Ride ke Melaka pekena Coconut Shake | Hamboii hang!! Pergi Melaka semata-mata nak minum coconut shake je ke? Eh, bukan setakat coconut shake je, malahan lebih dari tu hahahaha. Dah lama tak cerita pasal ride santai kami berdua kan.
Sekali sekala ride santai
Yelah ride pun jarang-jarang. Kalau ada pun 2/3 bulan sekali. Itupun ambil cuti time weekdays. Kalau weekend memang tidaklah nak ride sebab siapa nak jaga bebudak tu kalau saya takde?Korang rasa saya ada masa untuk ride semua ni? Kakakaka.
Ride satu hari Ke Cameron Highland
Sekali sekala bolehla ride, sebab saya adalah slip disc, mana boleh tahan lama atas motor, mau bengkak pinggang weii. Tapi kalau nak compare motor rabbit dengan multistrada ni, of coursela sekarang yang terbaik, tak lenguh dan saya masih boleh bertahan untuk jarak yang jauh.

Kasut pun ala-ala kan, sehati sejiwa gittew

TQ suami hadiahkan kasut ni hihihi
Plan ride ke Melaka
Sebelum ni ktorang ride ke Kuala Selangor, dan kali ni kami ke Melaka pulak. Best dan santai je ride kali ni, dengan cuaca mendung dari pagi hingga ke petang. Mujur tak hujan, dalam erti kata lain takdelah basah ketiak mak :).
Sebelum ride saya dan suami dah plan itinerary perjalanan ktorang. Yang penting port makan, sebab itulah tujuan utama berjalan. So kene kenal pasti mana port makan yang best dan yang penting apa yang kami mahukan.
Entri menarik berkaitan hartanah
Teringin buat banglo atas tanah yang jadi tumpuan pelancong
Plan tempat makan-makan
Hamboii macam nak berkempen pilihanraya noks. So start dari sarapan, lunch, dan minum petang. Hmm semua well planned gittew. Bermula dari rumah ktorang terus gerak dan singgah di RNR Dengkil untuk sarapan. Sarapan ringan dengan sebungkus nasi lemak dan secawan teh tarik.

Coconut Shake Pantai Klebang Melaka

Jemput tengok bahahahahaha

Terbaiklah asam pedas dan masak lemak lada apinya
Kemudian jam 10 pagi kami dah mulakan perjalanan terus ke Melaka. Sampai di Melaka jam 11.30 pagi dan apa lagi pekena Coconut Shake Pantai Klebang la dulu. Hmm sedapnya lalu kat tekak ni, cuaca macam ni memanglah best pekena coconut shake.
Then, bila dah minum tu mulalah rasa lapar nasi pulak kan. Laki den seronok tengok bininya kuat makan. Haishhh macamana nak kurus ni. Takpela hari ni cheating day muahahaha.
Restoran hajah ruhana, Melaka
So tengok ititnerary dan kami terus gerak nak pergi lunch kat kedai atas ni. Bila dah sampai, tengok-tengok kedai yang kami tuju tu dah buka pun dengan hidangan lauk pauk yang banyak dan pelbagai. Wow!! Bestnya!!

Udang dan ketam masak cili api

Isi dia manis sangat dan sedap

Ikan pasang masak asam pedas
Disebabkan rupa bentuk udang yang mengiurkan tu, so kami ambil udang masak lemak cili api seekor dan sepotong ikan parang masak asam pedas. Wowww wee memang terangkat!!

Jarak dekat rupa isi udang, ya ampun kenyal daging dia hihi
Sedapnya giler rasa masakan ni dan semuanya pun berasa. Memang kenelah tempat yang kami singgah ni. Menghirup kuah sampai licin hahaha. Dan jumlah yang perlu dibayar ialah lebih kurang RM60, oklah tu, sedap!!

Kuih keria antarabangsa hajah Rahmah limbongan Melaka

Ya ampun banyaknya, sedap pulak tu, macam nak beli semua je

Hmm sedapnya rasa dia
Kuih Keria Melaka
Bila dah kenyang, kami mulakan perjalanan lagi dan destinasi terakhir adalah kuih keria antarabangsa Hajah Rahmah. Wei ni wajib singgah tau sebab kalau tak singgah sini memang rasa tak lengkap perjalanan hihihi.
Kuih dia sangat lembut, dan harganya RM0.60 sebijik.ย Hmm belilah 16 ketul untuk bekalan anak-anak kat rumah juga. Hmm puashati sangat sebab sedap rasanya. Lembut kuihnya dan walau dah sejuk pun masih sedap lagi.
Lepas ni bolehla cuba ya, lokasi dia ni bertentangan dengan kuih Keria Hj Jalil tu. Hmmm barulah best jenjalan cenggini, bila perut kenyang, suka hati lalalalalala. Sekian ride ke Melaka ๐ semoga terhibur ๐
wah..jauh meronda..sedapnya makan2. suka kuih keria tu..
Pergi Melaka memang otomatik teringat coconut shake ๐
wow…hebat banget dapat ride with life partner..
inilah aktiviti sangat bagus untuk mengeratkan hubungan yang sedia terjalin..