November 30, 2020

Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali

Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali. Apa menu korang hari ni?

Kalau dah jemu masakan bersantan, kita buat ikan bakar pula nak?

Bila suami dah request nak makan ikan bakar, saya fikir mana pula nak cari pemanggang?

Haishh resah hati sebab tak boleh nak tunaikan hajat dia nak makan ikan bakar bersambal.

Tapi atas dasar kreatif, kita ubah style tu. Pada  yang teringin nak buat ikan bakar tapi tiada pemanggang.

Takpe, kali ni kita bakar guna kuali je. Mudah sangat, jangan pening-pening fikir menu ok 😆. Berkat minum susu, terus sel-sel otak berhubung hihi.

Jom kita start

Resepi ikan bakar bersambal mudah

resepi ikan bakar bersambal

Bahan-bahan :
1 ekor ikan talapia merah – dibersihkan
Daun pisang secukupnya
5 biji bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*
1 inci lengkuas*
2 batang serai * – semua bahan bertanda * dikisar
2 sudu besar cili kisar
Sedikit air asam jawa
Garam dan gula secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara :

  1. Ikan talapia dicuci hingga bersih.
  2. Daun pisang dibersihkan dan dilayur/ dipanaskan atas api sedikit.
  3. Tumis semua bahan yang dikisar hingga wangi.
  4. Kemudian masukkan pula cili kisar dan goreng sehingga ianya nampak sedikit garing.
  5. Masukkan pula air asam jawa.
  6. Masukkan sedikit garam dan gula secukupnya.
  7. Kacau sehingga nampak terbit minyak dan tutup api.
  8. Gaulkan sambal yang kita dah goreng bersama ikan tadi hingga rata.
  9. Alaskan kuali dengan daun pisang. Letakkan pula ikan yang sudah dilumur sambal yang digoreng. Dan tutup dengan penutup kuali. Kemudian terbalikkan ikan tu ke sebelah satu lagi. Dah siap!!

Dan kalau makan ikan bakar memang wajib ada air asam atau kicap untuk dicicah. Korang boleh perahkan sedikit jus limau kasturi, kicap dan dihidangkan bersama pencicah ikan.

Saya buat pencicah tu dengan campurkan kicap manis dengan perahan limau. Dan letakkan pula cili padi. Hmm memang makan berebut dengan anak-anak.

resepi ikan bakar bersambal guna kuali
Lumurkan sambal yang digoreng atas ikan
Tutupkan dengan penutup kuali untuk pastikan ikan masak sebaiknya

Saya simple je orangnya. Takde peralatan yang khas untuk panggang ikan, tapi kita alternatif lain janji rasa tu ada dan sedap. Tengok tu, tutup kuali pun guna penutup periuk kukus je 😂.

Tapi bila dengar feedback suami dan anak-anak kata sedaplah ikan bakar bersambal ibu ni, hmm memang lepas ni pakat makan ikan bakar jela korang setiap hari.

Jangan lupa setiap kali memasak kita selalu berselawat dan berdoa semoga dilembutkan hati anak-anak dan juga suami. Masak dengan penuh sabar dan kasih sayang supaya berkat rezeki kita.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

4 thoughts on “Resepi ikan bakar bersambal mudah dan panggang guna kuali

  1. Sedapnya ikan talapia bakar! lama tak jumpa ikan talapia. Biasanya kalau balik kampung memang suka masak ikan ni. Sayangnya raya kali ini tak dapat balik kampung!

  2. fuh ikan talapia mmg sedap masak bakar. feveret. kecur air liur ni nengoknya. saya plak kalu utk bakar suka guna pes adabi,, senang je. hihihi…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: