Umum Kamera belakang iPhone gelap dan tidak berfungsi July 28, 2020

Kamera belakang iPhone gelap dan tidak berfungsi | Halloooo!!! Sedar tak sedar dan pejam celik pejam celik dah 6 bulan saya dengan gajet Iphone 7 plus ni. Memang saya pengguna tegar iPhone sejak dulu lagi. Suke benor awok ke iPhone ni ye Juu?

Iphone pilihan saya

Sukalah sebab ipong ni user friendly, sampaikan satu masa dulu suami saya hadiahkan Samsung Galaxy S5 pun saya taknak. Time tu saya tak reti guna phone lain selain iPhone, kecewa giler suami sebab bini dia tolak bulat-bulat cenggitu je, maaf bang, lenkali belikan aju emas je ye??? Hhahahhaha…

Pakej Celcom yang berbaloi

Saya beli iPhone ni guna pakej dari Celcom, dan saya dengan Celcom pun dah lebih 10 tahun. Mana taknya dulu line Celcom ni je yang ada di felda saya kat kampung. Jadi setiaku di situ sampailah sekarang. Dengan Celcom saya pilih pakej First Gold Plus.

Kontrak selama 2 tahun dan bulanan RM105. so korang akan dapat 40GB dengan allocation 20GB weekdays dan 20GB weekend. Untuk blogger ni, benda macam tu memang tak praktikal sebab kita perlukan data setiap masa untuk kita update memacam kan?

jadi sebagai solution saya tambah lagi RM10 setiap bulan untuk membolehkan data 40GB tu digunakan anytime. Makanya bila saya adalah RM115 setiap bulan.

kamera belakang iphone rosak
Kamera belakang iPhone tidak berfungsi/ rosak

Kamera belakang iphone gelap dan tak berfungsi

Ok berbalik kepada iphone  7 plus tadi. Lepas 6 bulan kami bersama, tiba-tiba Kamera belakang iphone gelap gelita. Tapi kamera depan ok pulak. Nak kata jatuh, tak pulak, jauh sekali masuk air.

Bila kamera tak function, apa rasanya beli hp memahal tapi takleh amik gambar!! Ko ghaserrrrrr????? Ada pulak suara-suara yang berbunyi mengatakan beli hp memahal tapi takleh amik gambor!! Makanya ko jadi krik-krik-krikkkk gittewww!!

Apple Call Centre

Dari pening-pening nak fikir, terus je saya call Apple Centre free toll number 1800-80-6419  dan bercakap dengan customer service. Dan ada suara mamat omputeh ni jawab panggilan saya.

Rupanya Apple Australia, ingat Malaysia!! Dia minta saya cek box dan tengok nombor siri untuk dia cek warranty masih ada atau tak. Dan syukur warranty masih ada dan tamat Januari tahun 2018. Untuk pengetahuan korang warranty untuk produk Apple ni setahun ya.

Box ajaib ni memang perlu di simpan sebab belakang dia tu banyak info berguna. Kat situlah nombor siri dia untuk cek warranty sume tu.

Mujur masih ada warranty

Dia advise untuk off and on hp dan kalau masih blank juga dinasihatkan anto lah ke Apple centre berdekatan. Bila semak kat website apple nanti korang nampaklah list centre ikut negeri mana korang tinggal. Lagi confident nak hantar sebab mereka ini adalah Apple Authorized Service Providers and Online Support, fuhhh lega acik :).

Then bila dah hantar ke sana diorang akan minta kita back up handphone ni, dah pulak satu hal nak kene back up pulak dulu. Sebab bila dah sampai situ diorang akan reformat handphone ini, delete semua info yang ada dan tanggalkan casing dan screen protector. Hmmm mahal tau beli screen protector tu, kene buang pulak.

Dan adik tu kata diorang ambil masa 5 ke 14 hari untuk baiki dan sampai semula ke tangan saya. Hmm sebab diorang akan hantar phone ni ke Apple, Singapore untuk tengok kerosakan dan tukar part. Jauhnya ya, ingatkan baiki kat sini je. Syukur ada handphone anak si Galaxy S5 tu, bolehla ibu pinjam kejap hahahha. Berguna juga time susah kan.

Alhamdulillah dah dapat semula Iphone 7+

Dan setelah seminggu lebih tanpa iPhone 7+, akhirnya kembali ke tangan saya semula. Hahahha baru je cakap dengan suami, rindunya kat iPhone, tetiba petang tu dapat emel dari diorang kata hp dah siap.

Dan apa lagi terus zasss ke Machine, E Curve nak jumpa my lurrveeee..Bila dah dapat iphone tu perlu restore semula dengan data yang kita dah back up tu ya. Dah settle masalah kamera belakang iphone gelap dan tak berfungsi.

Tags : , , , , , , , ,

10 Comments

  • Anuar posted on July 18, 2017 at 10:02 am

    Mujur masih ada Warranty lagi… Syukur Alhamdulillah….

    Reply
    • Nuur posted on April 15, 2019 at 7:33 pm

      Boleh tahu berapa charge untuk betulkan

      Reply
      • ajumohit posted on April 19, 2019 at 5:55 am

        waktu ni masih ada warranty jadi tak perlu bayar apa2 sis.

        Reply
  • Mama Hakim posted on July 18, 2017 at 10:47 am

    Wah, i phone pun senang rosak ya

    Baru 6 bulan pakai kamera belakang tak hidup ya aju

    Reply
  • Mimie posted on July 18, 2017 at 5:27 pm

    Nasib baik boleh guna semula..hp mahal memg rasa adoiii sygnya

    Reply
  • Mazni Azmi posted on July 20, 2017 at 8:42 am

    Dari segi kelajuan memang orang kata iphone power

    susah nak hang

    Reply
  • Afizah Abd Rahman posted on July 21, 2017 at 3:48 pm

    Tak pernah bakai brand iphone lagi ☺

    Reply
  • dedauncomel.com posted on July 25, 2017 at 2:46 pm

    Fuh nasib berjaya diselamatkan.. Iphone tu macam rugi pula kalau dibiarkan begitu saja eseh

    Reply
  • diana posted on July 28, 2020 at 3:19 pm

    Takut nak pakai phone mahal2 cam ni. Kalau rosak boleh nangis. Hahha

    Reply
  • Tekkaus posted on July 28, 2020 at 3:53 pm

    Wow. Nasib baik ada waranti lagi kan? 🙂 Yay dapat guna iphone semula.

    Reply
  • Leave a Reply