Persiapan dan perbelanjaan kelengkapan persekolahan anak-anak lagi.
Semalam punya cerita :), dah mula buat persiapan dan kelengkapan untuk tahun baru persekolahan 2019.
Kebiasaannya saya akan check baju, seluar dan kain tahun sebelum tu yang masih boleh dipakai. Dan jika masih elok, saya gantikan untuk sepasang sahaja. Jangan membazir, belajar berjimat ya :).
Since saya pun tengah cuti seminggu ni, so bolehla terus shopping. Seronok sebab weekday orang tak ramai, heaven kau!! hihi. Macam biasa, saya suka ke Pusat Pakaian Hari-Hari untuk beli keperluan dari kepala hingga ke kaki.
Satu sebab kualiti kain Jony & Jeny ni memang terbaik. Kedua, harganya berbaloi dengan anggaran harga RM39 untuk sepasang baju dan kain sekolah.
Harga baju dan kasut sekolah
Tahun 2019, 3 orang beradik ni akan ke sekolah seperti biasa. Tahun depan Kak Long dah Tingkatan 2, si Najiha dah Darjah 6 dan Adam pula Darjah 3. Banyak juga belanja diorang ni, beli baju, kasut, stokin, baju dalam, beg, jumlahnya RM460.

Yang ni kasut si kakak, sorang size 39 dan sorang lagi size 41. Harganya RM37.50 sepasang.

Yang ni kasut Adam, size 35 harganya RM31.50. Beli besar sikit, bila ngam-ngam nanti cepat je dah ketat.

Stokin ni harganya RM8.90, RM9.30, RM10.20 sepek, ikut saiz dan setiap satu pek ada 3 pasang. Seorang dapat 3 pasang, oklah tu kan
Itupun ada yang saya cut, kalau beg sebelum ni masih ok, so basuh dan pakai je beg tu selagi masih boleh pakai.
Disebabkan kasut hitam dah boleh mula dipakai untuk tahun depan, so beli jela hitam deh. Senanglah kerja korang kan, tak rajin nak basuh, just kiwi kan je.
Kelengkapan baju anak lelaki

Baju sekolah agama lelaki. Sepasang RM33.80 siap baju dan seluar. Sampin hijau tu RM11.20 ikut saiz.

Baju kemeja lelaki lengan panjang RM25.30 sehelai, seluar sekolah biru RM25.30 jugak.

Baju kemeja lelaki lengan panjang, beli 2 helai senang tukar-tukar.
Adam tahun depan dilantik jadi Pembimbing Rakan Sebaya, cikgunya pilih :). Harap-harap dibimbing ke jalan yang benarlah rakan-rakan Adam nanti. Bagus juga ada tanggungjawab macam ni, biarlah berdisiplin baguih hendaknya.
Baju sekolah Jony & Jeny pun ok
So PRS ni kene pakai baju kemeja lengan panjang, seluar biru. Neck tie dan vest cikgu bekalkan. Untuk sekolah agama pulak, since tahun lepas dia pakai baju tu dah 2 tahun. So saya belikan yang barulah sebab kecik nau-nau dah bajunya ;).

Baju kurung sekolah satu set kain dan baju RM39.50

ini baju sekolah agam najiha, sepasang RM37.50

Yang ni baju kurung sekolah, sehelai RM21.60
Najiha dan Kak Long beli baju saya belikan sepasang untuk seorang. Diorang yang request sebab baju yang lama ada masih boleh pakai lagi. Kasut pulak, semuanya seorang sepasang.
Ni untuk 6 bulan je sebab lepas tu nanti tengoklah rupa kasut tu. Kalau dah uzur, beli lain. Kalau beli sekarang nanti dah setengah tahun sure dah ketat. Biasalah bebudak cepat membesar.
Ok dah settle bab baju sekolah. Allocation duit untuk baju sekolah ni ktorang simpan since yuran bulan 11 dah dibayar masa register sekolah dulu.
Jadi duit tu bolehlah beli baju dan buku sekolah pulak. Hmm cenggitulah mak pak ni berjimat kan, semuanya kene ada senarai, kalau idok kelautlah belanjanya :).
Hmm begitulah Persiapan dan perbelanjaan kelengkapan persekolahan kami, korang macamana? Tu tak termasuk belanja dengan pengasuh dan transit kan. Insha allah moga Allah permudahkan.
senang dh setel…ni nk cr kasut, stokin n tudung je la kot…bj ok lagi
Saya baru settle beli keperluan sekolah anak anak. Tuh pun kain tak ada size. Kena beli lain nanti
Saya beli persiapan sekolah awal nov hari tu.. beli lambat takut habis.
Aju memang selalu shopping pakaian sekolah kat pasaraya hari hari ya. Senang kan sebab kelengkapan semua cukup. tak payah nak pergi banyak tempat
Tahun ni anak Ibu 2 2 orang masuk sekolah. Dan kedua dua sekolah ni jual baju uniform sendiri. Tak merasalah pengalaman nak beli baju kat luar. Hehe