Sesi Mama–mama Penyayang Dugro di The Cooking House.
Baru-baru ini pihak Dumex Dugro ada menjemput saya dan ibu-ibu lain untuk sama-sama memeriahkan Sesi Mama – mama Penyayang Dugro . Jenama susu Dumex Dugro memang sudah lama di pasaran yang mana seperti kita tahu Dumex Dugro mengandungi kandungan DHA tertinggi.
DHA adalah komponen utama otak dan retina mata.
Dumex Dugro juga mengandungi dengan Omega 3 dan Omega 6. Omega 3 & Omega 6 adalah asid lemak penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh manusia.
Ianya mesti diperolehi daripada makanan ataupun susu formula.
Pengambilan Omega 3 dan Omega 6 yang secukupnya dapat membantu pembelajaran dan pemikiran Si Manja. Dumex Dugro juga merupakan satu-satunya jenama yang mengandungi IcFOS (long-chain fructooligosaccharides) iaitu sejenis serat.
Sebagai ibu yang punya anak ramai, saya selalu memikirkan menu masakan yang mudah, cepat, jimat dan berkhasiat untuk anak-anak. Kalau diikutkan, saya memang nak sangat menyediakan sendiri menu makanan untuk anak-anak untuk mereka di sekolah. Tapi kekangan yang paling besar adalah masa.
Ini kerana saya perlu memikirkan menu yang ringkas untuk disediakan sebelum saya keluar bekerja. Selain ringkas, ianya juga mestilah mengandungi semua nutrisi yang diperlukan untuk otak dan tumbesaran mereka. Ha gitteww amacam macam pakar nutrisi tak hahahaha.
Yelah balik dari kerja pun kekadang sempat masak nasi je, makanya nak cepat beli aje lauk siap kat kedai makan. Lauk tunjuk-tunjuk memang cepat, tapi yelah tinggi pulak kandungan garam dan bahan perasa.
Ada sekali tu saya masak nasi goreng paling ringkas abad ini, goreng je scrambled egg, masukkan nasi dan sedikit garam. Dah macam nasi goreng tapi bezanya tak letak bawang dan ikan bilis. Tapi tengok bebudak ni laju je makan sambil kata sedapnya buuu, hmm kesian anak ibu lapar sangat lepas balik sekolah.
Inilah Chef Lin yang sedang menunjukkan cara memasak 2 menu yang perlu kami sediakan selepas itu. Semuanya menggunakan bahan berkhasiat seperti lobak merah, bronkoli, cendawan, ikan dori.
Semasa workshop ini chef jemputan adalah Chef Lin, dan hos selebriti iaitu Yana Samsudin dan Diana Amir yang turut memeriahkan majlis dan berkongsi pengalaman dalam membesarkan anak mereka. Serius diorang sangat cantik, comel dan peramah, sangat okay!! hahahaha. Teruja tengok diorang secara live.
Yana kan memang berpengalaman mengacarakan program tv, dan memang bercakap macam bertih jagung. Sangat menghiburkan, pujian ini ikhlas ya bukan nak up kan depa. Pihak Dumex Dugro juga berkongsi 6 menu harian yang sangat mudah untuk disediakan dan semestinya menggunakan campuran susu Dumex Dugro yang bernutrisi dan berkhasiat.

Quiche ayam dan cendawan enak, nasi goreng meriah, kebab ikan comel, bubur ikan riang ria, burger ayam sayangku, pasta si manja
Ini adalah buku resepi yang kami perolehi dan antara menu yang ada di dalam resepi ini adalah seperti di atas ini, sememangnya sangat mudah untuk disediakan, yang mana menu ini juga sangat menyihatkan.
Semasa event ini, Chef Lin menunjukkan secara praktikal macamana nak menyediakan menu untuk anak-anak yang sememangnya jimat, berkhasiat, mudah dan jimat. Menu tersebut ialah Kebab Ikan Comel dan Quiche Ayam dan Cendawan Enak.
Dan paling best, selepas Chef Lin dah tunjukkan cara-cara menyediakan menu tu, kami para ibu pulak wajib menyediakannya sendiri. Team ibu-ibu semuanya sangat sporting.
Hahaha mak nervous, tapi yang bestnya group saya memang sangat sporting dan pakar memasak, semuanya pantas bekerja. Taraaa boleh lihat hasil kesepakatan kerja satu kumpulan, terbaik!!
Selepas sesi memasak kami menyambung event ini dengan sesi ramah mesra dan sesi soal jawab bersama Yana, Diana, chef dan pihak Careline. Sesi ini adalah perkongsian yang sebenar kerana dari host, chef, pihak Careline dan peserta adalah semuanya para ibu-ibu. Ini adalah sesi perkongsian istimewa dari ibu kepada ibu berkenaan tips untuk menyediakan sebanyak mungkin cara yang terbaik bagi si manja.
korang tau tak tentang Dumex Dugro Careline ini? Ok bagi yang tak tahu, pihak Careline melantik pakar Penasihat yang terdiri daripada para ibu, bekas jururawat, bidan, pakar diet dan pakar nutrisi berpengalaman yang sedia mendengar dan menawarkan nasihat untuk anda dan Si Manja. Pihak Careline ini sedia membantu 24 jam 7 hari seminggu. Jika anda memerlukan sebarang nasihat atau pendengar setia yang mana anda boleh menghubungi mereka di talian 1 800 38 1038 yang mana ianya percuma tanpa caj panggilan. Kalau anda ada sebarang keraguan atau apa-apa persoalan mengenai si manja, bolehla terus menghubungi mereka.
Sekarang ini Dumex Dugro mengadakan promosi yang mana dengan setiap pembelian 2 pek susu Dumex Dugro 900 gram pelbagai perisa, anda akan mendapat secara percuma playmat + beg. Playmat ini sesuai bagi anda dan si manja untuk aktiviti story telling, sebagai beg penyimpan barang, boleh dibawa untuk berpiknik dan yang bagusnya ianya washable. Anda boleh melayari pautan ini https://www.dugro.com.my/promosi_dan_acara untuk sebarang promosi terkini. Cepat bertindak sementara stok masih ada ya ibu-ibu.
Good info sbb u refresh balik atau bgtau pasal apa tu DHA , omega 3-omega 6. Kadang2 kita selalu dgr dari marketeer tapi xtau apa kebaikan dia 🙂
Mama pernah belikan susu dugro untuk anak anak. Pakai lama juga dalam 2 tahun. Kebaikannya harga dia mampu milik.
Tapi rasanya manis sangat dan susu cepat rosak. Biasa kalau buat 2 3 jam dah berketul ketul.
Pakai susu jenama lain yang mahal sikit lepas tu, lepas 2 3 jam masih ok. Ini kes untuk anak mama sebab selalu minum susu masa nak tidur dalam botol.
Jadi lepas terjaga terus sambung minum
bestla aju…sesekali dapat bersenda gurau dgn geng blogger…
Jadi blogger ramai jemput pergi sesi media untuk marketing ya. Menarik tu
Bila kita selalu networking dengan kawan kawan, akan tambah ilmu dan pengalaman
1st time jumpa
..terus kena masak sesama hehehe
Pengalaman best !
Seronok dapat kawan baru, resepi baru, paling penting banyak info baru, kan? Lain kali nak join lagi la kalau ada.
Wah dah masuk kelas masakan ya aju. Syabas syabas, bulan puasa pun dah dekat ni
Minum susu setiap hari untuk tulang dan gigi kuat. Anak anak lagi perlukan untuk membesar
Bestnya dapat attend workshop macam ni. Macam ‘me time’ jugak lah.