November 26, 2020

Surprise bunga dari suami, hadiah hari lahir

Surprise bunga dari suami, hadiah hari lahir | Siapa yang tak happy bila suami buat surprise kan? Memang saya happy giler sebab tak sangka suami buat surprise ni.

Memang saya surprise!!!

Rasa nak nangis.

Pertama kali dapat surprise bunga dari suami

Sebab ini pertama kali suami hadiahkan saya bunga sepanjang perkahwinan. Mula-mula dapat whatsapp dari kedai bunga. Katanya Lalamove on its way nak hantar bunga.

Apehal pulak ni kan? Birthday saya 5/8/2020 tapi saya terima whatsapp tu pada 7/8/2020. Saya ingat ada orang salah hantar mesej. Sebab birthday I dah lepas kan.

Hahaha terus berdebar! Siapa pulak main-main ni? Boleh lepas tu rasa macam siapalah secret admirer yang nak bagi bunga kat kita ni hahaha, bongok. Ingat ko siapa nak ada SA kan hahaha.

Surprise dah tiba

surprise bunga dari suami
Alololo red rose plus Ferrero Rocher, memang berair mata masa dapat bunga ni

So tunggu punya tunggu, dalam 15 minit macam tu dapat call dari Lalamove. Dia dah sampai depan gate rumah. And bila dapat je bunga ros merah tu, hahaha berair mata kita baca mesej di kertas.

Hihi dari husband kita lah. So suwwitttt!!!

Wei apa mimpi husband kita ni? Terus call dia ucap terima kasih. Kenapa hantar bunga? Hahaha apsal lah saya tanya kenapa?

Seriusly, memang terkesan dalam hati. Memang terus rasa sayang giler kat husband. Saya pernah cakap saya tak kisah pun kalau saya tak dapat bunga masa hari bersejarah kami.

Walau dalam hati pernah terdetik, seronoknya tengok orang lain dapat bunga dari pasangan diorang. Kalau husband aku macam tu kan best. Tapi tak pernah ambil hati, sebab saya terima pasangan saya seadanya.

Tapi walau takde dapat bunga, kami tetap tak lupa ucap, dan saling mengingati hari bersejarah kami. Baik hari lahir ataupun anniversary. Mesti celebrate potong kek dan masing-masing bagi hadiah.

Cuma kali ni lagi lebih istimewa sebab dia buat benda yang dia tak pernah buat. Sangat terkesan. Terus satu hari rasa happy, asyik tersenyum. Hilang terus penat kita.

Biar murah takpe, janji ikhlas

surprise bunga dari suami
Terima kasih suami, tahun depan sila buat surprise lebih lagi ya, kita happy sangat!! TQ

Biarpun surprise ni tak mahal, tak gah tapi masih terkesan dalam hati sampai bila-bila. Suami bukan jenis romantik tapi sekali dia buat macam ni, hargai sangat-sangat effort tu.

Terus terfikir apa pulak surprise saya nak bagi kat dia untuk birthday bulan 11 ni. Nanti dia kita plan baik punya hahaha. Bagilah dia rasa apa kita rasa.

Pada saya, surprise atau hadiah tak perlu mahal-mahal. murah pun takpe. Janji pasangan kita happy dan dia rasa dihargai. Itu lebih penting kan.

Tq Mak, Tq Allah

Bertambah lagi usia tahun ni. Syukur sangat Allah bagi peluang kecapi bahagia, tengok anak-anak membesar. Saya seronok Allah hadiahkan saya semua ni.

Teringat kat mak, selalu cerita sayalah paling debab antara adik beradik yang lain. Masa lahir sayalah yang paling bosar!! Mesti mak susah nak lahirkan saya.

Terima kasih mak dan arwah ayah yang besarkan saya. Saya lahir paling debab, saya jugak paling banyak songeh. Liat bangun pagi, liat tolong mak, banyak buat dosa. Moga doa mak sentiasa jadikan saya insan yang sentiasa ingat Allah.

Menang contest Millennium Clinic

Senyum lagi hihi, kali ni menang hadiah contest. Krim UV ni kalau kat luar harganya RM130++. Dan saya memang guna krim ni hari-hari sebelum pakai foundation.

Bagus sebab boleh elak jeragat bermaharaja lela kat muka. Tak sangka dapat percuma. Di bulan kelahiran saya pulak tu.

Alhamdulillah kalau dah rezeki, tak ke mana. Padahal mood join contest dah jauh ke laut dalam. Sekarang duk bakar semangat anak sulung pula join contest.

Nampaknya dia minat 😊.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

3 thoughts on “Surprise bunga dari suami, hadiah hari lahir

  1. Tahniah! Nampak wajah berseri2 dapat bunga dari Encik Suami. Moga bertambah bahagia bersama keluarga tercinta. Happy belated birthday!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: