Dzar dah 5 tahun, Happy Birthday sayang | Ingat lagi, tanggal 25-7-2015, jam 11.30 pagi di Tropicana Hospital. Ibu bertarung nyawa lahirkan seorang lagi anak ibu yang comel. Pejam celik pejam celik, anak ibu, Dzar dah 5 tahun.
Sekejap betul masa berlalu.
Alhamdulillah besar dah anak ibu. Anak yang satu-satunya ada iras ibu sebab yang lain semua anak abah huhu. Ibu redho.
Seminggu sebelum birthday Dzar.
Kami semua excited, cakap kat dia. Dzar tak lama dah birthday Dzar. Best la Dzar. Tanya kat dia.
“Dzar nak hadiah apa?”.
“Dzar nak pistol”.
Biasalah Dzar kalau tak pistol tak sah. Suka sangat dia dengan pistol. Yelah nama pun boy kan, kalau dia suka Barbie doll ibu pulak yang pelik.
Dzar banyak kali remind ibu minta orderkan pistol kat Shopee. Aih like mother like son hahaha. Pandai pulak dia nak shopping online. Nak pulak pistol warna hitam. Oklah janji harganya mampu milik, sesekali tunaikan keinginan anak tak salah.
Selalu ibunya je asyik shopping kan, anak nak juga. Eh ibu pun dah lama tak shopping ya, kalau ada pun beli keperluan anak-anak juga. Beli botol dan puting susu, susu paket, diapers. Hmm memang dah takde nak singgah shopping mall beli benda-benda ni.
Kalau pergi supermarket pun akan beli lauk je untuk seminggu. Itupun saya dan suami je yang pergi. Kalau suami ride basikal hari Ahad, saya ajakla Adam bodyguard saya yang Darjah 4 tu beli lauk.
Kek birthday murah, sedap berbaloi
Saya tempah kek ni dari jiran kat rumah. Kek vanilla cheese. Ya Ampun sedap bangat keknya. Cair di mulut. Dan kek span vanilla ni pun lembut je.
Harga kek ni?
RM39 je. Hmm murah kan?
Oklah sesuai sangat untuk Dzar dan kami yang pemakan kek ni.Kalau beli kek besar tu, harganya of course boleh tahan juga kan. Nak pula kek Secret Recepi. Kalau kena macam kami ni yang bulan birthday tak sama. Hmm memang botak kepala beli kek Secret Recepi memanjang.
Jadi kita beli kek murah je tapi sedap. Makan kek setiap bulan selang 2/3 bulan. Birthday kami anak beranak bersepah-sepah. Jadi merasalah makan kek berkali-kali dalam masa setahun kalendar hijrah hhiihihi.
Abah belikan hadiah
Selalu macam tu, kalau saya beli kek. Abahnya belikan hadiah. So sharing is caring. Birthday boy nya seorang, tapi abah tetap belikan hadiah untuk 3 anak lelakinya. Biasalah kalau beli satu nanti berebut.
Bila berebut then berlakulah pertumpahan air mata dan perkelahian. So bila beli 3, semua pun dapat kan sorang satu. Taklah gaduh, rumah pun aman sekejap hahaha.
Riuh jugak berpistolan
Kitorang dah biasa rumah riuh. Dia punya kemeriahan tu tak boleh nak gambarkan. Kami akan rasa pelik kalau rumah ni sunyi 😆. So kami cool je sebab telinga dah lali dengan keriuhan bebudak ni.
Bila dah dapat pistol sorang satu ingat diorang diam? Lagi diorang mentonggang terbalikkan rumah sambil mulut bising bunyi tembakan sana sini. Adoi gelak je tengok perangai bebudak ni.
Takpela birthday boy punya pasal kan hahaha.
Birthday Tuan Blog
Bulan depan birthday saya pulak. Hmm seronoknya setiap bulan makan kek. Kalau kali ni kita order vanilla cheese. Bulan depan disebabkan birthday mem besar. Kita order kek best-best!!! hahaha.
Setakat ni tak terpikir nak hadiah apa. Suami duk tanya je sebab dia nak belikan. Hmm rasanya takde apa nak kot. Tapi kalau dapat gelang emas ke, kasut clarks ke, handbag MK or Kate Spade pun hokey.
Hahaha mesti menyesal suami saya tu!! Takdelah, janji dapat hidup bersama dan bahagia sampai syurga. Itu dah cukup untuk saya 😊. Aceceh
Budak2 punya perminataan hadiah nya senang je.. Tapi ibu dia punya permintaan tu yang bikin pening tu.Hahahah
hahaha kan, pening terus
Happy birthday to you lovely child. Time really flies. 🙂
tq uncle, ya sekejap je dah besar