Proses Pertukaran Sekolah Rendah .
Alhamdulillah prosedur pertukaran sekolah rendah anak-anak sudah diluluskan oleh Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling. Dan paling seronok saya sudah pun selamat mendaftarkan mereka ni ke sekolah yang baru.
Proses yang diambil agak cepat dan pantas!!
Saya amat berpuas hati dengan prosedur tukar sekolah dan layanan yang ditunjukkan baik dari pihak sekolah mahupun PPD. Semuanya senang dan mudah je, Alhamdulillah ;).
Bagus-bagus tingkatkan prestasi dan kekalkan perkhidmatan yang baik ini dan berterusan ya.
4 Langkah Awal Proses Pertukaran Sekolah Rendah
1. Dapatkan info dari sekolah asal
Bersyukur juga sebab punya adik yang bekerja di sekolah, jadi saya banyak merujuk kat adik tentang prosedur pertukaran sekolah semua ni. Saya banyak dapatkan info dari sekolah asal contohnya borang apa nak kena isi?
Berapa lama proses? Adakah saya perlu sediakan surat pertukaran sekolah? Dan info dari pihak pejabat sekolah asal memang membantu.
Bukan apa, biar sekali buat tu dah tahu apa keperluan dan borang yang perlu diisi, jadi taklah perlu dua/tiga kali ulang alik sekolah. Dan kalau anda tak tahu nak rujuk prosedur ni, boleh dapatkan info dari sekolah asal, itu yang terbaik.
Sebab kita ni tak tahu, jadi orang kata kalau malu bertanya sesat jalan. Jadi bila kita banyak bertanya kita dah ada idea apa yang patut kita lakukan seterusnya.
2. Alasan pindah sekolah baru
Kenapa nak tukar sekolah? Owh alasannya nak pindah rumah baru kekdahnya ;). Kasihan juga pada anak-anak ni, dah punya ramai kawan di sekolah lama ni, sekarang kene cari kawan baru. Ibu harap korang dapat sesuaikan diri ya.
BACA-> Beli kelengkapan sekolah di Pusat Pakaian Hari-Hari
Apa yang perlu buat?
Ok pertama sekali korang perlu survey sekolah yang paling dekat dengan rumah baru. Saya survey dengan call je sekolah ni. Dan saya dapatkan no telefon dari Google.
Dekat ni maksudnya mudah untuk anak-anak ke sekolah dan possibility untuk ditempatkan di sekolah baru tu adalah tinggi.
Sebab pihak PPD pun akan semak sekolah yang paling dekat dengan rumah.
Juga tanya kat sekolah baru tu masih ada kekosongan atau tidak? Kalau boleh dapatkan info untuk 1 ke 2 buah sekolah pilihan yang berdekatan dengan rumah baru.
Bukan apa in case tak dapat pilihan sekolah pertama, kita masih ada peluang untuk pilihan sekolah kedua.
3. Isi borang tukar sekolah
Ok bila dah pasti dan yakin, bolehla ke pejabat sekolah lama dan isi Borang Pertukaran Sekolah.
Mudah je nak isi borang ni. Asalkan anda dah ada maklumat yang saya cakap di atas.
Antara maklumat yang diperlukan ialah, nama dan butiran anak, alamat rumah yang baru dan 2 pilihan sekolah yang kita inginkan. Borang tu kemudian akan diserahkan semula kepada kerani sekolah untuk ditaip semula.
Borang tu nanti Guru Besar pula kena tandatangan dan sahkan.
4. Dapatkan info dari Guru Kelas
Juga jangan lupa hubungi Guru Kelas anak-anak untuk mereka menyediakan Fail Peribadi anak-anak untuk diserahkan ke sekolah baru. Selepas seminggu Borang Pertukaran Sekolah siap ditaip dan disahkan oleh Guru Besar.
Seterusnya bawa borang tersebut ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan.
Owh ya borang tu ada 4 salinan, 1 salinan diserahkan pada PPD, 1 salinan kepada sekolah baru, 1 salinan kepada sekolah lama (setelah disahkan oleh PPD) dan 1 salinan kita simpan bebaik ya ;).
Dan kemukakan juga salinan dokumen di bawah ini ya.
DOKUMEN URUSAN
PERTUKARAN MURID WARGANEGARA YANG PIHAK SEKOLAH PROSES DAN KEMUKAKAN KEPADA PPD/JPN
1. Salinan Borang P.U.(A) 275 Jadual iii (diisi pihak sekolah)
2. Salinan surat beranak anak
3. Salinan IC anak dan ibubapa atau penjaga
4. Salinan surat nikah
5. Surat hak jaga anak (kes cerai)
6. Surat anak angkat (jika anak angkat)
7. Salinan bil mengikut alamat di kediaman baru
Proses di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Petaling
Berapa lama nak tahu keputusan semakan pertukaran sekolah selepas semua dokumen lengkap?
Owh sekejap sangat. Semasa pergi ke PPD, memang ada kaunter dan nombor giliran disediakan untuk semua individu yang mahu menukarkan sekolah anak-anak.
Sebaik sahaja nombor giliran saya dipanggil, saya terus ke kaunter, saya serahkan borang pertukaran sekolah dan petugas terus menyemak penempatan secara online.
Dan Alhamdulillah mereka memberitahu di sekolah baru tersebut masih ada kekosongan dan anak-anak saya sudah mendapat tempat di sekolah baru.
Prosedur pertukaran sekolah secara ringkas
- Dapatkan borang pertukaran sekolah di sekolah semasa.
- Lengkapkan borang serta hantar kembali borang tersebut beserta sijil lahir murid ke sekolah semasa untuk pengesahan Guru Besar
- Dapatkan tandatangan Guru Besar dan cop sekolah semasa.
- Hantar borang permohonan dan sijil lahir murid ke Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) mengikut daerah sekolah yang baru untuk disahkan.
- Pihak PPD akan menyemak penempatan bagi sekolah yang dipilih. Jika terdapat kekosongan, permohonan pertukaran sekolah berjaya dilakukan.
- Sekiranya tiada kekosongan, semakan akan dibuat pada pilihan sekolah kedua, dan seterusnya ketiga.
Pengalaman pindah sekolah
Zaman canggih, sekarang semuanya dilakukan secara online. Petugas akan menyemak penempatan di sekolah baru dan jika ada kekosongan, anak-anak anda terus disahkan tempatnya di sana, Alhamdulillah ;).
Lega hati ibu abah bila proses pertukaran sekolah rendah anak ni selesai, almaklumlah pertama kali pindah sekolah :).
Sekarang ni nak pastikan anak-anak ke sekolah baru dan dapat menyesuaikan diri dengan kawan-kawan baru, Ya Allah permudahkanlah segalanya, kepadamu sahaja tempatku memohon pertolongan, dan segalanya nampak berjalan dengan baik Alhamdulillah.
Bagusnya info ni..nk letak bookmark la
Jemputlah ke blog saya #projek2ribu
Alhamdulillah…terime kasih share…saya bru lepas kematian suami…jd nk pindah ke rumah mak saya…jd kena la bawa ank2 sekali…terime kasih atas perkongsian yg sgt detail…
Wah…rumah baru tu…hehehe…Thanks for sharing aju.
Sangat leceh baca rententan prosidur. Zaman IT sepatutnya semua urusan semakin mudah dan cepat.
Pengalaman daftar anak tahun 1 tidak banyak beza. Perlu daftar secara online kemudian perlu menghadirkan diri untuk menghantar borang yang telah mendapat pengesahan ketua penduduk dan hantar ke sekolah yang ingin didaftar.
Nanti dah x de kawan opis yang berdekatan. Hu hu hu. X bestnya.
mudahnya kena ada ornag kenal dalam baru tahu cara dan prosuder yang betul ya..
Banyak juga kerja nak tukar sekolah nie ek.
bagus ni..boleh dijadikan panduan if anak nak tukar sekolah nnt..
harap seronok la anak2 anju di sekolah baru jumpa ramai kawan baru nnt.. 🙂
Masuk rumah baru ye…alhamdulillah…
Memang begitu prosedurnya sekarang Aju. Tak macam zaman kita dulu2, boleh redah jer hihihi … by the way, tahniah masuk rumah baru. Confirm condo mewah ni 🙂
terima kasih keran berkongsikan info yang menarik ini.
Yup..kalau tak diceritakan dari a sampai z bab ni memang susah la kan..kita yang jadi kena ulang alik ke tempat yang sama aje..
Good info Aju….. I found ur blog when googling search of how to transfer my kids down town KL from Kota Bharu.
It may take place rite after school break dis June.
U laid down very useful information regarding documents needed to be issued to da respective schools. Thumbs up mom! Neway thank you for sharing.
tq sis nije, glad to hear that the info is useful and may Allah ease everything
Assalam,
nak tanya, sebaik-baiknya waktu bila yang sesuai buat prosedur ni? saya nak tukarkan anak sekolah untuk tahun 2016, perlu buat seawal bulan Jun atau boleh diuruskan dalam bulan Oktober – Disember? dan perlukah kita ke sekolah baru untuk daftar di sana terlebih dahulu?
Saya pun sama..utk sessi 2016. Dr batu caves ke Ampang. The informations given thru this blog are considered very useful to me. Thanks….
pn aina boleh cuba tanya pada pihak pejabat sekolah, yang tu saya tak berapa pasti
saya pun bercadang nk tukar kan ank sekolah dari rawang ke shah alam.utk 2017.dah blh ke buat pertukaran.
dah boleh mula buat pertukaran sis, minta hubungi pihak sekolah berkenaan ya
Thanks a lots Aju.
Good information.
ur most welcome 😉
Terima kasih atas perkongsian ini.. Saya pun sedang dalam proses nak pindahkan sekolah anak.. Memang tiada pengalaman lagi..
Jemputlah singgah blog saya http://zanariahkamal.blogspot.my 🙂
terima kasih kerana sudi singgah 😉
Anak Mama kecil kecil lagi
Tapi dah tahu cara memang senang
Sekarang ni satu kampung boleh ada 2 3 sekolah sebab kawasan perumahan banyak sangat
Terima kasih berkongsi prosedur pertukaran sekolah. Dulu semasa saya sekolah menengah selalu tukar sekolah, tetapi tak pernah rasa susahnya mengurus perpindahan sekolah. 2 3 tahun lepas, saya tolong adik pindah sekolah, baru rasa betapa susahnya urusan tersebut. Barulah rasa pengorbanan ibu ayah dulu.
Assalamualaikum,sis nak tnye…yg file student tu nnti kena bawak ke mase dkt ppd?ke file tu utk di bawa ke sekolah yg baru tu
waalaikumusalam puan, file tu tak perlu bawa ke ppd, yg tu perlu serahkan kpd guru kelas sekolah baru
Terima kasih
hello Aju.
thanks for shared this type of post. it is a very informative website though.
I would love to have you guys write for my stroller site https://kiddiesproduct.com/average-stroller-cost
Terima kasih kongsi benda ni. Sangat membantu untuk pertukaran sekolah anak saya.
sama2 puan, terima kasih atas maklumbalas ini 🙂
Sekiranye ibu bapa pada anak itu sudah bercerai….bukan ke mesti tànda tangan bersama dalam borang tu?
Ammi pun tengah berkira-kira nak pulang for good ke Seremban atau tidak…rasa macam dah lama berkira-kira huhuhu…
Tq for the info
Saya baca info sini la…mudah buat penukaran sekolah anak2 saya…cuma saya tak faham lepas selesai PPD tu…ada diorg bgtau tnggu cikgu sekolah baru tu call..berapa lama ya diorg akan call…sekolah nak dekat bermula bulan 3 ni….?
Alhamdulillah..sedang mencari info untuk tukar sekolah anak..
Terima kasih Pn..sudi kongsi..
InsyaAllah, moga dipermudahkan urusan Pn..