January 20, 2021

Harga Set Corningware dan periuk vision di Langkawi

20131222-162244.jpg
Rams di Pekan Kuah Langkawi

Ok entri kali ini saya nak kongsi dengan korang harga set corningware dan periuk vision di Langkawi. Bila sampai di Langkawi hati ini membuak-buak nak tengok pinggan mangkuk dan coklat. Kata orang kalau dah sampai sini, tak sah kalau tak memborong pinggan mangkuk.

Saya dah lama mengidam nak beli set Corningware, tapi tengok harga kat KL jauh beza dengan di Langkawi. Jadi bila dah sampai Langkawi, tak masa nak tengok-tengok dah terus grab je.

Menyinggah di Rams

Antara kedai popular di Pekan Kuah yang menjual barangan ini ialah Rams yang letaknya berhampiran di Kompleks Pekan Rabu, Kompleks Haji Ismail Group dan Idaman Suri.

Saya survey harga dan bila dah confirm pilihannya terus bayar je. Huhu nanti survey banyak kali terus pening sebab semuanya cantik-cantik belaka. Waktu saya pergi ni, hari Rabu dan tak ramai sangat orang waktu. Bolehla nak tengok-tengok dan buat perbandingan harga.

20131222-162251.jpg
Semua cantik-cantik belaka

Semua pun berkenan

Kalau ikutkan memang nak beli macam-macam. Tapi duk memikir luggage tu 40kg je, jangan meraban beli ikut nafsu ye kak ton. Tengok kuali nak beli, tengok set pisau nak beli, tengok itu ini semua nak belilah. Hehehhehe tengok nafsu kan, jadi sabor ye, kita dahulukan yang utama dulu ;).

Kalau korang bandingkan harga set ni zaman dolu-dolu memang jauh bezanya dengan sekarang ni. Bezanya dulu muda mudi lagi, jadinya jiwa mak-mak belum terbit di dada, so bila anak dah 3 barulah jiwa mak-mak muncul, hmmm time ni pulak mahal regenya.

Nak taknak belilah jugak, teringin…Lagi satu saya suka masak, jadi memang eloklah beli dari memendam rasa je nanti ;).

20131222-162258.jpg
Pemanggang Ajaib sangat

Teringat pesan mak

Mak saya pesan,

“ekau boli pomanggang ajaib tu Ju, elok bonar mak masak guno tu, ekau boli kek sano murah”.

Ohoiiii mak den, eden memang nak boli tapi bilo memikir nak ngusung ea tu karang, den lupokan niat murni tu.🤣. So saya taklah membelinya. Bila dah sampai KL, teringat-ingat, kalau mak saya tahu  ni, mesti kene bebel doplohpatjam hehehhe.

20131222-162305.jpg
Tu dia!!!! Tu dia!!!

Kaki saya ni ringan je melangkah tengok set pinggan mangkuk dan periuk kaca tu. Geram rasa nak borong semuanya hehehe. Sabar-sabar..Suami saya tunggu di luar je, dia tahu saya ni jenis tengok kejap, pastu pusing tempat lain, datang lagi, pusing lagi.

Semak kepala dia menengoknya, jadi dia redha tunggu kat luar dengan anak-anak :). Aman je rasanya membeli belah dengan begitu konsentrasi sekali.

20131222-162311.jpg
Nampak tak? Geram tengok
20131222-162317.jpg
Ecececehhhhh inilah idaman hati saya
20131222-162323.jpg
Saya beli yang buah plum purple tu RM389 phewww

Baru puashati bila dah dapat apa yang dingidamkan tu. Pendek kata barulah lena tidur malam Kak Ton. Kat kaunter bayaran nanti kita boleh suruh cashier bungkus berlapis dengan surat kabar. Biar cantik molek sebab nanti nak bawak masuk flight.

Saya risau juga kalau pecah ke apa kat tempat bagasi tu nanti. Dan jangan lupa mention kata barang tu barangan kaca masa nak check in nanti ye. Dan diorang akan letak fragile sticker kat situ. Dan bila sampai di rumah terus saya check barangan Corningware ni dan Alhamdulillah keadaannya elok-elok sahaja.

Kompleks Haji Ismail Group

Kebanyakan design yang ada di Rams tiada di kompleks HIG ni, tu yang saya beli je di Rams. Tapi kalau coklat, emmm pilihannya banyak di HIG ni. Terbahekk sangat 😉

20131229-073119.jpg

20131229-073127.jpg

20131229-073133.jpg

20131229-073140.jpg

IKLAN: JOM MEMBELI BELAH DI BUTIK ALIANAJIHA!!!

FB : https://www.facebook.com/ButikAlianajiha
IG : instagram.com/butikalianajiha/

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

17 thoughts on “Harga Set Corningware dan periuk vision di Langkawi

  1. Wah..seronok la Aju shopping di Langkawi..memang dengar cerita murah2 set pinggan mangkuk kat sana..

  2. Waaa best nyer semuanyer pinggan corelle i loike…nak jugak..biler nak gi langkawi nih…kalo saya mau berejam duk kedai tu belek2 lepas tu berangan..dapat beli satu set pun jadi la..hehe

  3. Kalau naik flight memang ada batasan sikit nak memborong. Kalau naik kereta tak tahu la macam mana gamaknya. Haha

  4. Barang pecah belah (kebutuhan dapur) di sini banyak dan sangat lengkap
    Kalau saya ada di sana sudah borong banyak tu hehehe 😀

  5. Set mangkuk ppum mcm u bli tu skrg ade offer kat member jual… Rm290… 5bradik… N comell set smua murah2 dr rais… Stock clearance

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: