Burger ayam homemade bersayur
Ok, selepas balik dari workshop sesi mama-mama penyayang Dugro®, saya terus jadi bersemangat nak menyediakan menu makanan yang berkhasiat untuk keluarga kecil saya.
Saya dan anak-anak pun mencuba salah satu dari 6 resepi yang ada di dalam buku menu harian Si Manja Dugro® ini.
Setelah belek-belek buku menu, saya pun cek dalam peti ais apa bahan yang ada. Ini kira nak sesuaikan bahan dengan menu, apa yang ada itulah juga yang kita guna untuk menu masakan kita ok :). Yang penting mesti ada Susu Dugro.
Ok sangat mudah, tak susah pun, janji bahan semua ada. Untuk menyediakan makanan berkhasiat, kita sebagai ibu bapa janganlah terlalu berkira untuk berbelanja bagi membeli bahan-bahannya.
Kalau anak-anak sihat, kita ibu bapa pun seronok tengok perkembangan positif mereka dari masa ke semasa kan.
Untuk menu yang saya nak kongsikan dengan anda ialah Burger Ayam Sayangku. Budak-budak memang suka sangat makanan macam ni, tapi bezanya jika ianya adalah hasil tangan ibu-ibu ataupun home made.
Sudah pasti bahan yan digunakan semuanya adalah bernutrisi dan tidak mengandungi perisa ataupun perasa tambahan yang mana ianya tidak bagus untuk perkembangan otak dan tubuh badan kita semua. Lagi-lagi fast food kan, say no to fast food, NO!!!
Burger Ayam Sayangku
Bahan-bahan
2 Sudu besar susu Dugro®
2 Sudu besar air suam
1 keping roti disiat kecil
Potongan lobak merah, dicelur
Potongan brokoli, dicelur
50gm isi ayam cincang
Garam secukup rasa
2 sudu besar mentega
Cara penyediaan
1. Larutkan susu Dugro® dengan air suam. Rendam roti sehingga lembut.
2. Cincang halus lobak merah dan brokoli. Gaulkan dengan bahan lain kecuali mentega.
3. Bentukkan menjadi 2 kepingan setebal 1cm. Panaskan 1 sudu besar mentega dan goreng sehingga masak.
4. Sapukan roti dengan baki mentega dan panaskan. Hidangkan burger dengan keju. Yummy!!
Untuk bahan-bahan di atas, anda boleh gantikan dengan sayuran yang anak anda gemari. Selain mencelur, anda boleh juga kukus sayuran tersebut ya. Jika bahan yang disatukan tu kering dan ianya tidak membentuk dengan baik, boleh tambahkan sedikit telur yang telah dipukul untuk menjadikannya lebih lembut dan senang terbentuk. Isian burger ni juga boleh disediakan awal dan dibekukan di dalam freezer. Dan anda boleh letakkan alas plastik untuk elakkan ianya melekat.
Amacam mudah kan nak menyediakan makanan berkhasiat untuk yang tersayang. Anak-anak saya sukakan menu ini, diorang puji kesedapan menu simple ni dan nampaknya diorang makan sayur brokoli dan lobak merah yang saya campurkan sekali di dalamnya.
Dugro® sememangnya memahami keperluan nutrisi si manja dan khasiatnya bukan sahaja sebagai susu untuk minuman tetapi juga sebagai campuran di dalam menu masakan.
Suka saya ingatkan yang mana Dugro® mengandungi kandungan DHA tertinggi. DHA adalah komponen utama otak dan retina mata. Dugro® juga mengandungi dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & Omega 6 adalah asid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula. Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja. Dumex Dugro® juga merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides) iaitu sejenis serat.
Jadi berikan yang terbaik untuk keluarga anda. Bertindak sekarang sebelum terlambat, ibu-ibu yang memberikan nutrisi terbaik untuk keluarga, akan memastikan setiap dari mereka mendapat makanan seimbang dan penuh nutrisi serta berkhasiat, jangan lupa berikan minuman susu Dugro® 2/3 gelas sehari kepada si manja anda seperti yang disarankan oleh pakar Nutrisi. Harap-harap selepas ini pihak Dugro® dapat lagi berkongsi tips bermanfaat seperti ini. Untuk maklumat lanjut bolehla melayari laman facebook mereka di https://www.facebook.com/DumexDugro/ .
Nampak pun sedap. Apatah lagi makan dengan keju 🙂
Boleh buat sendiri burger ayam dengan susu dan bahan bahan lain yang ada di rumah kan
Nampak sedap ni. Kena cuba buat guna roti ni pula nanti hehehehehe
Burger yang kita beli di luar tak tahu apa bahan yang di campur kan. Lebih baik buat sendiri macam aju
anak2 mesti suka. tambah bila mama sendiri yg masak.
Sedapnya burger buat sendiri kan aju. Maznee pun nak cuba lah
Nampak sedap burger tu. Boleh lah try buat nanti.