Periuk nasi Elektrik Philips, apa keistimewannya? | Satu kegigihan nak bercerita pasal periuk nasi baru. Itupun sebab periuk nasi yang lama buat hal.ย Periuk nasi ni memang gajet wajib yang ada di dapur.
Periuk nasi Panasonic dah rosak

Bye bye periuk nasi Panasonic, kenangan 16 tahun bersama. Tak buang pun masih simpan dalam kabinet dapur.
Periuk nasi yang saya guna sebelum ni dah pun 16 tahun usianya. Periuk nasi Panasonic kapasiti 1.8 liter ni adalah hadiah masa kahwin dulu.
Lama kan?
16 tahun memang lama.
Saya pun tak percaya dah selama itu kami kahwin. Kalau ikutkan kami dah berpindah rumah 3 kali. Dan periuk inilah yang kami bawa ke sana ke mari.
Masak atas dapur gas jawabnya
Tapi awal bulan ni, masa masak nasi tomato, on je switch dia tak panas pulak. Bagi masa 15 minit pun masih tak menggelegak. Akhirnya saya pindah periuk tu atas dapur.
Syukurlah pandai juga masak nasi atas dapur gas kan. Kalau tak, memang kami makan kat kedailah hari tu. Bila periuk nasi Panasonic dah mula meragam, saya cepat-cepat survey periuk nasi baru.
Hmm alang-alang survey kita cari yang sama tema dengan warna dapur. Apa lagi cari warna merahlah. Bertambah ceria lagilah dapur saya ni.
Kabinet dapur merah hitam
Ini bukan entri berbayar, tapi review ikhlas dari hati. Antara Shopee dan Lazada siapa lagi murah? Ok bila dah pilih-pilih, saya berminat dengan Philips Rice Cooker HD3129 2 liter warna merah.
Harga periuk nasi Philips

Bau kedai haha

Seronoknya dah dapat periuk nasj baru
Ok tengok pula harganya. Di Shopee RM130++, RM140++. Sama juga di Lazada. Dan nak dijadikan cerita, minggu tu ada Sales 7.7.2020.
Alhamdulillah saya kira ini memang rezeki Allah nak bagi. Saya dapat dengan harga RM127.20, penghantaran PERCUMA. Alhamdulillah dah tanya izin suami, dan dia pun bagi greenlight.
Makanya inilah gajet baru di dapur kecil kami. Nampak dah macam item barang deko pun ya. Rasa lagi bersemangat nak memasak ๐.
Apa yang bestnya periuk nasi Elektrik Philips merah HD3129 ni?

Dapat senduk dan kukus plastik, dan cawan sukat

cantik bersinar, baru tahu macam ni periuk nasi terkini. Hmm memacam teknologinya
- Warna merah sama color dengan kitchen cabinet.
- Harganya berpatutan RM127.20 masa sales 7.7.2020
- Kapasiti 2 liter โ cukup untuk kami 7 beranak. (Maksimum untuk 14 orang)
- Periuknya ada 5 lapisan dalaman emas yang tahan lama dan TIDAK BERKERAK.
- Tak membazir sebab nasinya tak melekat di periuk.
- Ada warranty 2 tahun.
Periuk tak berkerak nak cuci pun senang

Perbezaan periuk nasi Panasonic dan periuk nasi Philips, berkerak VS licin hihi
Memang betul periuk nasi elektrik Philips ni tak berkerak even nasi tu dimasak semalaman. Senang sangat kerja membasuh periuk nasi baru ni.
Kalau Panasonic dulu memang kene basuh dengan berus dawai. Sampai bercalar dah jadinya. Yelah dah 16 tahun kan. Waktu dia ok, memang mantop prestasinya. Dan lately nasi tu cepat basi mungkin pemanasan tak bertahan lama.
Dah rasmi pun periuk baru

Alhamdulillah dah rasmi periuk nasi philips yang baru

Masak elok nasi ni, yang seronoknya tak cepat basi, dan masih panas walau dah 4 jam.
Ini dia perasmian Rice Cooker Philips. Nasinya cantik dan tiada kerak pun. Yang bekas lubang-lubang tu materialnya plastic.
Kalau baca di kertas manual, ianya adalah untuk steam ikan atau sayur. Tapi setakat ni saya tak pernah cuba untuk kukus apa-apa lagi.
Mood memasak bertambah
Alhamdulillah happy sangat dapat periuk nasi baru. Kalau nak baiki periuk Panasonic lama tu memang boleh tapi tak pasti berapa lama plak masa untuk elok. Jadi tak perlu fikir panjang kita beli je periuk baru.
Bagi yang sedang survey periuk nasi, ini antara pilihan yang boleh anda consider. Kalau ada bajet lebih bolehla beli periuk multi cooker. Saya masih lagi pakai cara biasa.
Yang penting kene survey harga ya. Sekarang banyak pilihan yang ada kat pasaran. Janji tengok bajet kita dan warna yang kita suka. Insha Allah berbahagia memasak kat dapur hendaknya ๐.
Wow cantik betul lar periuk nasi ni. Colournya classy. ๐ Memang cun untuk dapur.
Waauuu merah kalernya,menarik,harganya pun ok..
Fiza pun pakai periuk nie, warna pun sama. Nasi lambat basi..
Cantiknya..merah nya makngah.. Hahahah..
Tapi saya tak minat periuk nasik yang bahagian tepi dia ke dalam macam tu..
susah nak cuci celah2 dia.
Beza dengan periuk nasik style lama. dia lebih senang nak lap bahagian dalam dia.
dah dua periuk nasi ada celah dalam tu.. dua2 saya bagi kat orang.
Sekarang pakai yang biasa je. Tapi di akui periuk nasi gitu nampak moden dan cantik kat dapur.
cantik color rice cooker Philips. can consider get this for my new house in future too
Cantik oeriuk masi warna merah ni. Saya pun klu periuk masi rosak sayang pula nak buang hihi…
Dari kecik dah diajar masak nasi atas dapur memang senang kan. Cantik periuk Philips ni.
Betul la kak. Bila ada periuk nasi baru. Mood masak lain macam skit. Hehehe. Tapi 5 tahun sekali tukar ok juga kan. Hehehe
wow merah mak ngah betul periuk nasi baru ni. lepas ni makin naik seri la kat dapur tengok periuk masak ni.. sesuai sangat kalu buat hadiah orang kahwin
Perghh warna menyerlah.. Merah lawa juga.. Macam nad punya juga tak berkerak, senang cuci. Mood memng best bila dapat ap kita nak
Hahahaha sama laaa periuk nasi kitaa… kita suka pakai ni sebab nasi cepat masak, dan senang nak bersihkannya..lagi satu Suami beli sebab nak sama dengan color dapo, merah huhuhu
cantik warna periuk dia. semangat nak masak nasi. periuk nasi sekarang mmg lagi canggih. saya pun baru beli periuk nasi baru lepas periuk nasi lama buat hal. beli size kecil je, sesuai untuk makan 2 orang.
the shape of the rice cooker is so cute and I love red… can consider to buy this
kagumnya !!! 16 tahun guna periuk yang sama..
tapi periuk baruu sangat seksi.. colour dia tuu pergh..
Wow the red rice cooker is so so cantik, i m using this brand also but the white color.