‘Spare part’ pam susu Spectra M1.
Baby Dzar masih menyusu badan secara eksklusif. Alhamdulillah murah rezeki si kecik ni, dan syukur juga sebab saya diberikan peluang untuk menyusukan Dzar. Tq Allah.
Doa, Usaha dan tawakal, inilah the 3 main things yang saya pegang.
Mengepam susu dengan pam susu Spectra M1 memang membantu.
Kalau nak sesuatu misi tu berjaya, kita mesti kene rajin cari petua dan cara untuk menjayakannya. Cuba cari dan usaha, doa semoga ianya berjaya dan tawakal dengan segala usaha kita tu. Insha Allah berjaya!!!
Chaiyokkk!!
Mengepam memang banyak kerja
Seronok sebenarnya bila difikirkan. Sesungguhnya kerja-kerja mengepam susu ni memang memerlukan komitmen penuh dari ibu tu sendiri. Kalau di pejabat, luangkan masa untuk mengepam, mau 2 kali jugalah saya mengepam waktu di ofis. syukurla dapat bos yang memahami, dan saya sangat-sangat hargai ;).
Dah sampai rumah, simpan susu dalam fridge. Basuh semua kelengkapan menyusu dari botol sehinggalah ke corong pam tu. Komitmen tu tau!!! Walau rasa renyah, tapi bila kita seronok dan ikhlas hati melakukannya, memang semua tu celah gigi aje ibaratnya. Lepas tu, kene banyak minum air, ulang alik pergi toilet, komitmen juga tu ;).
Breastfeeding pun boleh kurus
Takpe selain nak banyakkan susu, ia juga menyihatkan. Fikir positif aje, lagi satu paling best menyusu badan JIMAT DUIT hahahahah. Susu sekarang mahal giler kot kan, oklah save bajet mak ko hijau ni.
Nak lagi positif, menyusu badan boleh cepat kurus!!! Hihihi. Waktu mengandung aritu max berat saya 75 kg dan terkini berat saya 65 kg dan berat impian 60 kg, 5 kg more to lose!!!!!
Valve Spectra M1
Selepas 6 bulan mengepam dengan Spectra M1, nampaknya getah atau valve putih di corong pam ni dah mula longgar. Bila masukkan kat corong tu, terus melurut aje dia jatuh dalam botol. Masukkan lagi, melurut lagi.
Eiii stress jap, dari boleh mengepam secara berduet terpaksalah solo pulak, faham ke? Yang faham tu ok ;). Dah tu fikir mana pulak nak cari ‘Spare part’ pam susu Spectra M1.
Cari di kedai baby
So weekend aritu ajak hubby gi cari Valve Spectra ni kat kedai baby area Shah Alam. Pergi Tateh, Fabulous Mom SEMUA HABIS!! Aiyooo!!! Stress lagik, pompuan memang cepat dan senang stress, mana tak kedut mukanya haha (2 ha di situ ;))
last-last pegi Qbaby Shoppe kat seksyen 7 tu jugak, Alhamdulillah ada ‘Spare part’ pam susu Spectra M1 tapi seketul jek, ingat nak beli 2 ketul untuk spare, tapi takdo!
Takpelah janji ada satu pun dah syukur dah tu.
Susah juga nak cari ‘Spare part’ pam susu Spectra M1 ni ya. Saya cuba cari kat kedai online. Hmmm nampaknya di Pump on the go ada jual valve ni.
Saja nak pergi kedai sebab boleh beli menda lain sama kan 😉 kakaka.
Pergi kedai cari valve, valve HABISSSS!!!! Pantun 2 kerat ;).
Kalau korang nak beli online, boleh ke pump on the go juga, diorang jual satu tu rm14 tak termasuk kos pos. Oklah tu jimat duit minyak dan parking. Bila dah dapat valve, kerja mengepam menjadi menyeronokkan sebab stress dah hilang :).
Kalau nak tahu tentang review pam spectra M1 yang saya guna ni, bolehla baca entri sebelum ini ya.
seronok rasanya bila dapat bagi susu badan pada anak kan…ema sekarang campur dah…
ohh..
dah start mengepam dah ye rupanya.
mesti seronok kan.
alhamdulillah baby saya dah setahun pun masih exclusive bf.
bagi bayi susu ibu..sebab itu adalah makanan terbaik buat mereka.
alhamdulillah ibu mithali ni sis..kalau anak besar nanti baca entri ni confirm terharu..
adik ciktom pun aritu rekemen beli kat pumponthego kat akak ipar…
bestnya fully breastfeeding untuk baby Dzar kan? Teruskan usaha sehingga dia cukup umur ya
Seronoknya bagi ibu2 yang lafi menyusui .. Mampir ke blog saya mbak…