hai uols!!!
Owh kay, hari ni saya nak kongsikan air minuman dalam pantang ya, walaupun pantang dah berlalu, tapi baru boleh nak minum air kunyit dan halia ni. Yelah awal-awal tu risau baby jaundice, makanya dah 52 hari selepas bersalin ni baru boleh nak minum.
BACA —> Pengalaman anak jaundis
Lama pulak ye jarak masanya. Korang jangan ikut macam saya ya, patutnya minum seawal mungkin. Saya ni je malas nak buat kan, makanya hantam sajalah labu!!
Jus Kunyit Halia dan Madu
Bahan-bahan cukup mudah, tapi mudah macamana pun kalau malas nak buat, acik takleh nak tolonglah ya. Ok bahan-bahannya mudah sangat.
Bahan-bahan
- Kunyit
- Halia
- Madu
- Air Asam Jawa
Cara-caranya
- Buang kulit kunyit dengan halia tu. Ok dah buang kulit, korang basuh dan blend kan diorang bersama. Blend guna air masak suam tau, sebab lepas proses blend tu, korang tapis masuk dalam cawan.
- Dah tapis habuk dan serat kunyit halia tu. Masukkan pula asam jawa segera tu ke dalam air kunyit dan halia yang dah ditapis. Dan akhir sekali masukkan madu, kacaukan sehingga sebati dan serasi bersama #sehatisejiwa.
Senang kan? Dengan 4 bahan di atas, makanya korang dah dapat minuman ala-ala jamu untuk kesihatan badan.
Kebaikan jus kunyit halia madu
- Sebenarnya fungsi air kunyit dan halia ni adalah baik untuk dalaman ibu selepas bersalin.
- Juga untuk kecutkan rahim kita, buang angin,
- melangsingkan badan
- dan juga banyakkan susu badan,ย
I like!!! So nak taknak untuk itu kene telan jugaklah ya.
Baca bismillah jangan lupa. Dan biasanya ia elok diminum secawan sehari selama 3 hari berturut-turut ya. Yummeh sangat!!
Ok siap minuman kesihatan untuk hari ini. Saya terbaca tak elok minum selalu air kunyit ni, nanti cepat monopose, tapi sahih atau tidak itu saya tak pastilah.
Korang nak tau? Sedap tau rasa dia ni, yelah dah campur asam jawa dan madu, jadi ada rasa pahit, masam dan manis. Dah boleh buat tajuk drama tv pulak hihi, oklah tu je babai!!!
Dah ada air kunyit dah tak perlu ambik jamu dah ya
Nak sihat, telan aje lah kann ๐
Saya prrnah minum kot air halia kunyit madu ni lepas berurut kat spa. Sedap minum time panas suam-suam kuku. Terus rasa cergas lepas tu..ceh.hehehe
amik air kunyit time lepas pantang dulu kejap
sebut air kunyit terus loya tekak. hahaha
berpantang anak pertama dan kedua minum aor ni..mak biat..kalini memang tak buat air halia dan kunyit ni..sebab berpantang sendiri takde orang paksa itu ini..betul tu rajin tak rajin je..
Huhu../agaknya boleh telan ke tidak tekak saya ni ekk.. ahaha…
alamak..nampak macam madu lah plak…
ok la 2,baru 52 hari..ehehe
Hmm… Kagum dengan ibu-ibu, dah la sakit bersalin, berpantang pula makan resepi yang tidaklah sedap. Tahniah ibu-ibu.. ๐
Air kunyit? Hebat!
dulu selalu minum.
sekarang ni..selalu juga minum.
hehe..
oh air kunyit…memang menu wajib mak2 berpantang…
Kalu org yg blom kawen boleh minum ker?kikiki
Arwah mak dulu memang paksa minum air kunyit dengan gula kabung. Telan juga lah sebab nak sihat dalaman kan
tak susah nak buat pun nampaknya. banyak juga nak kena tau lepas bersalin ni ye. good info for me ๐
Saya makan madu letak kunyit dan halia. Tapi muntah muntah. Normal ke? Pasal perut saya banyak angin bila berpantang
Acik, kalo bf boleh minum ke? Anak dah dua bulan. Kalo boleh mggu depan nak buat. Haha
Kunyit la bah juga Minuman kegemaran sy…