Hobi menanam sayur di rumah. Jimat duit belanja dapur

Hobi menanam sayur di rumah. Jimat duit belanja dapur

Pagi dan petang, inilah rutin sekarang. Sebelum pergi kerja akan menjenguk pepokoks tepi rumah ni.

Belek-belek tumbesaran dia, daun, buah dah ada ke belum?. Kot ada siput ke, ulat daun, ulat warna putih. Perubahan faktor umur agaknya 😆.

kenapa ibu suka bercucuk tanam, hobi tanam sayur kat rumah
Inilah aktiviti rutinnya, pagi dan petang. Siram pokok 2 kali sehari.

Dulu mana kisah sangat pasal pokok ke apa. Mana nak ambil tau pasal baja ke, masalah ulat ke siput ke. Dulu kisah pasal suami ngan anak-anak je.

Tapi since anak-anak dara tu dah besar, bolehlah harap diorang jaga adik. Mandikan adik, bagi makan, uruskan basuh berak semua. Tapi saya masih tengokkan lagilah, tak serah semuanya kat diorang.

Kesian pulak kat diorang macam takde mak je pulak bebudak tu. Silap-silap stress diorang agaknya, mesti tak sabar nak pergi sekolah hahaha.

Tangan panas, tangan sejuk

Bila dah seronok menanam dan menjadi pulak tu, memang minat tu ke situ aje. Dulu orang kata saya subur sebab anak ramai. Sekarang title dah berubah kakakaka.

pokok timun subur
Ini pokok timun sesubur dan menghijau warnanya. Saya yang buat kayu untuk dia memanjat tu. Kreatif tak? kakaka
pokok kacang botol belum berbunga, hobi menanam sayur di rumah
Pokok kacang botol ni asal berbunga je gugur. Ntah kenapa, tapi daun merimbun giler

Baru saya tau tangan yang saya rasa macam panas ni rupa-rupanya sejuk juga. Alhamdulillah, sebab orang kata tangan sejuk ni tanam semua pun menjadi.

Tapi istilah tu bagi saya macam tak pernah wujud. Pada sayalah. Sebab pernah je saya tanam tak jadi. Kalau tak jadi tu kena tengok pula sebab apa. Mungkin benihnya dah expired ke, tanah tak sesuai atau sebab tak cukup air.

Kalau korang tak percaya cubalah tanam sesuatu. Insha allah kalau ikut semua tips yang saya sebutkan tu, menjadi juga.

Anak tanya kenapa ibu suka menanam?

“Kenapa ibu suka tanam pokok?”

BACA  Mangga chokanan pertama kali berbuah, hoorayy

“Sebab ibu minat”.

Ini memang betul soalan anak saya yang umur 5 tahun. Tak tipu punya. Dia tu memang mulut banyak, suka melayan dia bercakap.

buah timun tanam sendiri, hobi menanam sayur di rumah
Hensem tak 2 ketul timun ni? Montel giler, rupanya bila petik macam dah tua sikit. Kesimpulan dia sila petik awal sikit
buah timun tanam sendiri
Montel la timun ni, kami buat ulaman je cicah sambal tempoyak

Saya bagitau dia kalau kita minat, kita akan buat semuanya dengan ikhlas dan sepenuh hati. Dan hasil yang kita dapat tu nanti sangat membanggakan diri sendiri.

Selain hobi menanam sayur di rumah, dengan cara ni boleh jimatkan belanja dapur jugak kan. Contoh kalau beli di kedai, nak pakai sikit tapi bila simpan dah kering pulak dalam peti ais.

Tapi bila tanam sendiri, bila nak masak kita petik je. Segar dan takde racun pula tu.

Bila kita minat satu-satu benda tu mesti kita rasa happy kan? Penting untuk buat diri sendiri happy. Barulah tak stress gitu. Terapi mata dan minda kekdahnya. Kalau orang tak lain tak minat takpelah, janji kita happy. 🥰.

Pokok timun mati

Dan bila pokok timun yang dah mula berbuah ni tiba-tiba mati. Kat sini saya pun cari apa punca pokok ni mati. Itulah gunanya ilmu kan. Kena topup tanah lah, itulah inilah.

pokok timun mati
Pokok timun ni mati sebelum sempat buahnya dituai. Dah bagi CPR pun masih tak dapat diselamatkan huhu

Bila dah tahu punca kita perbaiki supaya pokok yang lain tak Innalillah dan terkubur bersama-sama hihi. Ada je pokok yang mati, itu lumrah hidup. 😄. Klik sini kalau nak tahu cara jaga pokok fiddle fig.

Kat sini saya belajar tentang usaha, sabar dan rajin. Sebab tak semua yang berlaku tu ikut kehendak kita.

Elokla ada aktiviti yang menyihatkan macam ni dari saya membeli belah ikut tingkap (window shopping) atau membuta sahaja. Berkebun kira exercise kan?. Walau tak banyak gerak tapi berpeluh juga.

BACA  Tanam sayur dalam pasu. Pokok kacang renek pun boleh.

Sekian berita dari kebun tepi rumah. Semoga yang sedang bercucuk tanam tu istiqamah hendaknya 😄. Semoga entri hobi menanam sayur di rumah ini memanfaatkan semua.

9 thoughts on “Hobi menanam sayur di rumah. Jimat duit belanja dapur”

  1. boleh jadi terapi sebenarnya bila bercucuk tanam.. tambah-tambah bila kita kena PKP sebab Covid19 tu.. stress duduk rumah tak buat dapat keluar jalan-jalan.. tapi ok la tangan ibu sejuk.. tanam apa pun menjadi hihihi.. betul kadang-kadang sebab kita tak tahu cara penenaman atau penjagaan pokok yang betul..

  2. saya la tu jenis tangan tanam apa benda pun tak idop.. cactus pun kiok haha..
    tapi terbalik dgn mak.. semua mak tanam tumbuh elok. so saya decide untuk menikmati saja hasil tanaman mak haha..

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: