Tampal Kaison wallpaper di ruang tamu rumah.
Ini cerita aktiviti kami di bulan puasa aritu tampal Kaison Wallpaper di ruang tamu. Oleh kerana cat merah di dinding ruang tamu ni dah bercapuk-capuk macam kene kulat air, kitaorang decide nak cat baru je dinding ni.
Dalam hati nak tukar dari warna merah ke warna kelabu.
Warna kelabu nampak eksklusif di mata saya, dan kenalah dengan tema warna hitam, merah dan putih rumah ni.
Tapi suami pulak last minute tu dia bersemangat nak tampal wallpaper.
Banyak wallpaper Kaison cantik-cantik
Banyak wallpaper yang cantik-cantik sekarang kan?
Nak pula boleh tampal sendiri dan tak perlu bayar installer pun untuk tampalkan. Dah jimat duit kat situ, hanya bayar kos untuk beli wallpaper dan gamnya sahaja.
Lagi satu tampal wallpaper tak sama macam kerja mengecat yang perlukan tenaga lebih 😆. Cat ni kan nak kene cat beberapa layer baru nampak cantik.

Sebelum tampal wallpaper, kalau perhati ada tompok2 putih kat wall
Ceduk idea dari group Deco Facebook
Hahahaha saya selalu bakar suami dengan gambar-gambar deko dari group deco rumahku syurgaku kat facebook tu. Dahla dia pulak terbakar nak menghias rumahku syurgaku dan tampal wallpaper DIY Kaison di ruang tamu hihihi.
Hahaha laki saya ni civil engineering orangnya, pandai ke dia nak tampal menampal ni kan. Biasanya kene ada caralah nak tampal wallpaper ni, eleh apa ada hal, orang perempuan pun boleh buat kerja ni katanya.
Cari Kaison wallpaper di Setia City Mall
Tapi orang dah semangat, dia punya kerja pantas giler.
Saya bagi jugakla dia tengok video cara tampal wallpaper DIY. Terus pagi tu kitaorang pergi Kaison Setia City Mall mencari semua kelengkapan. Yang pening tu nak pilih corak yang bersesuaian dengan tema dan warna rumah kami.
Saya memang suka hias rumah ni. Teringat plak masa beli pewangi untuk rumah. Saya suka sangat bau macam kedai Lovely Lace. Jadi pun beli pewangi Lovely Lace tu. Memang best baunya.

Hatni tebal sikit wallpaper nya, corak ala 3D

Yang ni RM7.50 sebotol

Serbuk gam ni pun RM7.50 sekotak
Saya rasa duk ulang alik kat rak wallpaper tu sejam pun ada.
Dahla bulan puasa kan, anak-anak pun dah boring ulang alik tempat yang sama banyak kali.
Bahaya duduk lelama kat Kaison sebab tujuan ko nak beli satu barang tapi bila nak bayar boleh jadi 20 barang, dengan anak-anak punya order lagi haishhh.
Macam-macam corak yang ada, corak abstrak, bunga, batu bata, hmmm cantik-cantik semuanya.
So setelah beberapa kali ambil letak, pikir itu ini, inilah corak pilihan hati.
Puas wehhh pening kepala hahaha. Suami tanya, aju nak warna apa?
Bila saya tunjuk corak yang saya nak tu, tapi dia tetap pilih pilihan dia jugak. Ko ghase? Hahaha kalau dah suka color merah, tanyalah pendapat kita ni, pilihan dia tetap cantik juga hahaha.

Gunakan wiper silicon ni untuk ratakan tampalan wallpaper

Guna paint roller ni untuk roll gam ke dinding rumah
Ukuran wallpaper DIY Kaison
Saya bagi chance lah suami menang, sebab sebab dia jugak yang nak panjat, tampal semua nanti kan. Ok inilah antara benda yang korang kene ada untuk tampal wallpaper DIY Kaison.
Ada yang tanya wallpaper kaison berapa meter?? Dinding saya ni ukuran 20 meter persegi dan menggunakan lebih kurang 3.5 roll wallpaper.
Bahan yang saya guna
- Wallpaper corak pilihan suami 😆
- Serbuk gam Adhesive Kaison (serbuk)
- Gam Wallpaper Kaison (cecair)
- Paint roller
- Wiper silicon (apa ntah namanya hahaha)

Bancuhan gam wallpaper
Cara bancuh gam wallpaper
- Ok pertama sekali bancuh serbuk Wallpaper Adhesive powder dengan 4 liter air.
- Masukkan serbuk tu sedikit demi sedikit dalam air dan sambil tu kacau.
- Kacau secara konsisten supaya serbuk gam tidak berketul dan lama-lama bancuhan akan menjadi likat dan pekat.
- Saya juga masukkan sebotol Wallpaper glue Kaison untuk menjadikan bancuhan gam tu lebih kuat.
- Selepas tu korang biarkan selama 15 minit.
7 cara tampal wallpaper Kaison di dinding

Sila lipat dan gunting lebihan wallpaper tu.

Ha selepas dah siap ginilah hasilnya
- Langkah pertama ambil paint roller dan celup dalam BANCUHAN GAM tadi dan roll gam tu pada dinding.
- Selepas tu ambil wallpaper dan terus lekatkan ke dinding.
- Buat secara teliti dan pastikan lekatan wallpaper di dinding TIDAK MENGGELEMBUNG dengan cara ambil wiper silicon dan ratakan.
- Ratakan perlahan dan jangan terlalu kuat, jika tidak wallpaper anda akan TERKOYAK.
- Anda juga boleh lap dengan kain lebihan gam yang melekat pada permukaan wallpaper.
- Kemudian ambil gunting dan potong lebihan wallpaper yang berkenaan.
- Seterusnya ulang langkah yang sama dengan melekatkan wallpaper di sebelah menyebelah dengan pastikan coraknya adalah selari dan seolah bersambung dengan wallpaper yang telah dilekatkan ke dinding.
BACA >> Cara Tanggal Wallpaper di dinding
Macam inilah kami tunjuk cara pasang wallpaper kaison. Haaaahhh lega dah settle tampal wallpaper tu.
Tak penat macam nak mengecat rumah, kalau mengecat tu nak kene 2/3 lapis kan. Yang ni sekali tampal, ha terus siap. Tapi yang penting pilihlah corak yang bersesuaian dengan tema rumah anda, InshaAllah rumahtangga aman bahagia hihihi.
Baru buat juga kat umah guna wallpapar kaison ni.. tapi yg murah punya.. tapi ok juga.. dpt cover cat yg dah huduh tu..
cantik 🙂
Cantik.. kemas je nampak
Wallpaper Dekat kaison murah2…
Design pun cantik2..
Suka tgk org lekat wallpaper dkt rumah masing2.. Liez nak buat jugak tap husband xsuka.. dia suka dinding tu bercat.. dinding rumah ni pun dah mcm art street dah.. penuh dgn lukisan anak2.. redooooo
first time singgah blog ni 🙂
menariknya baru tahu cara nak pasang wallpaper..
wow cantik wallpaper tu aju.. kena nga tema
Aju ni tinggal mana ya? Boleh pulak pergi setia city mall. Ibu pun selalu pergi sana. Saja nak makan makan dan bawa anak pergi lari kat padang luar tu. Air pancut dia pun lawa.
Seronok tengok semangat suami isteri pasang wall paper. DIY lagi jimatkan aju
Cantik juga wallpaper kaison ni, tak sangka..
Hai nak tanya .. dah pasang wallpaper tu kan senang tak nak koyak dia balik sebab kite rmh sewa je .. maksud kalau koyak comot dinding tak .
memang dinding akan comot sis sebab bila dah kene gam tu akan ada kesan kertas melekat di dinding kalau kita tarik.
kalau nak mudah nnti spray air, bila dah kembang boleh tarik je
Hai.. Nak tanya.. Kalau beli wallpaper yg jenis sticker tu, boleh ke guna gam kaison tu? Sbb yg jenis sticker tu tak kuat sgt..
klu nak guna boleh tp saya tak pasti kalau nak tanggalkan in future nnti macamana, sebab kalau guna wallpaper ni, nak tanggal tu spray air, dia akan kembang dan mudah nak tanggal.