January 20, 2021

Buang ketuat dan cagu di Poliklinik Rafflesia, Shah Alam

Buang ketuat dan cagu di PoliKlinik Rafflesia | Hati ibu mana tak risau bila anaknya mengadu sakit setiap hari.

Masa mula-mula Najwa bagitau ibu jari kaki kiri sakit sebab ada ketuat, saya dan suami bagi ubat asid ketuat untuk disapu kat jari tu setiap hari. Bila ketuat makin membesar dan kulitnya mengelupas macam kena kulat air, saya dah mula hairan.

Kenapa ketuat ni tak lekang dan tanggal lepas letak ubat tu? Dah tu saya suggest letak minyak gamat bila kulit tu dah mengeras. Sudahnya dia jadi merekah dan bengkak macam bernanah kat dalam. Aduh dah gaya macam sakit kencing manis pulak jari budak ni.

Kaki kiri ketuat dan kaki kanan cagu

Dahla ibu jari kaki kanan tu bengkak kene cagu. Hmm eloklah berjemaah pulak sakit ibu jari kaki budak ni. Kaki kiri ketuat dan kaki kanan cagu. Adui tahap sakit tu dah level 10/10, sebab susah nak berjalan.

Jom Baca >> Risiko selalu tahan berak

Dan paling kesian, kalau terlanggar kerusi ke meja ke, menjerit dia. Kalau adiknya lari-lari terpijak pulak kaki si kakak. Adooiii lagi menjerit dia sakit.

operate ketuat dan cagu di kaki
Kesian budak ni, menahan sakit yang lama, maaflah ibu ingat letak ubat sendiri dah ok. rupanya kene jumpa doctor juga ya. sabor jela kaklong saying ibu ni.

Minor operation buang ketuat dan cagu

So memang wajiblah bawak pergi klinik ni. Dari merawat sendiri tapi tak baik-baik, baiklah bawak jumpa doktor terus. Taulah doktor nak buat apa kan. Masuk je bilik doctor di Klinik Rafflesia, terus kami cerita dari A sampailah ke Z.

Doktor kata;

“hmm kene minor operation buang ketuat dan cagu ni puan”.

“Kesianlah awak dik, dua-dua jari kita buat sekaligus ya?”.

“Takpe nanti doktor bagi bius katanya.”

Dalam hati saya kata bagus decision doktor, takdelah saya nak kene datang banyak kali kalau tak operate ni hihi. Itu suara hati saya, agaknya Najwa dalam hati dia nak lari dari katil klinik tu hahaha. Kesian anak, takleh nak lari lah cerita dia.

Hahahah kene jugalah operate buang ketuat dan cagu tu ya.

So Najwa pun setuju, mau tak setuju dah sakit kan. Hihi elokla buang ketuat dan cagu kat kuku tu.

Eh doktor tu suggest nak buang cagu tu, dengan cabut satu kuku tu tau. Tapi saya kata doktor buang sikit jela, yang makan kat daging tu je. Janganlah cabut satu kuku tu, kesian pulak anak saya. Hahaha.

operation buang cagu ketuat
Bertabahlah nak, lepas ni dah tak sakit lagi. Bagus consultation doctor ni, jenis buat kerja teliti. Tengok tangga kat kaki doctor tu, bais kene ubat luka semua hahaha, klinik sangat kedahnya hahaha
operation buang cagu dan ketuat
Ibu jari kaki kiri dan kanan, memang sengsara nak jalan tapi slowly lah. Nak tolak pakai wheelchair nampak macam teruk sakitnya. So jalan macam biasa jelah hahaha.

Doktor kata boleh je puan taknak cabut kuku tu. Katanya nanti kalau kuku dah elok, saya kene trim sendiri sebab tak mustahil kuku tu akan jadi semula kalau tak betul potongnya. Saya mengangguk je sebab memang pun kalau tak betul potong kuku sure jadi cagu semula.

BACA >>> Cabut gigi geraham selepas bersalin

Cucuk bius baru buang ketuat dan cagu

Oklah bila semua dah faham. Setuju. Makanya bius terus dijalankan. Cucuk tang sana, cucuk tang sini. Tak sampai sejam operation dah settle.

Dan Alhamdulillah proses buang ketuat dan cagu sudah pun siap. Bergenang airmata Najwa. Kesiannya, sakit ya? Tapi kak long ni memang kuat, lepas tu pandai simpan rasa sakit tu. Keluar je bilik doktor terus menangis. Hihi kesiannya anak ibu.

Takpe nangislah, ibu paham. Lepas dah sihat ni kak long dah tak sakit dah. Dah boleh jalan macam biasa, pakai kasut macam biasa.

Dan paling bersyukur sebab operate ni ngam-ngam hari pertama cuti sekolah penggal pertama. Allahuakbar. Maha hebat perancangan Allah. Takdelah nak kene ponteng kelas pulak kan.

Doktor cekap dan profesional

Doktor lelaki ni, walau nampak muda dia sangat berpengalaman. Sekarang dia locum di klinik. Tapi kerja tetap di Hospital Lipis. Hahaha siap interview doktor ni. Dia punya kerja operate tu sangat teliti, sangat berhemah dan bagus.

Doktor ni siap tunjuk apa yang dia buat, buang kuku cagu. Buang kulit mati ketuat dan buang ketuat tu secara berhemahlah. Syukurlah dapat doktor yang bagus ni.

Sebab tu saya suka doctor yang suka borak bagi fakta yang best dan servis yang baik. Sure patient akan datang dan datang lagi.

Dan total kos untuk buang ketuat dan cagu adalah RM150. Oklah sebab doktor ni kemas sangat kerjanya.

peralatan dressing cuci luka
Pek dressing tu beli kat farmasi. Dapat ubat luka dan ubat ketuat dari klinik. Syukurla saya ni kategori berani nak cuci sendiri luka di rumah. Ngilu
ubat buang ketuat
Inilah ubat ketuat, sapu nipis-nipis di tempat berkenaan. Rajin2 lah kan diri tu ya haha.

Dressing luka di rumah

Lepas dah operate buang ketuat dan cagu ni kami still kene datang klinik sebab nak cuci luka dan nak monitor tahap luka tu. Nak buat sendiri dressing kat rumah memang saya tak berani. Kali pertama dressing sehari selepas operate.

Kemudian, next appointment untuk dressing tu adalah hari ke 3 selepas tu. Alhamdulillah kak long dah boleh berjalan macam biasa. Dressing ke 3 tu saya buat sendiri je sebab luka semakin kering dan dah nampak cantik.

Seminggu je dah ok sebab memang kene jaga luka tu jangan bagi kene air. Alhamdulillah dah ok pun kaki anak ibu. Semoga takde lagi ketuat dan cagu yang hinggap di kakimu nak 😆.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

18 thoughts on “Buang ketuat dan cagu di Poliklinik Rafflesia, Shah Alam

  1. Alhamdulillah. Kadang-kadang kita terlalai sedikit masalah yang dihadapi anak. Syukurlah belum terlambat, dan semuanya sudah baik belaka.

  2. Ketuat memang benci kalau ada dekat kaki. Tak ingat dulu pakai apa yang hilang. Taktau plak sekarang ada minor operarion kat klinik hilangkan cagu dan ketuat. Lagi mudah kan.

  3. Saya pun dlm proses nk hilangkn ketuat degil ni kt kaki. Susah betul nk hilang. Cagu tak ada lah. Bahaya ketuat ni. Klu biar makin die berumah kt situ. hehehe

  4. Ala kesiannya dia. Kinah ni pulak ketuat kat muka. First time jadi macam ni. Harap cepatla ok. Nak keluar rumah pun rasa malu tau.

  5. alhamdulillah semuanya selamat , boleh rekemen ke orang lain pasal klinik ni sebab mungkin ramai yang cari klinik atau tempat nak rawat ketuat tapi tak tahu dimana

  6. Allahu saya kalau dengar bab operation ni kak memang ngeri tau. Seriau dibuatnya. Alhamdulillah dioeemudahkan urusan kakak. Kalau cagu tuh memang sakitkan. Adoii saya yang baca ni rasa seriau pulak

  7. mmg sakit kalau kena cagu…suami koi selalu kena sbb rekabentuk kuku dia tu… masa muda selalu main bola sampai kuku tercabut la..pecah la… kuku dia sekarang bukan main tebal dan susah betul nak potong. lambat je potong dah cekam

  8. Wahh nmpk skit tpi kuatnya dia tahan sakit. Bagus bagus. Alhamdullilah dpt buang dgn selamat selepas minor operation ni. Semoga cepat sembuh (:

  9. Kita satu pengalaman nak cite pernah buat operation sendiri buang ketuat kat tangan wakakaka tu pengalaman sangat potong sendiri tapi jangan cuba kat rumah sangat bahaya nasib selamat hehehehe. Tapi dah ada rawatan macam ni dari yang pakar lebih selamat dan bagus…

  10. Salam Kak nak tumpagn tanya buang ketuat berpa kena kak? kat ibu jari ni ada ketuat .. dah berminggu dah tak baik2…

    1. waalaikumusalam eriana, anak akak aritu kene rm150 untuk buang cagu, ketuat, ubat dan consultation. Maybe untuk ketuat saja kurang sikit dari amaun tu. tapi eriana just tanya doktor incase nak dapatkan kepastian untuk caj tu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: