Sampel lampin bayi percuma.
Ni cerita tentang sampel lampin bayi percuma. Seawal usia kandungan sejak 3 bulan lagi, saya sudah menyemak laman-laman web berkaitan dengan barangan penjagaan bayi dan nak tengok sama ada mereka ada memberi sampel produk ataupun tidak.
Saya prefer untuk dapatkan sampel sebab nak tahu baby saya sesuai atau tak dengan jenama tu.
Maksudnya tiada ruam lampin atau merah-merah di punggung. Takdelah membazir kalau dah beli satu beg diaper nanti kan ;).
Cek website dapatkan sampel
Kalau ADA website yang offer sampel ni, saya akan isikan butiran yang diperlukan dan kebiasaannya saya akan memilih untuk mendapatkan sampel lampin pakai buang bayi.
Sampel percuma SUSU TEPUNG? Owh semestinya tidak, kerana saya berazam untuk susukan bayi sepenuhnya sehingga 2 tahun. Insha Allah. So mind set kena ready ok?
Jika sebelum ni saya dapat susukan Adam dengan susu badan selama 1 tahun 3 bulan, dan saya terpaksa campur dengan susu tepung selepas tu kerana ketakcukupan stok. Itupun dah buat saya puas sangat kerana dapat realisasikam impian saya untuk susukan anak-anak sebaik mungkin.
Link website sampel lampen bayi percuma
- Huggies
- Drypers
- Diapex
- Mamypoko
- Kao Merries
Antara jenama yang saya terima
Nak tahu apa produk yang saya sudah terima? Inilah dia sampel diaper dari Huggies dan Drypers. Saya memilih saiz S untuk berat baby dari 3-7kg dan di dalamnya ada 4 keping diaper. Manakala untuk Drypers pula adalah produk drypantz yang juga bersaiz S.
Biasalah bayi ni akan banyak cirit dalam sebulan pertama kelahiran mereka. Dan semestinya ibu akan kerap menukar lampin bayi kan? Jadi dengan adanya sampel ni, dapat menjimatkan sikit perbelanjaan diapers. Hehehhe jimat ke? Bolehla saje suka-suka nak dapat barang percuma kan.
Ada lagi sampel yang saya request dari syarikat lain, tapi nampaknya tiada respond pulak. Tak mengapalah, mana tahu ada orang nak sponsor kelengkapan bayi dan sponsor maknya pergi pakej berurut dalam pantang kan?
Hmm kalau dapat memang syok bangat!!! Ok korang pun boleh dapat jugak sampel percuma ni, so kalau nak minta, teruslah terjah website diorang ya. Daaaaa
Free ma….
Hihihi…
Jgn lupa, collect sample susu free kt anmum, dutchlady, dan sewaktu dgnnya.
Minta jangan tak minta Aju …nanti boleh buat perbandingan kualiti . Sebagai pengguna kita kena bijak memilih
Memang seronok collect yg free ni kan..susu pun selalu jgk dpt sampel tp sll req yg step yg dh 2 thn ke atas dh.
syok nyer if dpt hadiah berurut 🙂
heaven!!!
Terima kasih atas makluman ini.
Cuma bila skrg musim covid19 ini nak kena byk berjimat dengan lampin pakai buang ini. Harap admin ada lagi info mana2 baucher murah beli pampers budak ini ya!