Wehuuuu wah lamanya tak bercuti kan korang. Sesekali bercuti tanpa planning pun bagus kan? Percutian adhoc gitu๐. Bila sebut bercuti, kalau dapat makan angin ke Cherating pun best jugak.
Cherating ni pada saya memang tempat yang best nak bercuti. Ada pantai, banyak hotel cantik dengan harga menarik. Bab makan?, emm lagilah banyak weh. Sebut je nak makan apa? Semua pun ada dan terpenting sedap๐.
BACA ->> Bercuti ke Swiss Garden Beach Resort Kuantan
Dari Cherating pula boleh terus ke Pantai Timur. Sambung bercuti di sana yang terkenal dengan makanan dan kuih muih pelbagai rasa dan jenis. Sata ikan, keropok lekor, nasi dagang, nasi kerabu dan ikan celup tepung.
Terliur kan?
Kenapa saya pilih Cherating?

Picture dari Google
Mesti korang tertanya kenapa saya suka makan angin ke Cherating tu kan? Of course, kata orang tempat jatuh lagikan di kenang. Manakan sama dengan Cherating. Pantun ke? Bukan!!
Sebagai rakyat Pahang, memanglah saya wajib memperkenalkan keunikan tempat di sini. Nak pergi pun tak jauh. Kalau dari KL drive 3 jam dah sampai. Celik je mata, eh dah sampai?๐คญ. Owh co-pilot tertidur haha.
Banyak pilihan hotel yang cantik dan murah

Picture dari Bagasi.my
Kemudian harga hotel pun takdelah mahal sangat. Pilihan hotel pun banyak dan korang boleh check kat https://bagasi.my/hotel-di-cherating/. Serius banyak pilihan dan cantik. Nak tema bilik yang macamana? Menghadap laut? Menghadap pemandangan alam semulajadi? Pilih je ikut bajet poket sendiri.
Syurga makanan, owh my!!

Picture dari google. Bab makan jangan risau, banyak tempat makan yang best-best kat Cherating
Selain tu Cherating ni yang bestnya, adalah makanan dia. Kat sini kan dah dekat dengan Kemaman. Jadi ada kepok lekor, kepok keping semua pun sedaplah.
Dan yang pasti jangan tertinggal makanan laut diorang. Sebut je ketam, udang, ikan, lala, siput. Semua pun ada dan sedap. Duk cerita ni pun jenuh telan air liur. Hmm dah nak kene cari seafood pulak :).
Bercuti ni mana fikir nak masak apa kan. Kalau nak masak juga, haishh tabik spring lah ngan korang. Tapi dapat rehat dari masak tu lebih afdal. Barulah percutian lebih bermakna gitu.
Pemandangan laut mengasyikkan

Picture dari google. Ada rezeki boleh jumpa si anak turtle
Selain makanan, pemandangan laut Cherating sangat mendamaikan. Kita ni dah penat bekerja, badan dan minda perlukan rehat. Kita bukan robot kan. Syioknya dapat tengok laut yang luas dan bebas. Rasa tenang je. Relax minda.
So isikan masa yang ada dengan reward diri sendiri dan keluarga dengan aktiviti yang bermakna. Anak-anak sapa yang tak suka mandi pool? Anak saya? Memang hantu mandi!!
Kalau kat rumah kerjanya lepas mandi, mandi! lepas tu mandi lagi. Kalau dah jumpa pool, pakat berendamlah kisahnya. Seronok dapat moment macam ni. Tengok diorang gembira depan mata.
Bila dah mandi susah betul nak suruh ajak balik. Walau seharian dah mandi, tetap rasa tak puash. Hmm macam itulah gelagat anak-anak ni.
Outdoor activities

Picture dari Google
So kalau bercuti kami akan pastikan hotel tu ada swimming pool. Atau paling tidak ada bath tub juga. Kalau korang suka aktiviti mencabar dan outdoor games pun ada. Takkan nak duduk bilik mandi bath tub je kan? Kalau nak join adventure activities, bolehla cuba.
Manalah tahu majikan nak raikan pekerja kan. Nak bonding-bonding gitu. So buatlah aktiviti sikit, bagi hadiah. Ha barulah pekerja sayang, kerja lagi kuat. Company dapat untung banyak. Tahun depan bercuti lagi. Ha mudah kan konsep dia.๐
Jom makan angin ke Cherating!

Jom makan angin ke cherating
Teringat masa kami berjalan makan angin di Kuantan dan stay di Swiss Garden Beach Resort. Memang percutian yang seronok!! Rasa seperti taknak balik ke Kuala Lumpur hahaha.
Jadi untuk korang yang terfikir nak bercuti ke atau honeymoon ke. Eh, percutian di Cherating ni terbaik ok. Bolehlah survey hotel untuk korang stay. Syoknya nak bercuti. Lets holiday!!!
dan lagi pegi cherating bulan pose ni eh
Bestnya cherating… Dapat tengok anak-anak penyu… Dah lama tak ke sana…
Memang teringin nak pi sana. Semoga ada kesempatan nanti.
Bestnye gi Cherating..seafood dia pun fresh2 kan
Nak sangat pi Cherating bawak mak abah, tp perjalanan panjang kan..mak SA plak perlu dialysis 3 kali sehari…
Wah bestnya bercuti! So far khai tak pernah lagi pergi cherating. Ada juga simpan hasrat nak beli one day. Tq tau share
Waa mmg seronok kan bila plan nk pergi holiday bersama family terutamanya ni hehe. As for Cherating, last year qeela dah pergi jugak, mmg best mcm2 experiences qeela dpt masa tu, paling tak lupa masa tengok fireflies, mmg best! Anyway, have fun nnt yea! ๐
Hujung tahun lepas sempat bercuti ke cherating. First time ke sana. Memang best. Kitorang sempat pi ganu sebab dah dekat. Makan cendol, makan kopok lekor, pi pantai, memang heaven
Cherating memang mendamaikan , pernah buat aktiviti tengok kelip2 , best sangat sebab jarang tengok dah skrg hehe
Lamanya kita tak pergi Cherating kat sana memang banyak tempat menarik dan resort yang kita sendiri tak tahu kadang-kadang ada yang best dan murah hehehehe sebagai anak jati pahang kita sendiri jarang sampai sana wakakakaka…
Dah lama tak dengar pasal Cherating, dulu agak famous dengan telur penyu dan pantai yang cantik. Boleh masuk dalam list nak bercuti ni.
Wow cantiknya cherating. Tak pernah lagi pergi tapi nampak menarik. Boleh jadikan wishlist ni
Pernah bercuti kat Cherating. Memang best sana. Aktiviti tempat menarik pun banyak. Nanti plan nak pegi lagi.
Suka jugak ke Cherating sebab saya suka kan pantai..tenang je
Seronoknya dapat pergi bercuti ke cherating dengan keluarga. Dahlah cherating ni tempat dia cantik dan menarik. Tempat penginapan pon boleh tahan banyak pilihan . Bolehlah ni dok plan dengan family nyk pergi sana
Cantik dan mendamaikan. Tenang je walaupun tengok gambar je.
Dah lama rasanya tak bawa isteri dan anak-anak bercuti. Rasanya dah tahu dah nak bawa mereka kemana kali ini. Disebabkan perjalanan yang tak jauh sangat dari kl cuma tiga jam dan paling penting suasana pantai yang mendamaikan, Cheratinglah tempat yang paling strategik rasanya untuk berehat. Peluang untuk refresh semula selepas berhempas pulas berjualan.
Cantiknya tempat2 tu….tapi di mana2 pun best kan kalau dpt bercuti dgn family. Salam Aidilfitri dear! ๐
Cherating boleh tahan seronok. Lautnya pun cantik.
Cuma sayangnya, pentadbir tak pandai nak menaikkan tempat-tempat tepi laut jadi cantik, dan gah macam kat Sydney contohnya (yang kawasan tepi pantainya cukup best dan dekat dengan kawasan perumahan, tapi bersih)