Pure Collagen Powder dan Hello Bong, produk Joymix untuk sihat dan cantik | Since ramai yang tanya apa tips wajah saya nampak muda, so ini rahsianya. Tipsnya adalah rajin bersenam, banyakkan minum air masak dan amalkan produk Joymix.
Basically bila umur dah hampir 40an, memang terasa perubahan dari segi fizikal. Selalu penat, sakit lutut, sakit belakang, kulit mula berkedut, rambut gugur dan kuku agak rapuh. Sebenarnya pemakanan adalah paling utama untuk kita jaga.
Ramai yang sudah kongsikan kebaikan produk Joymix ni. Dan bila saya dah cuba sendiri, memang rasa perubahannya. Review mereka ini memang membantu juga untuk saya cuba sendiri sesuatu produk.
Joymix Pure Collagen Powder

Serbuk putih halus dan mudah larut

Campurkan satu scoop dalam minuman, since saya suka minum oren so saya campurkan dalamnya
Saya minum Pure Collagen Powder dengan campurkan satu scoop serbuk putih halus ni ke dalam minuman. Tak kisahlah air jus buah-buahan, bancuhan oren, sirap atau milo. Biasanya saya minum sekali je sehari dan tak kisah pagi atau petang.
Kalau nak tahu Pure Collagen Powder diperbuat daripada pure marine collagen. Berat molekul kecil 500-1500 Dalton (small molecule 500-1500 dalton) dan ia mudah diserap ke dalam kulit.
Isi kandungan untuk sebotol ni adalah 200gram dan boleh bertahan untuk 2 bulan penggunaan. Selepas seminggu lebih makan produk ni, adalah rasa kulit muka lebih anjal dan sakit belakang sedikit berkurangan.
Review Pure Collagen Powder dan manfaatnya
- Mengukuhkan keanjalan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan kulit
- Mengelakkan keguguran rambut dan menguatkan pada kuku
- Menguatkan sendi dan tulang
- Tiada sebarang pencemaran bakteria
- Melicin dan memberikan keserian pada wajah
Orang perempun ni memang kena jaga semua aspek. Kalau kereta perlukan maintenance, kita pun macam tu juga. Collagen tu penting tau uols!
Kalau nak tahu, collagen dalam badan kita mula kurang dihasilkan bila umur mula mencapai 40an. Di badan kita ni collagen biasanya ada di kulit, tulang dan tisu penghubung. Bila collagen berkurang tu yang kulit mula kusam dan sendi mula sakit.
Pernah rasa tangan kebas? Lutut sakit masa naik dan turun tangga? Hmm itulah tanda awalnya. Saya cerita atas pengalaman sendiri juga sebab saya ada masalah slip disc atau sakit belakang.
Joymix Hello Bong

Consume di mana-mana je, mudah dibawa bersama
Bila dan makan Pure Collagen Powder, saya nakkan lebih Vitamin C dalam badan. Bagus juga Joymix ni tawarkan pelbagai produk dalam satu jenama. Saya pun cuba pula Joymix Hello Bong.
Senang je nak consume Hello Bong ni, ambil satu sachet, koyakkan dan terus masukkan ke mulut. Emm kemam-kemam terus telan. Rasanya masam-masam manis. Pastikan makan Hello Bong ni sebelum korang minum air ya.
Hello Bong diperbuat dari buah oren Halla Bong dari Pulau Jeju dan juga curcuminiods yang merupakan estrak dari kunyit. Emm patutla sedap rasanya, oren-oren gitu.
Mudah nak dibawa ke mana-mana je, letak dalam handbag. Dan boleh terus consume. Takde alasan nak cantik tapi terlupalah, malaslah. Dah beli ni makan aje, janji konsisten.
Review Hello Bong dan kelebihannya
- mengurangkan kelesuan badan
- mengurangkan radang sendi
- mencegah penyakit kronik
- mempercepatkan recovery system untuk badan dalam melawan penyakit
- menyejukkan badan
- menghilangkan nafas berbau
- mengurangkan ” Hangover ” (bagi yang bukan Islam), kesan selepas minum minuman beralcohol.
Satu pek Hello Bong ni ada 30 sachet dan boleh dimakan satu sachet setiap hari. Mudah kan? Memang nak cantik ni mudah sangat. Jangan kata sis tak payung ok?!
Joymix legakan sakit belakang
Kenapa saya amalkan kedua-dua produk Joymix ni? Sebenarnya kedua-dua produk Pure Collagen Powder dan Hello Bong ini adalah kombinasi terbaik untuk saya yang ada masalah sakit belakang. Sebab tu saya ambil kedua produk ini sekaligus.
Setiap hari saya akan mulakan sarapan dengan bancuhan minuman Pure Collagen Powder dan kemam satu sachet Hello Bong. Bila sakit belakang, tulang saya ibarat tua sebelum waktunya. Yang mana geseran di tulang L4, L5 dan S1 telah menyebabkan kesakitan apabila saya bergerak.
Pengambilan kedua-dua produk ini sedikit sebanyak membantu menambahkan collagen di dalam badan. Kita usaha kan, dan semoga sakit belakang tidak lagi mengganggu aktiviti harian saya.
Jom cantik dengan Joymix
Sis suka semua orang sihat dan sentiasa cantik. Kita jaga diri untuk tatapan suami dan demi nak pastikan anak-anak pun terjaga. Barulah rumahtangga aman harmonis gitteww!
Bagi yang nak cuba produk Pure Collagen Powder dan Hello Bong ni, bolehla terus ke website, Instagram dan Facebook diorang untuk keterangan lebih lanjut. Jom sama-sama cantik, sihat dan kekal aktif.
Wah banyak khasiat
Nampak macam sedap juga yer
Rasa orange mesti sedap nih..
semoga akak diberikan kesembuhan.. apapun kita ikhtiar sahaja kan.. Kalau ada perubahan Alhamdulillah 🙂
Patutlah kulit muka tegang je wak, Joymix rahsia dia rupanya…nak survey jugakla camni..
buah oren dalam bentuk serbuk..senang nak makan,,takyah kupas2 kulit dah kan..hihi..