Hello hello hai!! Terkejut baca tajuk tu kan? Saya lagi terkejut bila suami jadi contact rapat!!
Hari ni hari ke 4 Selangor under PKPB. Anak-anak dah seminggu tak ke sekolah, dan yang bagusnya pembelajaran masih diteruskan.
Sapa kata korang bebudak boleh senang lenang duduk rumah?? Wajib buat homework lah ceritanya. Bagus juga at least diorang ada aktiviti selain menghadap TV dan gajet lain.
Lepas tu terfikir lamanya dah tak bercuti.
Hari ke 3 PKPB (16/10/2020)
Ni cerita hari Jumaat lepas. Masuk hari ke 3 saya WFH. Bagus juga bekerja dengan guna sistem ni. Kat mana-mana pun masih boleh access. Suami masih bekerja macam biasa.
Dia kerja construction, jadi memang cara kerjanya memang memerlukan untuk pergi ke site. Walau gaji kene potong, tapi setakat ni semak akaun gaji masih ada duitnya. Syukur.
Jam 4 petang sambil tengok TV, tetiba suami call. Nada suara tu memang buat saya berderau darah. Sangat ingatkan ada kes kematian.
Suami : Ju, ni ada berita tak baik lah.
Saya : Ya Allah kenapa ni bang?
Suami : Jiran kita, Haji XXXXX positif Covid19. Abang kan kayuh basikal dengan dia Ahad lepas (11/10/2020).
Mak aih rasa luruh jantung mak bila suami jadi contact rapat jiran yang +ve Covid19. Terus berdebar dan rasa tak tentu arah. Tetiba rasa sakit-sakit badan dan sendi. Sakit kepala. Panik habis. Memang psiko betul 😅.
Saya bagitau bos dan kawan pejabat saya tak dapat follow jadual Work From Office next week. Saya bagitau cerita tu dan syukur diorang paham. Dan of course saya pun tak nak sebarang kemungkinan berlaku pada diorang disebabkan saya puncanya. Nauzubillah.
Tiada simptom gejala

Selain banyakkan minum air masak, kami juga ikhtiar dengan makan habbatus sauda

Kami pun ambil Vitamin C. Kerapkan cuci tangan, berkumur dan guna sanitizer
Tapi kan saya tanya jugak suami, jiran kami tu ada simptom ke? Katanya TIADA. Memang jiran tu rasa sihat je, tak sakit tekak, tak batuk tapi badan je rasa nak demam. Itupun sikit jela. Maksudnya memang betullah virus ni takde simptom yang ketara.
Suami pun setakat ni Alhamdulillah tiada sebarang tanda yang mencurigakan. Sebab dia duduk bersebelahan masa singgah minum waktu diorang berbasikal bersama sekumpulan tu.
Kami pun jaga-jaga jugalah. Memang kerapkan cuci tangan, pakai sanitizer.
Ambulan datang ke rumah
Jumaat, jam 7.45 malam. Pak guard perumahan kami ada update dalam group whatsapp yang ambulan ada masuk ke area perumahan. Dan ambulan tu terus hantar jiran kami ke Hospital Sungai Buloh untuk kuarantin.
Sebenarnya memang hal ni tak dihebohkan dalam whatsapp group kejiranan kami untuk jaga emosi si pesakit. Cumanya adalah peringatan diberi sebab dah ada kes kat sini kan.
Biasanya waktu petang, ada je anak-anak yang main kat luar rumah ni. Sambil saya tengok pokok. Tapi sejak kejadian ambulan datang tu, dah takde tengok diorang kat padang permainan tu.
Berjangkit dari bos di tempat kerja
Jiran tu katanya berjangkit dari bos di tempat kerjanya. Saya rahsiakanlah tempat kerja tu ya. Kronologi and tu lebih kurang macam ni.
14hb Okt – Bos nya dikabarkan +ve Covid
15hb Okt – Jiran buat test sebab dia ada contact rapat dengan bosnya.
16hb Okt – Jiran tu dapat result +ve Covid
KKM andaikan dia kena jangkitan pada 2hb Oktober, dan pergi kayuh basikal pada 11hb Oktober dengan geng-geng jiran kami. Saat ni memang saya ingatkan suami untuk terus buat swab test.
Kos Swab test di MSU Medical Centre.

Ramai yang buat test ni, husband kata beratur panjang dah sampai AEON

Semoga dieprmudahkan urusan frontliner kita ni, dan harapnya result ujian ni -ve lah hendaknya. Husband kata ramai dari pekerja Proton yang datang buat test
Sabtu. 8.30 pagi suami terus ke MSU Medical Centre untuk buat swab test. Dan kosnya RM280 per person dan bayar guna Debit Card. Suami ajak saya sekali.
Tapi saya kata biarlah dia yang test dulu. Dan saya berdoa moga resultnya negatif. Dan yang penting kami semua masih kuarantin kan diri di rumah. Memang tak ke mana-mana pun sejak PKPB dikuatkuasakan.
Saya paling kesiankan anak-anak yang masih kecil ni. Janganlah kami diuji Ya Allah. Saya fikir macam-macam dah. Dan sentiasa berdoa Allah lindungi kami, dan lindungi kita semua dari sebarang jangkitan.
Husband kata swab test sakit bila dicucuk di hidung. Dia tu dahlah sinus, balik rumah terus selsema hahaha. Kesian betul shuben kita ni. Takpela minggu depan bolehla rehat kat rumah.
Kita kuarantin bersama-sama sambil menunggu result swab test tu 😄.
Uishhh, berdebor jugak ni.. Moga segalanya baik baik je ye… Amin
Selangor PKPB balik, sy pon dpt WFH 2 hari utk 2 minggu, mmg menakutkan bila dpt tahu family kita jd contact rapat, kena swab test jgn tak pergi… Nak tahu keputusan je kan, moga dijauhkan keputusan yg tak diingini yea, teruskan norma baharu. Moga dilindungi Allah.
Hopefully the result will be negative.
Ya Allah seramnya. Bila tahu ada orang terdekat kena mula lah cuak je kan. Moga satu keluarga sihat dan bebas Covid ya
Moga baik2 belaka. Risau jugak sekarang sbb skrg kadang wat test kali ketiga br tau result positive..pulak2 skrg dah jenis mutasi kan..so jaga diri dan moga semua sihat sejahtera
Semoga dijauhkan dari perkara yang tak diingini. Harapnya tiada perkara-perkara yang tak dikehendaki berlaku. Takut juga rasa nak jumpa orang
sekarang ni, mmg vitamin c diperlukan.. sbb utk badan kita ni.. even yg tadak contact rapat pun kena jaga.. apatah lagi yang contact rapat kan… take care tau
seram memang seram sebab itulah sebaiknya habis jer buat aktiviti luar terus balik mandi sebelum jumpa orang2 lain….ambik vitamin c setiap hari pun membantu juga ….
InsyaAllah semuanya akan ok
Allahu, mudah-mudahan negatif laa resultnya tu nanti kan Aamiinn..insyaAllah moga semuanya baik-baik je..Kalau takde sakit berat sedia ada insyaAllah tak high risk untuk teruk etc kan..apa-apa pun hopefully negatif laa result tu, ngeri pulak fikir budak2 nanti nk kena swab test tu kan huu..
Sama kesnya dengan adik Sis juga, anak dia sek sama sekelas dengan budak yang positif tu, dah buat test dan kena kura ntin sekeluarga..result dah keluar, alhamdulilah negetif…
wah! macam kebetulan pulak ! khai pun buat dekat situ dan ada share harga dan pengalaman buat dekat MSU. cuma husband akak murah sikit mungkin time covid tengah tinggi , khai buat aritu rm388
Scary juga..saya pun risau sangat sekarang dan ambil banyak precautions.
Harap negative lah resultnya. Take care aju & family
seramnya, semoga result negatif lah nanti. Bagus ikhtiar sis tu untuk tingkatkan imun badan selain dari bersihkan luaran macam saranan KKM. Stay strong ye sis
Sekarang ni penyakit Covid ni makin bijak mereka tahu menyorok dan menyerang manusia bila kita lemah jer hehehe sebab kebanyakan mereka tak ada tanda dijangkiti covid dan susah nak kesan hanya melalui Swab test jer… Harap Malaysi di jauhkan daripada penyakit ini lah risau..
memang sakit ya nak buat swab test tu. terseksa sangat. sy dah pernah alaminya sendiri.haihhh bila ntah nak hilangkan covid nie
Moga dipermudahkan urusan sekeluarga ye. Memang takut lagi2 sekarang nie jumlah makin mencanak naik. Teruskan #KitaJagaKita
Semoga semuanya baik2 saja..
Risaunya.. Nak keluar pun takut2 dah sekarang nI. benda bukan boleh nampak dengan mta kasar..kan?
kena hati2 lah semua..
Uish ngeri dengar. Simptom tu bergantung pada orang. Yg antibodi kuat mungkin xbyk simptom. Hopefully result negative la. Take care.
Alamak rasa mcm baca novel seram plak sis. Semoga takde apa2 la ye. Za doakan supaya korang sihat2 je. Jaga diri sis
Saya faham sangat perasaan bila dapat call tue.. Bulan 2 sebelum PKP dah kena… Tapi masa tue takde serious sangat lagi sbb generasi ke3… Setiap hari kena monitor temperature, vitamin C memang tak tinggal.. Syukur 1st gen negative semua test bru kami 2nd gen and 3rd gen terlepas dari buat test…
Bergetar tubuh dengar sharing sahabat pasal SwabTest and all that. Madam doakan rakan bloggers dan semuanya dilindungi Allah Ya Muhaimin. Utk supplement boleh makan smart molecule = Transfer Factor dan amalkan zikir paling mudah ingat…
A’uzubikalima tillahit tammati min syarrima kholaq.
(Aku berlindung dgn kalimat2 Allah yang Maha Sempurna dari kejahatan makhluk ciptaanNya.)
Wallahualam. InsyaAllah.
Memang akan terkjut bila jadi kontak rapat orang positif ni.. Kita tak tau kan sebb takde simptom.. Jadi nak taknaak kene buat swab test tu. Semoga result negatif dan baik2 sahaja
Omg.. that is why during CMCO or MCO i try not to reduce contact with others to stay safe. Kita tak tau kan so its better to prevent.