style pulak. Sis tak reti buat sendiri ni, baru ni pun nak cat umah kecik ni pun panggil org, best kalau pandai, jimat
berubah wajah terus bila pasang wainscoting. cantik sangat!
bagusnya seisi keluarga ringan tulang..rumah cantik sama-sama nikmati..
Menarik ni. boleh dicuba. Terima kasih atas infonya.
Canteknyaaaa. Memang kena betul2 rajin nak biat macam ni kan. Buat sendiri memang lebih jimatkan. Tapi untung sebab cik somi sama2 rajin heheh
Wah terus nampak macam rumah baru beli. hehhe suka juga dengan deko2 ni. kalau upah orang mesti mahal. baik buat sendiri kan. terus rasa terinpirasi lepas baca blog ni. insyaallah boleh cuba.
Cantik ! low cost lagi tu dan paling memuaskan hati bila kita nampak hasil tangan kita sendiri. Inspirasi ! thanks for sharing.
Wah.. cantiknya. minat juga nga wainscoting ni.
Serius cantik…. .
dapat jimat banyak… cantik dan puas hati bila tengok hasilnya… Alhamdulillah.
Cantiknya! Pandai buat sendiri ni! 🥰💓💓 Terima kasih kongsi tip-tips ni! Amat memanfaatkan.
sd
Kat mana boleh dapat ye wainscotting yang plastik/kayu tu? kedai hardware biasa ada tak?
Wah cantik rajinnya abg zairul kak. akak dh pindah dari subest ke. lama tak baca blog akak nie pun terjumpa kt blog redmummy.
tq wan, masih lagi duduk di subest, aritu ada makan kat kedai western tu, dah pindah ke kedai ke wan?