5 aktiviti wajib jika bercuti di Pulau Perhentian Kecil.
Rasa still tak boleh move on lagi dengan percutian saya dan kengkawan ni. Masih teringat lagi kecantikan pantainya dan kejernihan air lautnya.
Sungguh indah!!! Wow memang best percutian ni, rasa nak repeat!
Sebenarnya banyak aktiviti yang korang boleh buat kat sini, bergantung kepada masa, tenaga dan bajet korang. Percutian ni tanpa aktiviti umpamanya, hei kenapa pergi bercuti tapi tidur kat bilik atau rumah chalet je?
Diulangi jerrr??
Hahaha so untuk memastikan percutian kita ni bermakna dan bererti, haruslah ada senarai aktiviti atau wishlist untuk korang lakukan.
Just nak share dengan korang antara aktiviti wajib jika bercuti di Pulau Perhentian Kecil, Terengganu. Terpulang pada korang nak buat ke tak. Tapi buatlah, at least adalah benda korang nak share dengan orang lain. Contohnya macam yang saya share ni lah kikikiki.
1. Bergambar dan photo shoot
Masa sampai ni memang tak sah kalau tak bergambar di daratan, tepian dan dalam air. Serius gambar korang akan totally nampak cantik sangat. Sesuai untuk yang nak berphotoshot kenangan. Dengan air laut yang jernih dan membiru, dan kena pulak dengan warna baju korang. Huishhh memang cantiklah!!

bergambarlah mengikut kreativiti dan keinginan korang. Selagi tak melanggar hokum syarak, selagi tu bergambarlah haha
2. Snorkeling/ Scuba Diving
Eh ini wajiblah sebab inilah kemuncak percutian kat pulau yang cantik ni. Macam kami yang ambil pakej percutian dengan Mieha Holidays yang mana aktiviti snorkelling ni termasuk dalam pakej tu. Ada 4 checkpoint kesemuanya, bermula dari checkpoint turtle, nemo, perkampungan nelayan dan Romantic Beach.

Seronok snorkelling ya, rasa nak berendam lelama dalam laut tu jah. best!!
Dan di samping tu ada juga akiviti scuba diving kat sini. Pada yang nak cuba aktiviti mencabar ni bolehla survey sendiri.
Baca juga-> Percutian ke Pulau Perhentian Kecil, Kuala Terengganu
3. Tengok pemandangan sunset
Ha ni terbaik sebab sunset tu cantik sangat. Korang dah boleh start duduk tepi pantai menunggu sunset dari jam 6.00 petang. Sebab sunset ni dalam jam 7.00 macam tu dah habis. Sapa lambat gigit jarilah.

Cantik kan pemandangan tepi laut ni. Waktu ni jam 6 petang. Memang panas terik, tapi demi menunggu sunset, tapi redha haha

cantik kan sunset tu. Subhanallah memang terbaik pemandanngannya. Waktu ni jam menunjukkan pukul 7.05 malam.
Sambil menunggu sambil bergambar. Macam-macam aksi boleh buat š¤£š¤£. Suka tengok semua hasil gambar kami ni. Nampak mahal dan eksklusif. Mahal sangat kenangan ni, nak pula dengan kawan-kawan tersayang.
4. Melihat bulan dan bintang
Syukur malam tu cuaca sangat cantik dan takde tanda-tanda nak hujan. Bolehlah masing-masing realisasikan impian nak melihat bulan dan bintang. Subhanallah cantik sangat bulan malam tu. Nak pulak lepak tepi kedai makan. Sambil melihat bulan, sambil kita membawang.

Syukur malam tu cuaca terbaik. makanya dapatlah tengok bulan dan bintang. Sangat cantik

Tu bulan, ha sebelah tu bintang. Sebutir je Nampak bintang malam tu, yang lain ada tapi jauh sikit dari bulan.
KalauĀ korang nak tahu, gerai kat katĀ tutup jam 10.30 malam. Awal dia tutup, so sapa yang nak mengeteh memalam tu kene keluar awal sikitlah. So pekena roti canai kat sini. Harganya RM4 sekeping, tapi roti canai dia memang torbaik dan tersedap!!!
5. Roti canai sedap
Ha ini saya dan kengkawanlah ya, tapi kalau korang jenis tak makan benda kalori so takyahla makan. Tu dia malam kelmarin tu dah makan sekeping, rasa sedap giler. So repeat lah pagi tu sebab teringat-ingat pulak. Ha nin dia roti canai kosong. Minum plak dengan nescafe ais, perghhh!!!

Makan sarapan dan minum malam di Fatimah Chalet. Roti canai dia best. Sila singgah ya kalau datang sini.

Sekeping RM4, bolehla walau mahal tapi sedap
Ha itulah antara aktiviti bercuti di Pulau Perhentian Kecil yang boleh dicadangkan untuk korang semua. Best dan memang tak bleh lupa punya. Bab mandi laut memang terbaik dan puashati. So kalau korang dah pergi dan ada hati nak pergi, jangan malu-malu tinggalkan komen kat sini ya. byeee
hahahha!! gambar and photoshoot tu no 1 yer… mmg wajib kay.. hehe
Hahaha i tergelak bila no.1 tu mmg lah first to do list pegi memana. Kena keluar jugak makan, buat aktiviti berjalan je kerja. Tapi itu lah kadang2 kita suka duduk bilik je sbb nak santai2. Tapi kalau dengan member kena keluar sampai letih! Pulun selagi boleh~
Bestkan g pulau perhentian ni kan. Tak kira kecik atau besar dedua lawa. Bila nak ada peluang pegi sana lagi.
lahai, kenapa ni ramai betul yang pergi pulau. Terus rasa nak holiday jugak ke pulau perhentian. Memang cantik photo shoot di pantai. Lighting memang cantik tepian pantai.
omg sunset tuh memang lawa sangat. rindu pulak nak pergi santai kat pantai dengan kawan kawan i. Kena ambil cuti dan plan lah ni. sebab ada musim kan.
Kita kalau kat mana-mana pergi untuk bercuti yang paling wajib kita cari adalah makanan hehehe macam kat pulau perhentian ni tengok roti canai tu sedapnya wakakakak pemandangan pun cantik dan menggodalah…
Dah pergi Perhentian Kecil. Perhentian Besar belom sampai lagi. Seronok juga ke sini. Bab bergambar tu harus. Teros boleh buat portfolio macam model. Hehe
Wahhhh perhentian kecil ! Teringin nya nak pergi sini tp belum sampai lagi. Nampak cantik ya pantai dia. Roti canai sekeping 4 ringgit ? Wow mahalnya. Hahahaa. Nanti nak plan lah percutian ke sini
wahhh rindunyaaaa nak cuti ke pulau lagiii… makin syok snorkeling.. aduhhhh duh duhhh besttt oiii.. tp lepas dh habis cuti leh tgk kulit ada belang2 mcm zebra… hahahahha…. apapun pulau2 kat terengganu mmg ohsem belaka… serius best!!
Rindu plak nak pi perhentian baru je pergi bulan Mac aritu. Memang semua aktiviti dalam ni lia dah buat. paling suka snorkeling lah.
Baru baca percutian dekat redang ni pulak perhentian..adoii memng kene pergi bercuti pulau ni..hehee..bestnya..tenangnya tengok pulau ni kan..
Cantiknya sunset! Lamanya tak bercuti ke pantai macam ni. Teringin sangat nak pergi. Thanks for this post, bolehlah buat rujukan nanti kalau nak ke sana.
wah..sungguhlah, mmg tak leh move on kalu g bercuti kat pulau ni. Cantik amat pemandangan. tapi mahal btl ya roti canai sekping 4 ringgit.
Kalau nak pergi bercuti ke pulau ni, kena get ready duit secukupnya..
Kalau tengok harga roti canai tu, seorang makan gigih lagi. Kalau anak anak ramai, nangis jap. Haha
Setakat ni bila dah kawen, belum pernah ke mana mana pulau.
Perhentian is a really nice and pretty island to visit! Thanks for the summary on the activities we can do there! I really miss the scenery and blue sea there.
Thanks for the information and tips, Kelly pun tengah planning for year end family trip mungkin nak ke pulau perhentian, ok kan.