Buat sendiri susu kurma, jimat dan senang untuk disediakan

Hari ni saya ada buat sendiri susu kurma dan nak share dengan korang cara buat.

Buah kurma ni banyak khasiatnya. Pastikan stok kurma ni sentiasa ada di rumah tau!

Biasanya selepas bulan puasa kita akan ada lebihan buah kurma.

Macam tahun ni, kami dapat 2 kotak kurma yang diberi oleh jiran terdekat. Tak campur yang dibeli sendiri. Daripada membazir, baik buat susu kurma sendiri. Jimat dan mudah.

Elok dijadikan amalan harian untuk sentiasa makan kurma. Kurma ni pun adalah makanan sunnah, jadi amalkan yang sunnah untuk lebih keberkatan dan jaga kesihatan.

Sambil-sambil buat kerja rumah, kerja di pejabat hatta di mana pun korang berada. Makanlah kurma ni at least sebiji sehari.

Nak tau cara buat sendiri susu kurma mudah? Jom kita start

Buat sendiri susu kurma

buat sendiri susu kurma

Bahan-bahan

3 hingga 7 biji kurma
1 cawan air suam
2 cawan susu segar

Cara-caranya

  1. Belah kurma dan buang bijinya.
  2. Rendam kurma di dalam air suam lebih kurang 10 ke 15 minit.
  3. Kemudian masukkan susu segar, air rendaman kurma berserta isinya ke dalam blender.
  4. Dan kisar untuk 3 hingga 5 minit.
  5. Boleh diminum terus ataupun disejukkan dulu di dalam peti ais.
  6. Tapi kalau anda hanya rendam kurma dan lenyek pun boleh juga. Tak perlu pakai blender pun boleh.

Kebaikan kurma dalam penjagaan kesihatan

resepi susu kurma mudah

1. Kandungan Nutrien Yang Tinggi

Kurma Ajwa Asli Madinah dari Rihura Herbs ni saya beli online. Kebetulan tengok di Facebook dan nampak ramai yang dah beli dan beri feedback yang baik.

Kurma Ajwa ni nampak kecil dan buahnya berwarna hitam. Rasanya lembut dan tak terlalu manis. Walaupun begitu khasiatnya banyak tau.

BACA  Resepi rendang ayam mudah dan sedap

Kalau nak tahu ianya mengandungi kandungan nutrien yang tinggi. Antaranya serat, kalsium, zat besi, serta vitamin.

2. Tenaga Segera

Bagi yang selalu melakukan rutin senaman yang memerlukan tenaga yang banyak dan cepat, boleh menjadikan kurma sebagai sumber tenaga. Husband saya yang selalu hiking tu pun memang bawa bekalan kurma ni.

Ini kerana kandungan gula semula jadi (fructose,glucose, sucrose ) yang tinggi dalamnya mampu memberikan tenaga segera apabila letih.

3. Diet Sihat

Dah tau dah selepas je bulan puasa kita akan menyambut Syawal. Banyaknya makan makanan berlemak dan berminyak yang kita makan. Jadi kalau nak diet, kurma ni memang elok untuk kita-kita ni πŸ˜‰.

Ini kerana pengambilan kurma mampu mengenyangkan perut dengan cepat jadi membantu kita supaya tidak makan dengan banyak.

4. Membantu Mengurangkan Sembelit

Teringat masa dalam pantang, susah nak buang air besar ni adalah trauma terbesar. Duduk lama dalam bilik air, eiiuuu seriau bila diingatkan. Sembelit pun boleh dikurangkan dengan kurma ni.

Jadi, pengambilan kurma yang kaya dengan serat ini amatlah baik bagi menyembuhkan dan mengelakkan masalah sembelit.

5. Menyihatkan Jantung

Bila kita banyak makan makanan bersantan dan berminyak, dah tentu akan memberi kesan kepada kesihatan dalaman terutama jantung. Itulah enjin utama dalam badan kita.

Kurma mengandungi kandungan potasium yang tinggi lantas dapat membantu menurunkan kadar kolesterol yang menyumbang ke arah strok dan serangan jantung. Tapi dengan syarat kurangkan juga semua makanan yang tidak menyihatkan.

Kurma dianggap sebagai buah paling ideal untuk hidangan berbuka puasa atau sahur. Tidak hairanlah, ia banyak disebut dalam al-Quran, malah menjadi makanan ruji Nabi Muhammad s.a.w.

Malah Rasulullah bersabda: β€œSesiapa yang memakan tujuh biji tamar Ajwah, dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu.” (Riwayat Imam Bukhari).

Pada yang nak dapatkan kurma sedap ni korang boleh beli online je. Tak perlu keluar rumah di Fasa PKP ni. Ramai pun yang dah mula berpuasa sunat Syawal dan ganti puasa. Memang elok bersahur dan berbuka dengan Kurma Ajwa.
Ibu-ibu hamil dan yang menyusukan bayi pun sangat elok amalkan pemakanan kurma. Jangan lupa cuba susu kurma tu tau, minum secawan nak minum lagi dan lagi πŸ˜†.

kurma ajwa madinah online

Instagram : @rihuraherbs

6 thoughts on “Buat sendiri susu kurma, jimat dan senang untuk disediakan”

  1. abis dah kurma rihura aida. sedap!!!
    tak terkenang plak nak buat susu kurma gini. rugi!
    nanti nak beli lagi.
    sunnah kan. dari makan makanan yg lain πŸ™‚ dpt pahala.
    kurma ajwa rihura memang sedap πŸ™‚

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: