Resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan.
Hujung minggu ni memang masanya untuk asah skill memasak dan baking. Anak-anak dah besar dan semuanya suka masakan air tangan ibu. Jadi inilah waktu terbaik ibu nak mencuba resepi kek coklat kukus moist ikut sukatan cawan ni.
Bagi saya resepi kek coklat ni sangat simple dan cepat untuk disediakan. Kalau kata ada tetamu nak datang, ini antara menu pencuci mulut yang akan saya buat dan hidangkan.
Bagi yang tidak suka rasa kek begitu manis, boleh kurangkan sukatan gula. Contohnya saya gunakan gula 1/2 cawan instead of 1 cawan. Rasanya just nice.
Bahannya cukup mudah. Hanya guna sukatan cawan dan blend sahaja. Tak perlu guna penimbang juga tak perlu mixer. Jom kita start jom!
Resepi kek coklat kukus moist

Sedap rasanya, memang moist sangat!!
Bahan-bahan (Di blend)
- 1 cawan serbuk koko
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 cawan minyak masak
- 1 cawan gula (Kalau nak kurangkan ke 1/2 cawan pun boleh)
- 3 biji telur
Semua bahan di atas di blend selama 5 minit.
Bahan-bahan (Diayak)
- 1 cawan tepung gandum
- 1 sk soda bikarbonat
- 1 sk baking powder
Cara-caranya.
1. Bahan yang sudah di blend tadi masukkan ke dalam bekas dan masukkan pula tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder yang sudah diayak.
2. Kacau sehingga sebati.ย Pastikan tidak berketul ya.
3. Dan apabila sudah sebati, masukkan ke dalam loyang. Pastikan pengukus sudah dipanaskan dan kukus adunan di dalam loyang tadi selama 40 ke 50 minit.
4. In case korang takde pengukus, boleh guna oven yang dipanaskan dengan suhu 160 darjah celcius dan bakar dalam 40 minit.
Bahan untuk topping.

Kek coklat yang dah siap dikukus, dan sudah diletakkan topping di atasnya. Nampak cantik dan berkilat. Jangan derhaka resepi ni ya, nanti tak menjadik haha
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan susu pekat manis
- 1/2 cawan serbuk koko
- 1/2 cawan air panas
Caranya
1. Gaulkan minyak, susu pekat dan serbuk koko di dalam bekas sehingga sebati.
2. Panaskan di atas dapur dan masukkan sedikit air panas. Pastikan ianya nampak sedikit likat dan boleh dituang ke atas kek selepas kek sudah siap dikukus atau dibakar tadi.
Buat kek sebelah mata je hihi
Mudah kan?
Susu tu pakai jenama apa pun boleh. Janji jangan pakai susu tepung sudahlah.
Tak perlu gunakan mixer, jadi sesuai untuk anda yang tiada peralatan seperti mixer ataupun oven. Kek ni sesuai untuk di bakar ataupun kukus. Saya dah cuba kedua-dua kaedah.
Nak kata rasa kek yang mana sedap?
Dua-dua cara pun sedap. Asalkan namanya kek coklat moist, memang tak tolak punyalah haha.
Mudah dan sedap
Cara tu mudah je. Dah tu guna cawan je dan tak perlu nak timbang bagai. Hasilnya memang sangat lembap dan sedap.
Saya dah cuba sendiri dan anak-anak suka sangat!! Seperti kek coklat moist yang dibeli di kedai. Bolehlah cuba untuk hidangan seisi keluarga.
Selain kek, anak-anak saya pun suka sangat cookies famos amos yang kami buat sendiri. Memang tak kedekut bahan. Lagi sedap!!
Resepi guna sukatan cawan
Kebanyakan resepi yang saya buat memang tak guna penimbang dan mixer. Sebab saya takde peralatan tu. Senang guna sukatan cawan je.
Tapi kalau dah jadi perlu nanti baru saya beli ok. On last but not least silalah cuba resepi sedap ni okay!
Boleh dijadikan pemanis mulut untuk berbuka, kek harijadi anak, anniversary atau apa-apa je. Kalau nak lebih menarik, hiaskan dengan chocolate rice, atau apa je yang ada kat dapur ya.
Selamat Mencuba!!!
moist tu
Wah! Nampak berkilat topping tu… sedapnya!
Boleh cuba ni nanti, thank you share resepi.
Nampak sedap ni. Nak cuba lah tapi nak tanya mana lebih sedap bakar ke kukus? Yang dibuat ni bakar ke kukus sbb tajuk kek kukus tp dlm video kata bakar dan kukus dikata bole juga sahaja. So mana sedap kukus ke bakar?
saya buat yang kukus kak. memang sedap dan moist sangat, akak letak dalam peti sejuk lagi sedap makan
Lawanya kejadian kek tu.Bella memang sejenis tak pandai buat kek dan kuih. Coklat moist memang faveret. Terasa betul nak Ramadhan ni. Hehe
sedapnya aju. another simple resepi today, tapi resepi kek pula. bolehlah save. free nanti boleh buat ๐
Wow! Nampak sedap dan menyelerakan.
Tak sabar pulak nak cuba. Resipinya pun tak banyak sangat bahan. Bahan-bahan pun di beli.
Anak dara mesti suka makan kek ini.
Cantik kejadiannya itu. Nampak sangat moist la kan?. Actually kami satu family tak gemar sangat chocolate moist ni tapi kami makan je kalau ada yang bagi. Selalu jiran / kawan bagi juga chocolate moist ni. Walaupun tak suka tapi kalau masuk peti ais sedap juga bila makan.
Memang sedap dan mudah sgt kan nak buat kek coklat moist ni. Qeela pon guna resepi yg sama mcm ni tapi adjust sikit gula etc tu sbb xnak manis2 sgt hehe. So far mmg tak mengecewakan ๐
sekarang ni memang mommy duk cari resepi je. lagi-lagi resepi bahan yang mudah dan tidak guna bahan yang banyak. kena tengok bahan ni ada tak kat dapur
Adoiii kecur air liur tengok kek coklat ni. Dah lama tak buat kek coklat. Nanti nak try buatlah. Nak ikut resipi akak guna sukatan cawan pulak.
Wahh nak cuba la nanti. Jimat kan buat sendiri. Tengok bahan pon senang je. Pandai awak masak. Time pkp ni la ramai yg rajin masak.hehe
ya Allah. gambar tu sungguh nakal.
rasa nak colek je kek tu dgn sudu ๐
esok memang nak buat kek coklat.
sabtu. kelmarin dah buat keria antarabangsa.
aida nak buat kek coklat ni dlm bekas dadih. kukus.
penyimpanan senang.
sedap ni, pernah juga cuba dulu. nampaknya dah terliur kenalah buat petang ni
yummy sangat la…rasa nak baking terus laaa
senangla bagi mereka yang xde pembakar kek kan. nak kena cuba ni.
nampak sedap..
terliurnya kek ni ๐
nampak sedap sangat aju