Kembali bersekolah selepas PKP, banyak SOP perlu patuhi

Kembali bersekolah selepas PKP, banyak SOP perlu dipatuhi | Semua perasaan bercampur baur. Risau, gembira, sedih dan macam-macam lagi.

Kembali ke sekolah

Akhirnya sesi persekolahan 1/7/2020 pun bermula. Paling tak boleh tahan bila pagi-pagi lagi Dzar menangis taknak pergi sekolah.

Dia buat hal dah!! 😂.

Ibu faham perasaan 3 bulan bercuti.

Harap-harap kat sekolah nanti janganlah dia minta cikgu bancuh susu hahaha

kembali bersekolah selepas PKP
Alhamdulillah seronok Dzar nampaknya. Hahaha lega ibu

Bangun lewat, tengok kartun, bersuka ria dengan adik beradik. 3 bulan beb!! Dari PKP fasa 1 sampailah PKPP. Macam-macam aktiviti 5 beradik ni.

Start psiko anak

Bab nak pujuk tu yang mau kesabaran. Tapi sebenarnya, sejak Kerajaan dah umum anak-anak dah boleh mula bersekolah, Ibu dah lama pujuk Dzar.

Bagitau dia nanti Dzar dah kena pergi ke sekolah ya. Macam dulu. Jumpa teacher dan kawan-kawan. Awal-awal tu dia tak rasa lagi.

Tapi bila lagi sehari nak ke sekolah, dah mula rasa tak seronok. Nampaknya bukan ibu je tak sedia, anak kecil ni lagilah tak faham.

Patuhi SOP sekolah

Ibu bekalkan barangan yang cikgu dah list kan. Bawa kotak plastik untuk letak mask, sanitizer, sudu, cawan dan mangkuk. Setiap murid ada kotak plastik masing-masing.

sekolah selepas pkp
Alhamdulillah tahniah Dzar!!

Beg sekolah tak perlu bawa dan buku latihan pun serahkan ke cikgu sekolah. Masa hantar ke sekolah tadi, doa kami tak putus-putus untuk anak-anak ibu.

Dan masa sampai je sekolah tadi, cikgu ambil kedatangan. Yang pastinya suhu tulah paling penting. Jaga jarak tu tak pastilah bebudak ni 😂😂.

Sesi sekolah rendah dan menengah akan bermula?

Dengan khabar angin kata sesi sekolah akan bermula tak lama lagi. Kita tunggulah pengumuman petang ni jam 4. Apa agaknya berita sesi sekolah rendah dan menengah?

BACA  Risiko akibat tahan berak, najis penuh dalam usus

Apapun ibu harap dan semua orang pun berharap dan berdoa yang baik-baik. Semoga semua dijauhkan dari perkara yang tak diingini. Kita sudah tekad berjuang.

Kita patuhi semua SOP. Yang patuh tu, tahniah untuk semua!!! Jangan berhenti berdoa dan ikuti langkah-langkah keselamatan. Kita berjuang untuk diri sendiri dan yang tersayang.

Bila dah kembali bersekolah selepas PKP, dah ada rasa kita menang dan akan kembali sediakala. Ya Allah rasa lega sangat.

Kenangan PKP

Paling stress masa PKP fasa 1. Masa tu macam-macam fikir dalam kepala ni. Dunia ni dah sampai penghujung ke? Cukup ke bekalan aku dan keluarga ke akhirat ni? Kalau putus bekalan makanan macamana?

Memang masa tu risau sepanjang masa. Dalam rumah riuh, tapi keluar rumah je sunyi giler. Takde budak-budak yang main kat taman.

Tapi Alhamdulillah keadaan dah kembali ke seperti ke asalnya. Perasaan pun sedikit lega. Dan berdoa tu takkan pernah putus. Semoga kita baik-baik sahaja.

1 thought on “Kembali bersekolah selepas PKP, banyak SOP perlu patuhi”

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: