Benjolan merah di ketiak sebelah kanan dah tiga hari

Saya perasan ada benjolan merah di ketiak sebelah kanan ni masa hari kedua. Masa tu terasa sakit kat ketiak dan ada benjolan kecil bila sentuh dengan jari. Iye, memang boleh rasa ada ketulan di situ. Bila tengok kat cermin dah merah pulak benjolan tu.

Apalah agaknya benjolan ni?

Adui nervous!! Terus terbayang bukan-bukan yang tak seronok untuk difikirkan. Benjolan ni ada kaitan dengan breast cancer ke cyst ke? Nauzubillah!!!

Eh dah merepek jauh pulak saya ni. Memang sedih bila fikir. Terus fikir anak-anak kecil lagi, kalau jadi apa-apa kat saya siapa pulak nak tengokkan diorang. Memang panjang fikir petang tu sambil lipat kain.

Tetiba mata berair. Hahaha sedihlah, kalau betullah ketulan ni ada kaitan dengan cancer, berapa lama pulak nak hidup ni?? Memang macam-macam saya bayangkan.

Hari ke tiga benjolan di ketiak

Hari ketiga, saya tengok benjolan makin besar dan merah. Yang pasti bila tersentuh dengan kulit memang sakit dan sengal. Terus whatsapp dengan group family yang dalam tu hanya ada adik perempuan dengan kakak saya je. Hahaha adik beradik lelaki dekat group lain.

Terus diorang suruh saya terus pergi klinik. Takyah main teka teki katanya. Daripada fikir bukan-bukan, baiklah dapatkan pengesahan dari yang pakar.

Pagi tu pergi kerja macam biasa. Kat ofis masih boleh fokus buat kerja walau ketiak sakit. Emphh lemak-lemak ni bergesel kat ketiak pulak. Kena kuruskan badan ni, memang nekad nak kuruskan badan.

Tapi waktu lunch saya makan nasi daging merah dengan nescafe ais kat Ehsan. Hahaha ingatkan dah insof!! Makin menjadi-jadi pulak nafsu makan ni hahaha.

BACA  Drama Tanah Kubur di rumah nenek Ijok

Hari tu, terasa waktu tu lambat betul nak sampai waktu balik. Bila dah pukul 4.30 petang terus bergegas balik ambik anak dan hantar balik rumah. Ada si anak yang sulung tu kat rumah. Bolehla dia tengokkan adik-adik sementara saya ke klinik.

Terus ke klinik dapatkan rawatan

Kat area rumah saya ni memang banyak klinik. Tapi saya paling suka pergi ke Poliklinik An Nisa Seksyen U5. Doktor best, staff peramah dan akan ada 2 doktor setiap kali rawatan. So tak perlu menunggu lama.

Facility ultrasound ada, cek darah pun boleh, xray pun ada. Klinik cantik dan bersih. Terasa berada di rumah sendiri hahaha.

Bila sampai Poliklinik An-Nisa, saya request nak jumpa doktor perempuan. Dan syukur ada doktor perempuan Islam. Bila sampai turn saya, doktor cek suhu dan tanya masalah saya.

Doktor: Kenapa puan?
Saya: Ada benjolan merah di ketiak saya Doktor. Sakit pulak tu, dah 3 hari macam ni.
Doktor: Ok puan baring ya.
Saya: Maaf doktor saya baru balik kerja, in case ketiak saya berbau, saya minta maaf ya.
Doktor: Takpe puan takde masalah (Sambil pakai glove, dan membetulkan mask yang memang dipakai dari awal lagi)

Bila doktor tekan-tekan, benjolan tu bukan yang ada di kelenjar. Maksudnya benjolan tu hanya dikulit sahaja. Yang ni lebih kepada jangkitan kuman atau bisul. Kalau saya lewat datang jumpa doktor, kemungkinan dah bernanah katanya.

Huhuhu pertama syukur ianya bukan simptom yang serius. Dan kedua syukur jugak saya cepat datang ke klinik sebelum ianya melarat. Alhamdulillah!!

Doktor bagitau kena makan antibiotik ni untuk tempoh 48 jam. Dan paracetamol untuk tahan sakit. Selepas tu kalau takde perubahan dia minta datang ke klinik semula.

BACA  Moh pegi berurut | Redeem Voucher Mydeal

Ya Allah doa-doa semoga cepatlah baik hendaknya benjolan bisul ni. Sakit sikit je bolehlah tahan lagi sebab saya tak makan pun paracetamol tu. Semoga cepatlah baik hendaknya aamiin. Bisul ni pun satu, kenapa nak tumbuh pun kat ketiak pulak kan. Haahaha…

5 thoughts on “Benjolan merah di ketiak sebelah kanan dah tiga hari”

  1. Bisul memang suka tumbuh kat tempat2 yang tersepit tersorok..kan??Masa kecik2 memang selalu la jadi bisul.Tapi sejak dah besar ni tak pernah jadi bisul. Nasib baik cepat ke klinik.Dari dok berteka teki susah hati.

  2. seram kan terutama benjol ni. Pernah dulu masa bujang rasa sakit tapi sebab malu tahan je, tapi akhirnya kerisauan lagi kuat. gigih jumpa doktor nasib tak ada apa-apa

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: