
Sekali terpandang terus terjatuh hati untuk mencuba produk Bioxcellent Colla White Diamond ni
Hari tu jalan-jalan di Watson. Biasalah perempuan ni kalau masuk Watson, adalah benda yang dia nak cari. Bukan apa kulit muka ni rasa macam kering je, jeragat bermaharajalela dan bawah mata gelap 😔.
So saya nak cari produk yang boleh bantu atasi masalah tu. Dan terpandanglah satu produk ni namanya Bioxcellent Colla White Diamond.
KANDUNGAN BIOXCELLENT COLLA WHITE DIAMOND

Isi kandungan produk Bioxcellent Colla White Diamond
Kalau baca di label produk ni, ianya mengandungi campuran beri (diperkaya dengan anti oksidan), Collagen Tripeptide, Astaxanthin, Acacia gum, Ekstrak buah, anggur, Tomato, Epal, Strawberi dan Buah delima. Hmm semua buah-buahan ni kegemaran saya.
Biasanya satu-satu masa biasanya kita akan makan buah tertentu je dan bukan semua dapat beli sekaligus. Tapi dalam satu botol ni dah ada campuran semua ekstrak buah yang bagus untuk kulit. Jadi sekali minum je semua khasiat buah kita dapat sekaligus kan? 😍.
Of course bila kulit muka kita bermasalah sure rasa rasa tak selesa. Lebih-lebih lagi malu ngan husband, sebab biasanya kalau di rumah saya memang tak pakai foundation dan make up. Memanglah husband kata awak lagi cantik tanpa make up. Tapi kalau kita dapat buat sesuatu untuk pastikan kulit muka terjaga, lagi bagus kan.
KELEBIHAN COLLA WHITE DIAMOND

Satu scoop sehari sudah mencukupi.
Saya pun baca di website Bioxcellent Colla White Diamond ni. Saya nak pastikan apa yang saya inginkan ni tercapai. Kulit cantik dan bersih tanpa sebarang masalah pegmentasi. Antara kelebihan produk ini ialah:-
- Sesuai utk membantu masalah liang pori terbuka.
- Membantu melembapkan dan menganjalkan kulit.
- Membantu masalah pigmentasi.
- Mengurangkan masalah lingkaran gelap bawah mata.
- Mengecutkan jerawat dan membantu mengatasi masalah parut jerawat.
- Membantu kulit supaya lebih sihat, lembap, gebu dan halus.
- Membaik pulih struktur kulit.
- Menjadikan kulit lebih cerah, anjal, gebu dan lembap.
- Menghilangkan garisan halus dan kedutan.
- Mengaktifkan sintesis penghasilan kolagen dalam tubuh
- Melindungi dari sinaran UV, radikal bebas dan pencemaran
- Mencantikkan kuku lebih kuat dan atasi keguguran rambut
- Sesuai untuk lelaki dan perempuan berumur 16 tahun ke atas
Sempoi produk ni, selain bagus untuk kulit muka dan wajah, ianya juga berkesan untuk dalaman badan. Bab rambut dan kuku tu yang puashati. Mana taknya sekarang ni rambut banyak gugur. Kalau menyapu boleh nampak rambut di mana-mana.
Satu produk, ada 2 kesan yang positif iaitu untuk luaran dan dalaman badan. Memang mudahlah sebab tak perlu nak consume 2/3 produk dalam satu-satu masa.
CARA BANCUH DAN WAKTU PENGAMBILAN

Ok air tu lebih kurang 200ml dan masukkan satu scoop serbuk dan goncang. Rasanya tak terlalu masam dan tak terlalu manis. Just nice!

Minum sehari sekali setiap pagi atau sebelum tidur tau. Jadikan amalan, kalau nak cantik memang kene rajin ya.
Mudah je nak bancuh produk Bioxcellent Colla White Diamond ni. Campurkan 1 skop serbuk (20 gram) ke dalam 200ml/250ml air sejuk atau suam, kemudian kacau atau goncang sehingga larut dan minum serta-merta selepas penyediaan.
Minum 2 kali sehari, pertama selepas sarapan atau sebelum tidur. (Waktu yang dicadangkan ialah sebelum tidur sebab penyerapan waktu malam lebih tinggi). Ha mudah kan? Yang penting kalau dah beli, kenelah rajin bancuh dan minum. Kata nak cantik kan? Haruslah rajin.
TIPS/PANTANG UNTUK KESAN TERBAIK

Untuk kulit wajah lebih anjal dan berseri, minumlah Bioxcellent Colla W. Diamond
Saya yakin kalau kita orang perempuan ni dah guna sesuatu produk. Mesti nak tahu berapa lama boleh nampak kesannya? Betul ke dapat kulit cantik licin putih berseri?
BACA >> Cara pilih shade foundation yang betul
Mudah je jawapan saya. Kesan pada setiap orang tu berbeza-beza. Cepat atau lambat perkara kedua. Perkara pertama adalah kita pastikan kita kene tahu apa yang boleh dan yang tidak untuk pastikan kita dapat hasil yang kita nak. Yang penting kene disiplin dan sabar.
Disiplin ni maksudnya kalau selepas minum produk tu, kita kene ikut semua pantang di bawah ni. Samalah macam nak kurus, kan?. Kene disiplin dan istiqamah. Baru nampak hasilnya, antara yang korang kene ambil tahu ialah:-
- Untuk MASALAH JERAWAT sila pantang susu, makanan bergoreng dan kicap soya.
- Elakkanpengambilan KAFEIN sbb boleh mempercepatkan penuaan.
- Masa period better stop sbb sistem pnyerapan badan masih lemah jd bazir jika minum.
- Boleh JARAKKAN waktu pengambilan selama 5 jam jika ambil UBAT dari hospital/klinik.
- Boleh jarakkan 1-2 jam pengambilan dengan produk Kitsui jika mengambil apa2 jenis produk/supplement/jamu lain.
- Produk slimming/detox TIDAK SESUAI untuk ibu menyusu atau ibu mengandung.
- Amalkan minum AIR MASAK 2-3 liter untuk kesan terbaik.
- Jika mempunyai MASALAH KESIHATAN sila rujuk doktor atau pakar kesihatan dulu sebelum mengambil apa2 jenis produk.
- Produk yang MEMPUNYAI KOLAGEN tidak digalakkan dan tidak sesuai untuk pengguna yang mempunyai masalah alahan makanan laut atau masalah kulit sensitif atau masalah resdung.
AMARAN!!
Pengguna yang mempunyai masalah alahan seafood dan masalah resdung tidak sesuai untuk ambil Bioxcellent Colla White Diamond
PENGUMUMAN PENTING
Produk Bioxcellent bukan di perbuat dari ubat yang mana ianya tidak dapat bantu menyembuh sakit sakit kronik anda.
Produk Bioxcellent hanya makanan tambahan anda seharian. Bioxcellent hanya membantu mengimbangkan nutrisi yg kekurangan dari makanan seharian anda. Produk Bioxcellent adalah produk yang diperbuat dari makanan seharian kita seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kolagen dari ikan. PRODUCT BIOXCELLENT ADALAH SUPERFOOD.
Produk Bioxcellent cuma ada No. Reference dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dikategorikan sebagai makanan. Produk ini tiada no. MAL sebab no. MAL hanya untuk produk yang diperbuat dari ubat/ dikelaskan sebagai ubat.
HARGA DAN KUANTITI PRODUK
Satu botol Bioxcellent Colla White Diamond berharga RM66 sebotol. Penggunaannya boleh bertahan untuk 30 hari. Berat kandungan setiap botol ialah 700gm. Kalau korang nak tahu terdapat 5 jenis produk Bioxcellent. Dan ianya hanya boleh didapati di Watson dan di website Bioxcellent.
Pada korang yang nak turut sama dapat kulit anjal dan berseri, bolehla dapatkan produk ini di Watson. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh layari social media mereka di bawah ya.
Website: http://www.bioxcellent.com/
Facebook: Bioxcellent
Instagram: @bioxcellent
“SIHAT CANTIK SELALU”
Menarik… Ini mungkin salah satu rahsia Nampak kelihatan muda…
Banyak khasiat colla w diamond nie..excited kite nak try..yela wanita kan obses nak kelihatan cantik..disebbkn produk nie da ade pengesahan dari kkm, so apa salahnye kite try..
byk da produk gini nowadays.
da xde alasan utk tak cantik.
murah.
mudah nak dapatkan / beli.
sedap plak rasa nyer ye…
dalaman badan kita ni perlukan suplemen yg terbaik.
yg penting, beli yg asli dan sah KKM.
malangnya yg ni x sesuai utk aida 🙁
sebab aida alahan resdung yg amat serius.
sebab tu lah sukar nak mencari suplemen utk kulit cantik, ajumohit.
aduhai…
mek pernah consume jugak bioxcellent ni. alhamdulillah okei. habis sebotol terus tak sambung sebab mek tak istiqamah dan disiplin dalam pengambilannya. but during the day that i consumed this memang benar benar elok untuk tubuh badan.
Thanks for share,.
Banyak sangat produk macam ni kat pasaran cuma nak kena pilih yang mana yang sesuai dengan kita la kan?. Kalau nampak bagus boleh la teruskan penggunaan. Oh resdung dan alahan seafood tak boleh ye?….
another collagen product for me to try…powder is convenient kan letak je dalam jus then boleh la enjoy kecantikan nanti!
Menariknye produk ni… Bolehlah dicuba nanti. Noted Ibu mengandung dan menyusukan tidak boleh minum.
Menarik juga produk botol biru ni ye. Banyak kebaikan yang boleh dapat daripada satu botol ni. Rasanya pula macam mana, manis tak?
betul, setuju bab kesan berbeza pada setiap pengguna. Kena la cuba dulu baru kita tahu berkesan atau tidak. Banyak khasiat dalam satu balang. Nak bancuh pun mudah je. Senang nak pergi travel
Cantiknya packaging bekasnya.. AM berkenan dgn design kaler pd bekas.. Hehehe.. Banyaknya khasiat.. Boleh la AM mencuba juga..
Nampak color oren2 tu macam sedap je.. mesti sedap kan? heheh.. sekarang ni kalau ikut umur TB pun memang dah kena minum kolagen macam ni.. nanti nak cari lah satu.. hehehe
Nad pun minum ni..harga murah mudah didapatai..Dah makin berusia ni, badan semua nak cantikkan balik..hahaa..mestila kene ambil suplemet..yang penting suplement yang dipercayaai
Terbaiklah bio excelent! Hebat ! Baik untuk kesihatan dan kecantikan luar dalam juga. Boleh kecilkan liang pori memang best! Cx nak try la nanti
Tengok pada ramuan mmg nampak menarik. Suplemen yg bagus untuk kesihatan badan juga ni.!blh rekomen kat semua wanita 🙂
BAgus produk ni utk menjga kesihatan kulit kita…siapa yg xnk punya kulit anjal kan….semua wanita igin kan wajah yg awet muda gittuuu…boleh laa dicuba nanti…
First time hearing Bioxcellent Colla White Diamond. Is this a new brand in the market? It looks promising to consume
Di usia seperti Rawlins nie, memang banyak bantuan diperlukan agar kekal kelihatan bermaya dan segar. Rawlins sekarang minum BB Collagen Plus – mudahan menjadi la kan.
Oh yess collagen drink kalau kerap minum memang good for our skin and overall well being.
Lepas ni nak singgah watson atau guardian nak beli lah produk Bioxcellent Colla White Diamond. Nak cuba juga sebab kita pun nak cantik jugak. Harga pun berpatutan tu.
Nak cantik ni memang kena rajin.. Rajin cuci Muka.. Rajin pakai skincare.. Rajin jaga makan.. Rajin mnum collagen.. Setakat ni saya amik vit C utk kulit.. Lpas ni boleh try collagen yg ni pulak
wah makin lawa. memang kena juga kan consume untuk dalamam. takat pakai skincare lmbat kesannya.
boleh tau kenapa org yg ada alahan dan resdung xboleh consume?