Cara penjagaan fiddle fig indoor plant.
Hai korang pencinta pepokok indoor dan outdoor!! Boleh gitu? Hahaha..Dah 3 minggu mood I terlebih happy. Sebab apa? Sebabnya kat rumah kita dah ada pokok fiddle leaf fig indoor plant!! Yeay!!! Dah lama sangat saya mengidamkannya.

Pokok ni saya beli pada 18/8/2019. Nampak segar bugar kan? Saya beli pasu baru dan minta orang di nursery tu tukarkan ke pasu hitam tu. Dia tambah tanah hitam dalam 1 beg lebih kurang. Hmm memang beratlah, tapi I datang dengan shuben, so dialah yang carry the plant ๐
Plan awal nak beli pokok palsu
Dah berbulan-bulan saya survey pokok palsu atau artificial fiddle fig. Dari IG ke Shoppee ke SSF. Saya bandingkan harga dari saiz 120cm, 160cm dan 180cm. Konon kalau beli, nak tayang kat tetamu masa rayalah kan.
BACA > Pokok indoor di atas meja ofis
Ada yang murah, tapi kualiti pula berbeza-beza. Dan hampir dah nak beli yang artificial ni sebab mudah nak jaga. Tak perlu siram, tak payah nak baja dan tak risau ianya kiok atau mati ๐.
Fikir punya fikir dan bincang pula dengan husband. Makanyaย keputusan dah dibuat serta muktamad. Kita beli pokok hidup. Katanya bolehlah dapat oksigen lebih ๐. Tapi memang betul pun kan?
Dan harga pun tak mahal. Oklah saya ikutlah cakap suami. Ingat tagline kita,
“ikut cakap suami atau isteri, rumahtangga Insha Allah harmoni!!!”.
Gitteww!!!
Wei bela pokok hidup pun salah satu cara release stress kan. Tengok kehijauan dalam rumah, terus rasa tenang jek.
Beli juga fiddle fig indoor plant
Selepas kata putus dibuat, kami pun pergilah nursery kat area Sungai Buloh. Dekat je dengan hospital, ala dekat dengan Pusat Kawalan Kusta tu. Kat situ banyak juga pilihan pokok fiddle fig indoor plantย yang ada.
Harga pun berbeza-beza. Kena pandai cari, dan tawar menawar. Bukan ada pokok indoor je, pokok outdoor pun banyak sangat. Nak pokok tanam kat tepi laman? Dalam pasu? Pokok gantung? Semua pun ada.

Kat penjuru tu saya letakkan fiddle fig tu. Tepi dengan pintu ke taman. At least boleh buka pintu dan dedahkan si pokok dengan cahaya matahari. Setakat ni pokoknya memang sihat dan segar. Daun tu saya lap dengan kain basah. Masa di nurseri kemain kotor dan berhabuk daunnya. Bila dah lap, emm bersinar ๐

Ini pandangan waktu siang. Memang cukup pencahayaan di waktu siang. Gambar ni saya ambil pada 9/9/2019. Bertahan ya si pokok hahaha
Harga pokok fiddle fig
Belek punya belek, cari punya cari, terjumpalah si pokok idaman hati. Suami terberkenan indoor plant yang lain. Saya tak membantah, tapi muka dah sedikit mencuka. Akhirnya pokok fiddle fig juga yang tetap dibeli ๐๐.
Harga pokok fiddle fig hidup tu RM60 tapi dapat RM55. Pasu hitam tu pula harga RM25.
Saya pun tanya pada si penjual pokok macamana cara jaga fiddle fig indoor plant ni?.
Sebab indoor plant kan. Risau juga kalau kurang atau terlebih itu dan ini. Nanti mati ๐ญ.
Cara penjagaan pokok fiddle fig plant

Elok hijau daunnya kan. Memang tahan tak gugur sejak beli. Dah hampir sebulan dalam rumah ni, memang tahan hayatnya
#1 Pencahayaan
Katanya pokok ni walau tanaman indoor tapi masih perlukan pencahayaan. Misalnya letak di tepi tingkap atau pintu rumah, tapi buka langsir untuk pencahayaan. Kalau korang perasan pokok ni macam pokok ketapang pun ya kan.
Kalau rumah korang kurang masuk matahari, perlu dedahkan pokok ni pada matahari dalam 1-2 kali seminggu.
#2 Cara siram indoor plant
Siram 2 ke 4 kali seminggu sahaja tau. Tak perlu siram hari-hari. Senang kerja kan, kalau nampak tanah tu macam lembap, tak perlulah disiram.
Dia yang penting tanah tu kena nampak lembap, jangan kering. Macam manusia jugaklah, kalau kurang air dehydrated. So samalah konsep macam pokok.
Jangan sampai tanah nampak kering ya. Jangan terlebih siram air pun ya. Sebab kalau terlebih air, akar pokok akan rosak dan pokok boleh mati.
#3 Kekerapan membaja
Dan pokok ni juga perlukan baja tau. Baja daun tu letak 2 minggu sekali pun dah ok. Saya juga ada terbaca, kalau nak siram dengan air basuhan beras pun boleh.
Ha senang kan nak cara jaga fiddle fig ni. Alhamdulillah setakat hari ni, masih lagi segar dan bertahan nampaknya. Seronok jaga pokok hidup ni rupanya, tak susah. Kalau betul cara jaga pokok fiddle fig, memang panjanglah umur dia :).
Info yang bagus dan harga pun menarik.. AM pun letak pasu kat balkoni la.. Mesti nampak menarik..
๐๐๐
lebih kurang je rupa fiddle leaf ni dgn pokok viral yg daun mcm pokok pisang tu. memang cantik pokok simple gini buat hiasan. rasa segar mata memandang. btw, cantiknya tema warna living hall tu..merah! i like.hehe
My mom sukalah tanam pokok2 ni. Kena rajin jaga jugak kan? Kalau lupa siram habislah. Tapi bagusnya pokok ni sejukkan rumah kita. Mak cerita pokok juga berzikir untuk kita setiap masa
Beli haritu, okay lagi pokok ni walaupun kadamg lupa siram haha hope sihat sihat je la
Menariklah pokok tu, cantik..
Tapi ni yang rajin nak menjaga, bolehlah beli n jaga elok2, mcm kak pip ni memang tak lah rajin mana bab jaga2 pokok …
Mmg berkilatlah daun tu, mesti happy pokok tu dijaga dgn penuh kasih sayang.
Wahh.. bagus share tips penjagaan indoor plant ni.. Dilah pun teringin nak letak pokok dlm rumah.. masih survey2 lagi ni..
Sangat menarik! Dulu ada jugak pokok indoor kt rumah. Tapi bila ada kucing, tau2 jee lah hahha. Habis pokok tu dikerjakannya. Thanks share ya.
Memamg srronok kalau ade pokok hijau dalam rumah.. Tennag je.. Tapi and tak leh la jaga pokok hidup.. Takut mati je.. Hahaha.. Kalau pokok hidup letak luar jela.. Hehehe
wah, cantiknya…kena rajin lah yer bila tanam yang hidup ni.
Adanya pokok sebegini mesti kena rajin jaga kan. Kena selalu bersihkan kalau tak memang jadi perangkap habuk kan. Kalau Rawlins memang sejenis kurang rajin hahaha
Bestnya tanam pokok dalam rumah. Teringin jugak nk ada pokok dlm rumah. Tp risau bab penjagaan tu. Tapi klau mcm ni simple dia boleh la try cari nnti.
wah. suka juga dengan pokok ni. Rasa macam segar dan bersih je rumah bila ada pokok hidup n warna hijau ni kan. ainey pun ada bela pokok hidup juga dlm rumah tp pokok kecik je lah letak dekat sinki. senang nak siram haha. Nanti ada rezeki nak tambah koleksi jgk.
Tq share. Boleh forward article ni kat suami. Bodek cara berilmiah gitew hehehe. Nur mmg suka ada pokok hidup dlm rumah, terasa hidup je rumah kita tu. Tp maklumlah ade anak kecik ni, haishhhh kene meeting dulu dgn suami ni hahahaa
walaupun tak minat tapi bila baca entry ni timbul rasa minat nak letak pokok dalam rumah…lagi dah siap dengan cara penjagaan . kalau tak mau hari ni hidup esok dah mati sebab tak pandai jaga…tq infonya
oh. cantik and satu idea yang bernas. cuma mungkin ruang rumah mek sempit so mek tak berpeluang nak letak tumbuhan macam ni dalam rumah.
BBL pun minat pokok ni..yup macam pokok ketapang jugak tapi bukan spesis sama. kat ikea selalu sold out pokok ni. oh murah betul compare harga ikea eh. insyallah BBL nak jugak beli pokok ni satu. suka tanam pokok indoor sejak duduk rumah sendiri ni hehehe
Ooo sejenis pokok yang sesuai ditanam indoor ye… Buah tin pula tu. Mudah-mudahan ada keberkatannya memelihara pokok fig dalam rumah. Nampak bersinar betul daunnya. Pandai jaga :-).