Himpunan 5 resepi kek mudah berasaskan coklat atau milo.
Memang anak-anak sukakanv kek atau muffin yang menggunakan coklat atau milo. Bukan sahaja anak-anak, ibu dan ayah pun suka juga kan. Saya kongsikan himpunan resepi ini untuk ibu-ibu cuba bagi memikat hati anak-anak.
Saya sukakan resepi yang mudah untuk dibuat. Mudah dari segi penggunaan bahan dan peralatan yang digunakan. Disebabkan saya tiada mixer, jadi saya kongsikan resepi yang hanya perlu diadun menggunakan blender atau kudrat tangan sahaja.
1. KEK KUKUS MILO
Bahan A
- 1 cawan milo
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat
Bahan B
- 1 1/2 cawan tepung gandum ( di ayak )
- 1 sk serbuk bikarbonat
- 1 sk serbuk penaik
Bahan C
- 3 biji telur
- 1 sk esen vanilla
- Langkah- langkah :
Campurkan semua bahan A dalam periuk dan kacau sehingga sebati dgn keadaan api sederhana. Bila dah sebati tutup api dan biarkan sejuk seketika.
2) Sementara tunggu bahan A sejuk sedikit, dalam bekas lain pecahkan 3 biji telur dan letak esen vanilla (seperti di bahan C). Pukul sehingga kembang. Selepas kembang, campurkan ke dalam bahan A yang telah disejukkan tadi dan kacau.
3) Selepas itu, masukkan pula bahan B ke dalam acuan bahan A dan bahan C tadi, kemudian kacau sehingga sebati..Kalau rajin boleh kacau sehingga tiada gelembung-gelembung tepung.
4) Kemudian sapu loyang dgn marjerin sbb taknak nanti acuan melekat dan senang sikit nak tanggalkan bila dah masak..
5) Selepas dah sapu dengan marjerin, tuang acuan tadi ke dalam bekas / loyang tersebut. Jgn lupa sebelum buat semua ni, korang panaskan dulu air untuk kukus ye. So senanglah nanti air dah tersedia bila acuan kek dah siap.
6) Bila air dah menggelegak, bolehlah letakkan acuan kek tadi ke dalam bekas pengukus tu dan kukus paling lama sejam. Kalau nak tahu kek tu dah masak belum, korang try cucuk dengan garfu. Kalo tak melekat tu maknanya dah masaklah..
TIPS – Sila tutup bekas loyang dengan aluminium foil ye sebab tak nak bagi air wap tu masuk dalam kek, nanti kek korang tak menjadi..ni tips penting ye, jangan abaikan..
Sementara tgu kek masak jom kita buat topping dia plak.
Topping
- 1 cawan milo
- 2 sb minyak masak
- 3 sb air – 1/2 cawan susu pekat
Campur semua bahan tu..masak secara double boiler yer..Agak-agak dah berkilat bolehla tutup api..
Bila dh masak kek milo kukus tu sejukkan terlebih dahulu..Bila dah sejuk sikit, terbalikkan kek tersebut lepas tu baru letak topping yer..Lepas tu boleh la hias nak letak coklat rice ke ape ker.
Kredit : Resepi mudah
2. KEK CHOC MOIST KUKUS
Bahan-bahan A:
- 1 cawan gula pasir (saya guna 3/4 cawan sahaja)
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat (saya guna 3/4 cawan sahaja)
- 1 cawan minyak msk..
*semua bahan di atas gaul sebati dan msk atas api perlahan.
*rehat kejap bila bahan dah sebati.
Bahan-bahan B:
- tepung gandum 3/4 cawan
- soda bicarbonat 1 sudu kecile(sudu kfc)
- baking powder 1 sudu kecil (sudu kfc)
*semua bahan ni ayak
Bahan C:
Telur ayam 4 biji (blender jer) “DO IT YOURSELF”
- Satukan bahan B dan C ke dalam Bahan A. Secara berselang seli dan gaulkan dengan senduk.
- Bila dah sebati. Tuangkan di dalam loyang yang disapu minyak. Dan kukuskan dalam 30 -45 minit (bergantung kepada saiz loyang).
- Kalau nak tahu dah masak atau belum, test cucuk dengan lidi. Kalau tak melekat kira masak dah tu…
*p/s…Loyang tu kena panaskan dulu sebelum masukkan adunan kek tadi. Saya bakar guna kaedah water bath suhu 180c 60min/ hingga masak bergantungg kepada oven masing-masing.
kredit: By: Pn. Munira Baharum
3. RESEPI MUFFIN KEK COKLAT
Bahan- bahan
- 2 biji telur
- 1 cawan susu pekat
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan gula
- 1 sudu kecil esen vanila
- 1 sudu kecil sodabicarbonat
- 1 sudu kecil serbuk penaik
Cara-caranya
- Pukul telur sehingga kembang.
- Masukkan susu pekat, susu cair, minyak, esen vanilla dan gula. Gaul sehingga sebati.
- Kemudian masukkan tepung gandum, serbuk koko, soda bicarbonat, serbuk penaik.
- Dan kacau lagi sehingga semua bahan betul-betul sebati. Nak bakar boleh atau nak kukus pun boleh jer..Dua-cua cara pun menjadi, saya dah pernah try..😊
Follow @resepikuih
4. RESEPI KEK COKLAT LEMBAB
Bahan-bahan:
- 100g Serbuk Koko*
- 200g Gula pasir*
- 1 tin Susu sejat*
- 200g Minyak Masak Sayuran*
- 250g Susu Pekat*
- 4 biji Telur gred A – pukul sehingga berbuih
- 150g Tepung Gandum
- 1 st Soda Bikarbonat
- 1 st Baking Powder
Cara-cara
- Campurkan kesemua bahan bertanda* dan masak dengan api perlahan sehingga licin dan gula cair sepenuhnya. Tak payah sampai menggelegak/ mendidih. Satukan dengan telur yang dipukul tadi dengan hand whisk.
- Gaulkan bahan-bahan kering dan campurkan sedikit demi sedikit sehingga sebati sambil terus dikacau dengan hand whisk.
- Masukkan ke dalam loyang. Bakar hingga masak. Suhu bergantung pada jenis oven-kek ini juga boleh dikukus.
- Sejukkan dahulu sebelum di hiaskan dgn icing atau ganache.
resepi asal dr chef zubaidah
Yang terakhir Himpunan 5 resepi kek mudah berasaskan coklat atau milo adalah:-
5. KEK COKLAT MOIST PALING SEDAP
BAHAN A:
- 1 cawan gula halus
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan minyak masak
- 1/2 cawan susu pekat manis
(Campur semua bahan A. Masak atas api kecil hingga larut.)
BAHAN B:
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sudu teh soda bikarbonat
- 1 sudu teh baking powder
(Satukan bahan B. Ayak.)
BAHAN C:
- 3 biji telur
- 1 sudu teh esen vanilla
(Masukkan ke dalam blender. Kisar sampai putih.)
CARA MEMASAK:
- Masukkan bahan A ke dalam bahan B.
- Kemudian masukkan bahan C. Guna pemukul (whisk) sahaja dan bancuh sehingga sebati dan tiada ketulan tepung.
- Panaskan periuk kukusan, tuang adunan kek ke dalam bekas kecil seperti dalam gambar dan kukus selama 15 minit. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
RESIPI TOPPING COKLAT
BAHAN-BAHAN:
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan minyak ( masak/jagung/sayur)
- 1 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan susu cair
CARA PENYEDIAAN:
- Satukan semua bahan dan masak dengan menggunakan Teknik double-boiler. Masak hingga larut dan tidak berketul.
- Angkat dan biarkan suam sedikit sebelum dituang ke atas kek tadi.
- Tabur coklat rice untuk hiasan.
- Sedia untuk dinikmati.
Kredit to : Ummydarwisha Mansor
Semoga entri Himpunan 5 resepi kek mudah berasaskan coklat atau milo ini bermanfaat.
Leleh air liur..mashaAllah…sedap semuanyaaaaa…. TQ info..tak pernah try…hohpp
nanti boleh try, memang moist sangat kek coklat ni
mcm lama btul tk makan kek sejak2 PKP ni..ada juga rasa nk buat kek…mcm2 resepi org share…sukka yg moist
assalamualaikum, untuk kek milo kukus tu biasa nya pakai telur size apa ya?