November 24, 2020

Resepi aiskrim buatan sendiri dengan 3 bahan sahaja

Resepi aiskrim buatan sendiri yang sangat mudah.

Saya nak kongsi dengan korang resepi aiskrim buatan sendiri yang sangat mudah. Kalau dibuat sendiri kita boleh lebihkan dan kurangkan rasa aiskrim tu.

Kalau nak sedap dan pekat, lebihkan susu, dan kalau tak nak manis boleh kurangkan gula. So jom saya ajar korang resepi aiskrim buatan sendiri yang sangat mudah.

Cara dia senang sangat, bahan pun laaaagilah senang!! Orang kata pejam mata pun boleh buatlah, haa bongkak giler kat situ kan, sebab saya buat sekali je terus menjadi!!!

Seronok sangat!!! Ok bahannya cukup mudah. 3 bahan je diperlukan termasuklah air susu kotak.

Resepi aiskrim buatan sendiri

Resepi aiskrim buatan sendiri
Bahan-bahannya

Bahan-bahan

  • Creamer coffee mate 2 cawan
  • Susu segar Dutch Lady 2 cawan
  • Gula 1/2 sudu
  • Blender/ pengisar
Creamer
Susu segar dutch lady

 Cara-caranya

  1. Ok memula sekali masukkan coffeemate 2 cawan dan diikuti susu segar 2 cawan.
  2. Masukkan sesudu gula, tapi kalau nak letak 1/2 sudu pun boleh sebab susu Dutch Lady tu pun dah manis. Sebab saya letak sesudu tu pun rasa manis melekat dah.
  3. Saya guna susu perasa strawberi, tapi ikut suka korangla nak perasa apa kan, coklat pun boleh, nak letak biskut oreo yang dipecah-pecahkan pun boleh.
  4. Lepas tu blend sehingga campuran tadi tu nampak berbuih.
  5. Dah puas hati nampak buih tak?? Kalau ya, masukkan dalam bekas dan simpan terus dalam freezer.
1/2 sudu gula
resepi aiskrim buatan sendiri
Chef kecil berkebolehan besar 😉

Korang simpanlah sehingga betul-betul beku dan bolehla dihidang untuk sekeluarga. Saya dah pesan kat anak-anak, toksah nak tutup bukak sangat freezer tu nanti aiskrim tu lambat beku, bebudak biasalah kan, asyik nak jenguk je dalam freezer tu sambil.

Tanya bila nak keras ni?

bila nak keras ni?

Naik hangin satu badan ibu ni dibuatnya.

Memang sedap tau!! Rasa macam aiskrim mangkuk yang beli kat kedai tu. Memang menjadi dan puas hati sangat.

Tapi kira ni terjamin sangatlah kebersihannya tu. Nak kata jimat pun ya sebab adunan tadi tu untuk 5 orang makan sekali hadap je. Dan bolehla bancuh lagi untuk kepuasan sebenar, giler ayat macam iklan tv.

memang terbaik
Resepi aiskrim buatan sendiri
rasa aiskrim sebenar

Kos resepi aiskrim buatan sendiri

Bagi saya kosnya sangat minimum. Bermodalkan susu sekotak RM5.90 Boleh guna 2/3 kali. Coffee mate tu sekali beli boleh guna berkali-kali sampai habis. Begitu juga gula.

Sangat jimat dan murah dari aiskrim mangkuk yang dijual di kedai.

Nampak tekstur dia tu macam aiskrim mangkuk kan? Ha tulah saya cakap korang tak caya, nak tau bolehla cuba di rumah ya.

Jangan pulak guna blend yang korang kisar lada ngan kunyit tu, mau pedas pulak aiskrim korang tu kang, tapi tak taulah kalau ada yang suka aiskrim berperisa pedas pulak kan heheheh.

Oklah selamat mencuba!!!

Buat anda yang ingin memulakan bisnes aiskrim dengan modal yang rendah, boleh dapatkan EBOOK BISNES AISKRIM sekarang.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

13 thoughts on “Resepi aiskrim buatan sendiri dengan 3 bahan sahaja

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: