Resepi cookies sukatan cawan ala Famous Amos.
Ok another recepi during PKP ๐. Tapi nak tanya juga, korang dah cuba resepi kek coklat kukus moist yang saya pernah cerita sebelum ni?
Yang tu mudah, in case lah tiba-tiba korang teringin nak makan kek coklat moist kan. Cubalah resepi tu, sangat mudah sebab guna blender je untuk adunkan bahan then kukus. Dah siap!!.
Dan saya pun plan nak buatkan kek tu sempena birthday anak ke 2 pada 23/4/2020 ni. Opsss dah terpecah rahsia. pulak ๐คซ. Saya faham during PKP ni banyak bahan kek yang susah nak beli sebab dah kehabisan stok.
Jadi bila nak buat kek atau cookies, kadang-kadang kena kreatif untuk mix and match. Contohnya cookies ni, in case tiada chocolate chip, boleh gantikan dengan chocolate rice.
Rasa masih sangat sedap dan rangup! Makan dengan cicah air susu pun sedap.
Resepi cookies sukatan cawan ala Famous Amos
Bagi yang takde mixer macam saya, sep sikit!! Hahaha, nak bancuh ni guna kekuatan tangan je ya, barulah sado!! Tak perlu mixer, tapi kalau ada mixer pakailah mixer. Jangan ketepikan kemampuan mixer tu ya ๐. Ok jom tengok bahan-bahan dan cara membuatnya.

Adnhan yang telah dibancuh dan diacampurkan bersama chocolate rice

Adunan cookies Rangup is done!! Sedia untuk disejukkan dalam peti ais
Bahan-bahan
- 500gm mentega
- 2 1/2 cawan gula perang
- 1 1/2 sudu kecil esen vanilla
- 2 biji telur
- 6 cawan tepung gandum (ayak)
- 1 cawan tepung jagung (ayak)
- 1ย 1/2 sudu kecil baking powder (ayak)
- 1 1/2 sudu kecil sodium bicarbonate (ayak)
- 10 sudu minyak masak
- 4 cawan coklat chip (tambah almond pun sedap) *saya guna coklat rice sahaja
Cara-caranya.
- Campurkan mentega dan gula perang. Gaul sehingga sebati. Tak perlu guna mixer pun tak mengapa. Hanya gaulkan guna spatula atau senduk dengan kuasa tangan ๐.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila dan gaulkan lagi.
- Bila dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung, baking powder dan soda bikarbonat yang telah diayak.
- Masukkan pula minyak masak dan gaulkan sehingga betul-betul serasi bersama.
- Akhir sekali masukkan pula chocolate chip atau chocolate rice. Dan simpan adunan ke dalam fridge untuk 1/2 jam.
- Bila dah cukup 1/2 jam adunan tu kat dalam fridge, bolehlah panaskan oven untuk suhu 150 ke 160 darjah celcius dan api atas bawah ya. Kalau oven yang ada kipas tu sila on juga.

Ok boleh cuba ya, sedap sangat rangup kruk krak kruk krak!!!
Sambil tunggu oven panas dah boleh bentukkan adunan ke dalam tray dan bentuklah guna sudu ikut kreativiti masing-masing. Dan bakar untuk 20-30 minit mengikut style oven korang ya.
Mudah sangat resepi ni. Bagi saya yang punya anak dara 2 orang berumur 13 dan 15 tahun ni memang senang kerja. Diorang dah besar dah boleh diharapkan. Dan bila dah siap masukkan ke dalam bekas kedap udara selepas cookies tu sejuk.
Ini dah kali ketiga saya buat cookies ni sepanjang PKP. Lagi lama PKP lagi bergandalah nak bancuh dan buat cookies je kerjanya. Benda mudah dan senang takde hal lah nak buat berapa kali pun.
Janji anak-anak nak tolonglah kan. Kalau sendiri buat jenuh juga.
Memang banyak juga hasilnya dan sekejap je habis dikerjakan anak-anak saya berlima ni termasuklah ibu dan abahnya hahaha. Mak is fengsan!!!
bukan takat mix and replace, kena practise makes perfect juga tu. dah sama dengan biskut famous amos dah tu sis. berjaya erk ๐
thanks for the recipe ๐
Yes.. Thanks share resipi nih za mmg rindu sgt sis cookiea famous amos. Lagi2 yg ada kacang walnut tu atau pecan.. Omg.. Terliur dah.. Ok boleh buat skang.
Sis tak pernah cuba lagi buat cookies. Cookies ni kalau dapat rasa ala ala Famous Amos tu sis dah suka. Nanti nak cuba. Sebelum tu kena beli tepung jagung dulu lah.
Cantik nampak kejadian cookies tu hehe, mesti sedap tu. Dulu rajin jugak buat choc chip cookies, nnt nk buat lah sekali untuk raya hehe.
senang rupanya nk buat biskut ni. kena keluarkan oven dari stor dah ni.. dah lama tersadai dalam kotak tu.
ala takde oven. hehehe. nak kena cuba 1 hari ni. nampak mudah sangat.
Memandangkan sekarang ni ada masa so nak cuba lah buat xookiea ni untuk kuih raya tahun ini. Nampak mudah.
Ni boleh buat koleksi kuih raya kita ni heheheheh mudah dan sangat senang cepat hurmmm meriah raya kuih banyak tahun ni…
fav cookies ni..bahan tk cukup lg nk wat
Menarik la aju…nak cuba la ikut resepi aju ni..mana tau menjadi kan….
bahan semua dah ada. memang plan nak buat biskut bulan posa ni, harini oven rosak.. sadis betul๐ญ๐ญ๐ญ
wow best! my whole family love Famous Amos cookies. now I can make it at home too yay!
Saya suka resepi mudah macam nih, nak bookmark nak buat cookies nih sebelum puasa, untuk kudap-kudap lepas berbuka tak payah tunggu raya.. he he he tq tau resepi nih..
Uish nampak sedap. Thanks share resepi. nak buat tapi takde oven tapi tengok tu terliur pulak ๐
Hasil buatan dewe mang beda lah, pasti lebih sedap ๐
Boleh tiru ni, nak dekat raya ni, kalau dah raya di rumah, buat aje laa cookies sendiri kan.. sapa aje nak makannya kann..nampak sedap dan rangup tu..
resepi sama yg huda buat biskut ni dan jual last year.tahun ni buat untuk makan sendiri jer lah anak beranak kat rumah ni sepanjang PKP
Cantiknya kejadian. Hehe.. nampak sedap dan menyelerakan. Terima kasih share resepi ni
Sedap nie. Nak raya nanti boleh la buat. Kalau jadi tak payah beli dekat Famous amos dah.
pernah cuba, memang sedap cara ni. nanti blh cuba lagi nak raya ni
Boleh lah cuba resepi ni sebab sekarang ni ada masa nak buat kuih raya sendiri,. Dah la PKP buat sikit untuk famili je la cukup haha… sebab tak bole terima tetamu jika PKP masa berkuatkuasa.
Ini biskut fav kita ni sebab biskut ni paling senang nak buat… Gigih xgigih jela nk buat. Hehehe.. Tahun lps buat lebih siap jual lagi…
Autonatik masuk dalam list biskutt raya untuk dibuat… insyaAllah kalau dapat balik KL… memang tabik spring la kat sis sebab kejadian biskutnya cantik dan sejibik macam Famous Amos cookies tu… tahniah…
okey boleh try…ada bahan boleh cari kat sini..pun kena kudrat pakai tangan….tak ada mixer…huhuhu
Kalau sukatan cawan memang senang nak buat. Nanti nak buat juga untuk hari raya nanti
hmmmm nangis sbb nampak sedap gila