Korang pernah ada pengalaman mata bayi bertahi? Atau lebih tepat mata bayi berair dan bertahi mata??
Anak kelima saya ni sejak lahir lagi mata kirinya dah nampak berair. Bila berair, lama kelamaan ianya akan jadi bertahi mata kekuningan.
BACA > Pengalaman bersalin anak ke 5
Dah nampak comot sangat. Setiap hari mesti kene cuci dengan kain dibasahkan air suam. Sebab kalau lap tanpa letak air, nanti matanya jadi merah melecet. Kesian saya tengok.
Saya buntu juga sebab ingatkan ianya akan hilang dalam masa beberapa hari. Tapi masih juga berair sampailah umurnya 5 bulan.
Lama kan?
Selama itu jugalah kami kene selalu cuci matanya. Kekadang kesian tengok sebab bila hantar rumah pengasuh, saya ambil dari kerja tu nampak comot je anak saya.
Hahaha walau pengasuh dah mandikan tetap bertahi mata. Saya pun faham, takde hal lah tu.
Pelbagai tips saya cuba termasuk titiskan susu ibu
Macam-macam dah saya buat di rumah. Cuci dan lapkan dengan tuala yang diletak air suam, titiskan susu badan dalam matanya.
Tapi tetap matanya masih berair.
Ada orang kata bagi minum air kelapa sebab panas dalam ni, tapi saya tak cuba pun petua tu.
Setiap kali jumpa doktor untuk check up Ammar, doktor kata ianya bukanlah perkara serius dan titikkan je ubat mata yang diberikan doktor.
Tapi saya tak titiskan pun ubat tu, degil punya mak ko ni ya hahaha. Saya tak ikut nasihat doktor supaya titikkan ubat mata tu sebab saya risau kalau-kalau jadi penyakit lain pula.
Nasihat doktor tentang mata bayi berair dan bertahi
Sehinggalah satu hari tu saya bawa Ammar ke klinik sebab nak dapatkan imunisasi 5 bulan Ammar. Doktor perempuan ni kata baby dia pun pernah ada pengalaman macam ni dulu.
Bila dengar macam tu rasa nak melompat happy sebab akhirnya ada orang sama masalah macam anak aku hahaha.
Tapi apa yang saya suka adalah penerangan doktor ni sangat details tak macam doktor yang saya jumpa sebelum tu.
Saya suka betul cara doktor ni terangkan satu persatu tentang permasalahan negara saya ni. Berbulan okay, bukan jangka masa yang pendek untuk saya dapatkan solusi terbaik untuk baby.
Kenapa mata bayi berair dan bertahi? Okay mengikut kata doktor ni macam ni.
Apa yang sebabkan mata bayi berair dan bertahi adalah kerana disebabkan saluran tepi mata yang tersumbat dan menyebabkan mata berair dan terjadilah bentukan tahi mata.
Barulah saya faham, sebab saya tak pernah google tentang ni.
Jadi apa yang ibu bapa boleh lakukan adalah :-
-
Bersihkan mata bayi dengan kain lembut dan gunakan air suam. Lap mata bayi dengan hati-hati dan lakukannya 2 kali sehari. Pastikan lap perlahan-lahan supaya tak melecet. Kulit bayi kan nipis.
-
Gunakan jari anda dan urut bahagian tepi dan bawah mata bayi, dan di batang hidung mereka.
-
Lakukan dengan hati-hati dengan lembut dan sebaiknya supaya tidak tercucuk dalam mata bayi anda.
Itulah ikhtiar saya lakukan. Dan doktor ada bagitau jangan risau sangat kalau mata bayi berair ni sebab bila bayi membesar, saluran airmata ini akan turut membesar dan ianya akan kembali normal seperti anak-anak lain.
Tapi jika ianya masih berterusan, minta korang jumpa terus dengan doktor ya. Dan jangan lupa sentiasa berdoa dan ikhtiar.
Bersihkan mata bayi seeloknya. Biar nampak comel je.
Selepas 8 bulan berlalu

Ammar dah pun 8 bulan, dah elok pun matanya tu
Dan Alhamdulillah bulan ni genap umur Ammar 8 bulan, dan saya perasan bila umur Ammar dah masuk 6 bulan masalah mata bayi berair sudah mula tiada, Alhamdulillah.
Berkesan nampaknya urutan yang saya amalkan untuk baby Ammar.
Cara urut mata bayi berair
Saya kongsikan juga cara saya urutkan mata kiri Ammar ya. Urut perlahan dan jangan terlalu kuat risau menyakitkan mata anak korang. Berkesanlah cara ni nampaknya kan.
Kene rajin dan konsisten urut mata bayi berair ni. Tapi saya ingatkan lagi jangan urut terlalu kuat ya. Just perlahan-lahan je.
Urutan ni diajar oleh doktor perempuan yang bagi nasihat berkesan tu.
Alhamdulillah bagi saya urutan ni memang menjadi. Dan kene rajin je lah untuk buat atau tidak. Saya selalu buat selepas anak mandi atau sambil tengok tv gitu.
Pada saya selagi cara tu tidak memudaratkan atau mencederakan anak, kita boleh je usahakan. Siapa tak sayang anak wei. Binatang pun tau sayang anaknya kan.
Tapi kan, lamanya ibu Ammar nak publish entri ni ya hahahha. Dari umurnya kecik sampailah dah 8 bulan, barulah sempat nak publish. Huhu memang lama.
kira oklah sebab dah nampak kesan sebelum dan selepas urut gitteww!!! Itulah orang kata lain anak, lain pengalamannya. Sebab anak saya yang lain belum pernah ada pengalaman mata bayi berair dan bertahi macam ni.
Hmm apapun semoga anak ibu ni membesar dengan baik dan sihat.
Ibu ammar nak pastikan entri ni betul betul berkesan baru publish
sebab tu lama ajumohit nak terbitkan
Rasanya orang dewasa pun boleh buat ni
Kalau ada masalah tahi mata banyak
urut kawasan ni
Alhamdulillah…. akhirnya masalah pada mata Ammar berjaya di atasi..
Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman ni..
Thanks kak share info nih. Baru tahu. Bila mata baby bertahi kita risau kan. Kesian, nak nak bila tahi mata tu kering melekat bulu mata tu kat mata.
bagus entri ni.. boleh jadi panduan buat ibu2 yang buntu
Alhamdulillah syukur, risau juga kalau selalu sangat berair dan penuh dengan tahi mata, takut ada penyakit kan Aju?
Bagus ada panduan macam ni kan sis aju
Anak anak kecil lagi
Bagus tips ni sis. Mungkin ada ibu muda yang menghadapi masalah yang sama.
Anak pertama tak de masalah ni.Anak kedua ada. Kadang2 sampai tak boleh buka mata. Tak tahu pulak ada urutan khas untuk ni.
Thanks for the tips. Definitely useful for parents with little ones. 😀
Syukur alhamdulillah,sya da dpt cari cara mengetasi mata bayi berair dan penuh dengan tahi mata,sya ada rsa takut juga baby sya dari mula baru lahir hingga lah umur nya skrg 2 bulan lebih masi juga mata nya berair dan menjadi tahi mata, so kita sebagai ibu² ni rsa risau juga, terima kasih ibu ammar kongsi ilmu ni,sya fikir anak sya je mengelami mata berair dan tahi mata ni.