Melebatkan rambut dengan minyak Ardora Natural.
Biasanya selepas bayi dilahirkan rambutnya akan dicukur dan dibotakkan untuk kesihatan kulit kepala seterusnya mudah membersihkan kerak di kepalanya. Tapi ada masanya lepas je cukur, lambat betul nak tumbuh rambut semula.
Betul tak?
Mesti ibu-ibu hadapi masalah yang sama juga kan?.
Memang lama juga ambil masa untuk anak-anak rambut tu nak tumbuh dan jadi lebat. Tapi jangan risau sebab ianya bukanlah masalah rambut gugur tapi tahap pertumbuhan rambut ni adalah berbeza setiap bayi.
Selain rambut lambat tumbuh dan rambut nipis, ada juga masalah rambut “dicukur bantal”. Dan ada juga yang tumbuh rambut tapi rambut pula tak sekata. Bertompok-tompok tak sama panjang.
Kelima-lima anak saya pun macam ni juga.
Tapi don’t worry, sebab saya nak kongsikan minyak rambut yang saya guna untuk rambut baby cepat tumbuh dan sihat. Walau pertumbuhan rambut ni berbeza tapi cara melebatkan rambut tu adalah sama.
Melebatkan rambut dengan minyak rambut bayi Ardora Natural

Jom cuba Minyak rambut bayi Ardora Natural
Minyak ni saya beli online di website Ardora Natural. Dan saya ada buat research juga tentang produk ni. Dari maklum balas yang saya baca, ramai customer yang berikan kesan positif selepas gunakan minyak rambut bayi ni.
Saya suka kongsikan produk yang baik dan berkesan macam ni. Seronok berkongsi hasil yang positif supaya ramai yang dapat manfaat dari produk ni.
Dan nak tahu hasilnya?
Selepas saya sapukan di kulit kepala anak, memang boleh nampak kesannya dalam masa seawal 14 hari. Jadi memang kena rajin belek kepala bayi dan sapukan minyak ni untuk dapatkan kesan yang kita mahukan.
100% bahan organik dan semulajadi

Baunya wangi, tidak melekit dan cepat meresap ke kulit kepala. Rambut lebat dan cantik kehitaman
Saya tidak risau nak gunakan minyak rambut bayi ni sebab bahan-bahannya adalah 100% organik dan tiada bahan kimia. Produk ini adalah campuran daripada minyak badam, minyak jojoba, minyak kelapa dara dan minyak zaitun.
Yang bestnya minyak rambut ni baunya wangi dan lembut je. Rasa tenang je bila dipakaikan di kepala.
Lagi satu ianya tak melekit di tangan dan senang meresap di kulit kepala. Memang puas hatilah dengan minyak rambut ni.
Dan yang paling penting ianya ada kelulusan KKM. Itu yang buat saya lebih yakin untuk gunakan di kepala bayi. Bukan apa kulit bayi ni sangat sensitif, kalau guna produk yang tiada kelulusan boleh sebabkan kepala bayi alergi dan kegatalan.
6 kelebihan minyak rambut bayi Ardora Natural
Ibu-ibu memang perlu rajin sapukan minyak rambut ni di kepala bayi ya. Sebab banyak betul manfaat minyak Ardora Natural ni. Kalau rajin sapu dan urut perlahan kepala baby, boleh nampak dah kesan positifnya, iaitu:-
- Menanggalkan kerak air di kepala.
- Melindungi kulit kepala dari persekitaran yang kotor yang menyebabkan iritasi kulit kepala.
- Menghalang pori dari tersumbat.
- Menumbuhkan rambut secara sekata.
- Menggalakan pertumbuhan anak rambut baru.
- Memperkuat akar rambut daripada terputus.
Cara gunakan minyak rambut
Saya pamkan minyak ni di hujung jari jemari. Kemudian saya sapu dan urut di kulit kepala. Urut dalam masa seminit.
Boleh sapukan minyak rambut bayi selepas mandi dan urut perlahan. Dan gunakan sikat yang lembut dan tidak menyakitkan bayi. Urutan ni juga boleh bantu melancarkan peredaran darah dan menyihatkan kulit kepala.
Yang penting, bila kita rajin bersihkan kepala bayi, hilangkan kerak di kepala, kulit akan bersih. Jadi seterusnya akan menggalakkan pertumbuhan rambut bayi. Selepas diurut bayi pun akan selesa dan tidak merengek kegatalan.
Harga minyak rambut Ardora Natural
Isi kandungan sebotol minyak rambut ni adalah 30ml dan penggunaannya adalah sehingga 74 pam. Jimat kan? Memang berbaloi dengan membayar RM70 untuk sebotol minyak rambut ni.
Sekarang ada promosi untuk pembelian kombo iaitu 2 botol minyak rambut ni. Bolehla kongsi dengan kawan atau adik beradik untuk dapatkan harga pakej promosi.
Jom dapatkan minyak rambut 100% organik
Jadi untuk ibu ayah yang rambut anaknya nipis dan tidak lebat, bolehlah ikhtiar untuk gunakan minyak rambut bayi Ardora Natural ni. Tidak salah untuk mencuba produk, tapi pastikan bahannya tidak mengandungi bahan kimia. Bahan semulajadi produk Ardora memang sangat diyakini dan selamat untuk digunakan.
Kalau kita orang dewasa nak guna produk ni pun tiada masalah. Konsepnya masih sama untuk melebatkan dan miliki rambut yang sihat. Malahan rambut lebih hitam dan bersinar.
Jom sama-sama dapatkan minyak rambut bayi Ardora Natural di
Website : ardoranatural.com
rasa macam nak cuba kat rambut sendiri hehe..
tengok hasil tu mungkin rambut dewasa pun boleh lebat hehe..
good info ni
Kalau untuk rambut dewasa boleh ke tak ni hehehe .. Macam.nak try jugak laaa ..
This product look so good for babies. Packaging dianpun cute sgt. Thank you for sharing your review dear.
boleh syorkan pada anak jiran nih ,kesian tengok….maknya pun jenuh dah cuba macam2..harap yang ni berkesanlah untuk melebatkan rambut anaknya….
kanak-kanak pun boleh kot.pakai untuk kesekolah. Risau je bila anak pi sekolah pakai gel rambut orang dewasa tu sebab ada anak saudara sorang umur 13 dah ada uban.
Mesti bau mingak ni sedapkan.. pastu letak dkt baby pulak lagi lah best
Saya rasa ini sesuai untuk orang dewasa juga. Ha 😀
Memamg tengah mencari minyak rambut untuk anak ni.. Anak jenis rambut lambat tumbuh.. Macam kakak jenis rmbut kerinting.. Bagus ni
Wah memang berkesan nampak rambut bayi awak. Nak rekomen lah kat anak suh beli utk bayiinya yg rambut sikit.
Senang aaa sekarang, macam-macam produk ada untuk lebatkan rambut si anak..time Sis dulu anak kecik, letak aje minyak kelapa…tapi tadah aje la baunya tu hahahahah
Kalau pakai minyak ni untuk orang dewasa boleh tak? Baguslah kan ada produk macam ni untuk kanak-kanak. Tak payah ibu bapa nak sakit kepala fikir produk untuk rambut anak masing2
Wow bagus, kita pun ada rambut gugur so hopefully can use it to help my hair concerns also .
comel packaging dia…boleh cuba nanti kat anak..and nampak lps guna ada improvement 🙂
bagus ada produk mcm ni.. senang nak guna.. botol pun cantik
Nampak betul keberkesanannya!
Rasa macam nak guna untuk lebatkan rambut sendiri. Maklumlah selalu gugur dan makin tipis.
orang dewasa pun boleh pakai la ni. nampak berkesan juga tu. thanks sharing