Parenting Jenama susu formula popular untuk seisi keluarga August 15, 2020

Jenama susu formula popular untuk seisi keluarga | Hari ni saya nak kongsikan amalan pemakanan seimbang saya dan keluarga. Bila umur dah masuk 39 tahun, memang terasa badan cepat penat dan letih. Baru buat kerja rumah sikit dah rasa nak rehat dan tidur. Kalah orang mengandung.

Jadi untuk dapatkan badan yang sihat memang wajib minum susu setiap hari. Tak kira kecil, besar, tua atau muda. Macam saya ni anak dah 5 orang, ada slip disc pulak tu, memang wajib pastikan ambil susu setiap hari. Kat rumah ni bukan kanak-kanak je yang minum susu tapi saya, suami dan anak-anak remaja pun sama juga.

Kalau tak susu formula, kami akan minum susu kotak. Sekali beli 3 kotak besar. Kalau tak simpan dalam kabinet dapur, alamatnya tinggal kotak kosong je dalam fridge. Semua suka minum susu, perasa original pun sedap.

Minum susu ada banyak manfaat untuk kesihatan

Mak saya kat kampung tu pun amalkan minum susu setiap hari. Nak pula mak ada sakit lutut, darah tinggi dan kencing manis. Memang mak jaga pemakanannya.

Manfaat minum susu ni memang banyak. Susu ni memang kita tahu ada kalsium dan Vitamin D, ianya juga memang hidangan yang lengkap dan seimbang. Hidangan lengkap tu maksudnya kalau minum susu, kira dah jadi gantian kepada hidangan harian sebab susu juga ada karbohidrat, protein dan lemak.

Tau tak yang satu cawan susu boleh disamakan dengan hidangan sandwich ayam. Dan dah boleh minum susu sahaja untuk sarapan pagi. Lebih cepat dan mudah untuk disediakan. Ambil cawan dan tuangkan susu, atau bancuh susu. Kalau masih kenyang, bolehlahbertahan sampai ke tengahari.

Susu formula patut untuk membantu tumbesaran kanak kanak

Jenama susu formula popular

Di Malaysia ni memang banyak jenama susu formula untuk pembesaran kanak-kanak. Antaranya susu lembu, susu soya dan susu kambing. Susu memang wajib diminum oleh anak-anak untuk bantu tumbesaran mereka. Antara jenama susu yang ada ialah Dutch Lady, Dugro, Fernleaf, S26, Enfagrow, Anmum dan banyak lagi.

Selain bantu pertumbuhan tumbesaran mereka, susu juga penting untuk kekuatan gigi dan tulang mereka. Sebab tu kalau kata ibu-ibu yang melahirkan tak dapat susukan bayi sepenuhnya dalam tempoh 2 tahun selepas mereka dilahirkan, anak-anak digalakkan untuk diberi susu formula.

Susu untuk ibu mengandung

Jenama susu formula popular

Dalam tempoh mengandungkan kelima-lima anak saya ni, saya akui saya memang minum susu. Saya jenis tiada alahan semasa hamil. Boleh je teguk susu untuk ibu mengandung jenis apa pun. Susu tepung, susu segar, susu lembu mahupun susu kambing.

Dan saya paling suka susu kambing yang saya beli direct dari ladangnya yang memang sediakan penghantaran ke rumah. Sekali beli dalam 24 botol dan bertahan untuk beberapa minggu.

Perisa pun tak kisah, perisa original ke, coklat ataupun strawberi. Hmm senang suami saya kan? Tak pening kepala dia layan kerenah bini semasa mengandung. Nak pulak saya pun tak pernah mengidam yang bukan-bukan semasa mengandung.

Kira mengandung ni momen indah saya untuk langgar pantang diet. Makan je apa yang terlintas di fikiran. Janji halal dan boleh untuk dimakan, semua saya bedal. Sebab tu boleh 5 orang anak hahaha.

Jenama jenama susu ibu mengandung di pasaran

Kalau nak tahu antara jenama susu mengandung yang ada di pasaran ialah

  1. Susu Mamil Mama
  2. Susu  Enfamama A+
  3. Frisomum Gold – Berbaloi baca ni 
  4. Prenagen Mommy
  5. Anmum Materna – Elok mama baca di sini
  6. Similac Mom – Jawab persoalan dengan baca link ni

Dan banyak lagi jenama lain. Anda boleh rujuk di entri ibusyurga untuk maklumat kebaikan susu-susu ini dan harganya yang dijual di pasaran.

Anda juga boleh tahu kandungan yang ada dalam susu tersebut dan kepentingan pengambilan susu semasa hamil. Bukan sahaja untuk si ibu tetapi juga untuk bayi dalam kandungan.

Pengetahuan ini penting sebab ada juga jenama susu yang ada kandungan gula yang tinggi. Ini berdasarkan pengalaman sendiri yang mana selepas minum susu tersebut, berat saya naik 4kg dalam sebulan.

Jadi periksa kandungan gula dan kalori dalam jadual pemakanan di kotak susu. Bahaya tinggi kandungan gula ni kan, memang tak elok untuk kesihatan.

Macam mana nak tahu susu tepung yang kita beli sesuai untuk kita? Minta sample

Kadang-kadang kita keliru apa jenama yang sesuai dengan citarasa dan kehendak kita. Jadi untuk itu, saya ada beberapa cadangan untuk anda mendapatkan sampel susu bagi mencubanya sendiri tanpa perlu membazir wang jika ianya tidak sesuai dengan anda.

4 cara dapatkan sampel susu percuma, rujuk website ni.

Jenama susu formula popular

1. Tanya hospital atau klinik jika ada sampel susu.
2. Jika ke klinik untuk dapatkan pemeriksaan bulanan atau rawatan, boleh tanyakan doktor tersebut berkenaan sampel susu.
3. Dapatkan sampel percuma dari pengeluar susu jenama yang tersebut.
4. Kunjungi pameran keibubapaan.

BACA—>> Harga sampel susu FrisoMum Gold

Jenama popular susu formula untuk anak anak

Sebagai ibu bapa kita sememangnya mahukan yang terbaik untuk bayi dan anak-anak. Kalau boleh nak bagi susu yang bagus untuk perkembangan otak, badan dan sesuai dengan diet seimbang mereka.

Susu ni kalau tahu, ada beberapa stage mengikut umur bayi dan kanak-kanak. Setiap pek, kotak atau tin mengandungi kandungan berat yang berbeza. Malahan sukatan hidangan juga berbeza mengikut tahap umur.

Antara jenama popular susu formula untuk anak-anak ialah

  1. Enfagrow Enfalac – Baca lebih di sini
  2. Dugro – Lebih info di sini
  3. Fernleaf – Sini pun menarik juga 
  4. S26 gold – Jenama ni pun bagus, jom baca

Saya pernah juga rasa sendiri susu S26 gold ni, memang sedap dan pekat. Anda juga boleh tonton di video ini untuk mengetahui antara jenama susu formula yang popular untuk anak-anak.

Susu kambing pun semakin popular dan menjadi pilihan ibu bapa.

Susu kambing adalah susu yang sememangnya banyak kelebihan yang terkandung di dalamnya yang dikatakan susu terbaik untuk manusia selepas susu ibu.

Kalau nak tahu lebih lanjut antara jenama susu formula popular iaitu susu kambing terbaik, boleh baca di entri Ibusyurga. Ada juga jenama yang saya pernah cuba iaitu susu formula Wildan dan Susu tepung Lazz,  memang sedap dan tidak hamis. Tapi kalau susu fresh tu pun tak hamis juga tau. Sedap diminum sejuk-sejuk.

Kebaikan susu kambing untuk kesihatan dan kecantikan

Susu kambing ni memang bagus. Saya ada terbaca di laman web ibusyurga, yang mana 11 kebaikan susu kambing adalah:-

1. Baik untuk kesihatan jantung
2. Sifat anti radang
3. Sumber kalsium yang baik
4. Boleh meningkatkan kesihatan otak
5. Mempunyai khasiat untuk kesihatan rambut
6. Mudah dihadam
7. Sesuai untuk individu yang mempunyai masalah alahan laktosa
8. Sejenis agen metabolic yang bagus
9. Memberikan manfaat sepanjang kehamilan
10. Menghalang anemia
11. Menyeimbangkan PH badan

Di entri ibusyurga tersebut menceritakan kebaikannya secara terperinci dan sangat baik untuk diamalkan. Kalau kita nak keluarga sihat, memang wajib amalkan pemakanan yang terbaik. Bila apa yang masuk dalam perut tu sumbernya baik, maka ianya akan terpancar di wajah yang cantik dan gebu.

Banyak lagi khasiat susu, antaranya untuk kecantikan kulit. Skincare banyak juga gunakan susu kambing sebagai bahan.

Biasa kalau beli skincare mesti kita akan baca label di produk tersebut. Sebab kulit muka setiap orang adalah berbeza. Pentingnya untuk mencuci wajah adalah untuk pastikan minyak dan kotoran dibersihkan. Kulit muka juga akan berasa sejuk dan segar selepas dicuci.

Antara pencuci muka yang popular adalah Ludeya Aqua Balance, Cremorlab, Eversoft, Freshel dan banyak lagi. Kalau pergi Watson atau farmasi, memang banyak pilihan yang ada.

Macam anak saya yang ada masalah jerawat, saya dah belikan lebih dari 5 jenis jenama untuk dia cuba. Try and error untuk tengok mana yang sesuai dengan kulit wajahnya.

BACA —>> Jenama pencuci muka yang popular

Dan jangan lupa amalkan pemakaian serum, moisturiser dan UV krim. Kalau nak kulit muka mulus, tidak crack selepas bersolek dan gebu, kulit lambat berkedut, memang wajib pakai yang saya sebutkan ni. Lagi awal usia kita pakai, lagi terjaga kulit wajah.

Dan juga jangan lupa sapukan krim malam sebelum tidur. Boleh baca di entri blog nikmatterbaik, untuk tahu jenama krim malam yang ada di pasaran.

Itulah rahsia kalau tengok wanita kulit wajahnya cantik. Sebenarnya tak perlu untuk ke pusat kecantikan bagi menegangkan dan mencantikkan kulit wajah. Semuanya boleh dibuat dan diamalkan sendiri di rumah. Janji kena rajin dan konsisten.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

Tags :

20 Comments

  • Tekkaus posted on August 17, 2020 at 7:37 am

    Saya rasa anmum paling baik sekali antara jenama-jenama yang terdapat di pasaran.

    Reply
  • LampuHijau posted on August 18, 2020 at 2:45 pm

    LH minum susu omega sebabnya LH ada lactose intoleran. Asal minum susu je terus sakit perut tercirit-cirit.

    Reply
  • Rawlins GLAM posted on August 18, 2020 at 7:49 pm

    Rawlins kena minum gak susu kambing nie, especially now dah start sakit lutut sikit. Thanks for the sharing ye

    Reply
  • farhana jafri posted on August 18, 2020 at 11:33 pm

    terbaik tips ni, boleh share dengan kawan2 kalau diorang dilema nak cuba susu yang mana untuk baby atau masa pregnant. Thank you

    Reply
  • Saidila posted on August 19, 2020 at 12:42 am

    banyak jenama susu tak pernah cuba tapi paling suka dan memang rasa terbaik adalah susu LAZZ….lalalalala lazz susu kambing…ehhh ternyanyi pulak

    Reply
  • Mahamahu posted on August 19, 2020 at 1:36 am

    Sekarang ni dah banyak susu formula yang ada kat pasaran kena tengok kesesuaian dengan diri anak dan kita hehehe orang dewasa pun kena minum susu juga. Penting dapat nasihat pakar dulu lah kan…

    Reply
  • Ayu Rafikah posted on August 19, 2020 at 6:30 am

    Mmg penting pengambilan susu setiap hr. Dr waktu ibu mengandung dan juga kita anak sedang membesar

    Reply
  • Sunah Sakura posted on August 19, 2020 at 8:15 am

    dulu masa sekolah, memang suka minum susu formula..mak ajar anak2 dia untuk minum susu bancuh sendiri..tapi da besar ni, da tak minum dah…beli yang “da siap bancuh” sebab kurang rajin..hahahaha

    Reply
  • Qiss posted on August 19, 2020 at 8:31 am

    Dalam banyak-banyak susu, Qiss hanya boleh minum susu yang berperisa coklat. Kalau susu biasa memang tak boleh nak telan. Tapi memang tahu banyak khasiat susu ni. Kalau beli untuk rumah, kena beli jenama biasa guna je.

    Reply
  • Sis Lin posted on August 19, 2020 at 9:32 am

    Sis memang takde minum susu kecuali minum milo atau sesekali beli susu HL tu je ..sebab kadang minum susu perut jadi hal cirit birit… huhuhu tapi usia makin tambah ni, ingat nak cari laa satu untuk minum harian…

    Reply
  • SalinaJohari posted on August 19, 2020 at 9:56 am

    Sal Consume susu Lazz setakat ni . Tu yang boleh terima dek tekak sebab ada coffee flavor . Dah berumur ni nak minum susu ori cam payah sikit . . huhuhu

    Reply
  • Fadzil posted on August 19, 2020 at 10:51 am

    Penting nya susu utk family saya jugak. Wife dan mak pon selalu amalkan pagi2. Patut mereka boleh kerja kuat. Nak kena ikut tips mereka jaga badan ni

    Reply
  • Nadia johari posted on August 19, 2020 at 12:04 pm

    Kita boleh minuk susu coklat je.. Masa pregnnat telna la juga susu kotak.. Anak2 suka minum susu kotak full cream.. Susu tepung diaorng pun minum.

    Reply
  • Cik Puan Ena posted on August 19, 2020 at 2:29 pm

    Ena suka kumpul sample susu. Hehe. Dah berkotak2 kat rumah. Bagus minum susu ni. Time preggy je alahan. Cuma boleh minum susu segar kotak. Kalau tepung mmg muntah

    Reply
  • ika posted on August 20, 2020 at 8:03 am

    ika kurang bab bab susu ni. tak minat hehe tapi tgk adik minum berkotak kotak, siap yg bancuh bagai. taktahu laaa huu T.T

    Reply
  • Fas posted on August 20, 2020 at 5:28 pm

    Bab minum susu segar sahaja ni memang tekak x bole terima kecuali mkn bersama cornflakes huhu…

    Reply
  • Lia Hasty posted on August 21, 2020 at 7:08 am

    Susu kambing memang banyak khasiat dari susu lembu. Tak dinafikan lagi. Sekarang banyak jenama susu kambing yang dikeluarkan. tak pernah lagi guna Lazz tapi selalu tengok iklan. Nak juga cuba lepas ni.

    Reply
  • Zaza posted on August 24, 2020 at 2:48 pm

    Zaza mmg suka sgt minum susu.. Apa2 tenusu mmg suka. Kat umah ni stok susu kotak mmg ada je… Anak za susu formula minum fernleaf juga.. Sedap je

    Reply
  • Raihanah posted on August 24, 2020 at 2:56 pm

    thanks bagi tips ni. memang susu utk baby kena pilih2 juga, sebab tak semua sesuai dgn baby

    Reply
  • AlongMurni posted on August 24, 2020 at 3:47 pm

    Ada flavor cenggini boleh la AM rekomen utk adik AM minum.. Dia sekarang sejak mengandung asyik cramp je kaki.. Kesian tgk.

    Reply
  • Leave a Reply