November 25, 2020

Bercuti ke Kuala Terengganu, menginap di Alanizz Cozy Stay

Bercuti ke Kuala Terengganu ni dah lama pun kami plan. Cerita ni sebelum PKPB Oktober 2020.

Saya dan geng-geng opis ni memang dah banyak kali pun bercuti bersama. Itulah annual event kami yang wajib untuk sama-sama berjimba and ‘me time’ together.

Ingat dulu kami bercuti ke Melaka. Kemudian kami ke Pulau Langkawi. Lepas tu ke Pulau Perhentian Kecil. Memang best lah!! Kawan satu kepala, no heart feeling gituuu!!!

Plan bercuti ke Kuala Terengganu

Bercuti ke Kuala Terengganu
Wajib ada gambar kat signboard ya, walau kene hon tapi gambar tetap maintain hahaha

Bukan senang nak plan percutian ni. Tarikh tu kami pilih beberapa bulan awal untuk pastikan semua available waktu tu. Tengok jadual exam anak-anak dan jadual suami supaya masing-masing supaya dapat bercuti dengan tenang.

Suami tu yang paling penting sebab dialah yang akan jaga anak-anak kalau para isteri-isteri ni pergi berjimba. Hahaha. Bagilah chance kan, bukan selalu.

Setahun sekali je. Macam raya yang dinanti setiap tahun gittew!!

Macamana kami plan percutian ni

Ok, mula-mula kami pilih lokasi percutian. Tahun ni kami lebih kepada tema Jalan-jalan Cari Makan. Bukan percutian ke pulau macam sebelum ni. Jadi kami decide nak ke Pulau Pinang, pekena kari kapla.

Tapi dengan kes jangkitan Covid 19 Sivagangga tu, kami tak jadi ke sana. Kami pilih lokasi yang jauh dari kebarangkalian Covid19 tu. Jadi kami pilih ke Kuala Terengganu.

Memang best pun kat KT ni sebab kedai makan banyak, menu makan best-best tu usah katalah. Memang berlambakan sana sini. Nak shopping pun no hal sebab Pasar Payang tu kira one stop centre. Semua pun hado!!

Bila kita dah decide tempat. Kami pilih pulak tarikh. Sebelum ni anak-anak kami terikat dengan exam PT3, ada yang exam PSRA. Tapi selepas PM buat pengumuman kata semua exam tu dibatalkan. Jadi mudahlah kami nak pilih tarikh yang baru.

Menginap di Alanizz Cozy Stay Homestay

bercuti ke kuala terengganu. Alinazz homestay
Itulah hasil shopping hari pertama sampai Ke Kuala Terengganu. Dapat bayangkan sampai hari ketiga macamana tak? 😂
Alinazz Cozy Stay Kuala Terengganu
Master bedroom, memang cantik bilik ni. Serius selesa. Ada toilet attached dengan bilik ni
alinazz cozy stay terengganu
Bilik kedua pun selesa

Kos pengangkutan dan penginapan

Dengan duit collection yang kami kutip beberapa bulan, kami bajet duit penginapan, makan, transport dan duit belanja lain.

Collect la RM50 seorang dan bayar sebulan sekali. Barulah tak terasa banyak nak kena kumpul kan.

Untuk percutian macam ni, komitmen tu kena ada. Komitmen untuk menabung dan mengikuti semua aktiviti yang ada. Bercuti setahun sekali memang banyak plan nak buat. Tapi kita ambil yang mudah dan senang untuk 3 hari tu.

Kami sewa kereta Innova dengan rate RM690 untuk 3 hari.

Untuk penginapan, kami menyewa di Alanizz Cozy Stay, Kuala Terengganu untuk RM461 untuk 5 orang selama 3 hari 2 malam.

Minyak petrol RM240, TnG RM100

Penting ada duit collection ni, barulah smooth percutian korang. Tu yang penting kengkawan satu kepala ni. Masing-masing faham dah perjalanan itinerary.

Apa yang best Alanizz Cozy Stay?

Rumah ni jenis teres Semi-D. Parking luas dan ada tempat untuk sidai kain. Memang cantik dan bersih rumah ni, terasa berada di rumah sendiri je haha.

Kelengkapan yang ada

1) Bilik tidur 2. Katil Queen 1. Single bed ada 2 dan ada extra bed.
2) Toilet pun 2 jadi korang tak berebut.
3) Di dapur ada mesin basuh juga. Bolehla basuh baju sambil on kipas, dan besok tu dah kering pun baju ko.
4) Peralatan memasak memang lengkap incase korang ada plan nak buat breakfast, lunch or dinner. Kami masak?? Taklah citer dia hahaha. Ada meja makan juga.
5) Seterika dan board
6) Hair dyer
7) Sejadah

Destinasi terdekat.

1) Muzium Negeri – 2KM (7mins drive)
2)Taman Tamadun Islam – 3KM (8mins)
3) Keropok Lekor Losong – 4KM (9mins)
4) Nasi Dagang Atas Tol – 4.5KM (9mins)
5) KT City Centre – 5KM (10mins)
6) LPT2 KT Exit – 12KM (15mins)

Jalan-jalan cari makan bermula

1) Celup Tepung Warung Adik Beradik

ikan celup tepung
Disebabkan Kedai Pok Nong tu ramai sangat orang. Kami ke kedai celup tepung yang berdekatan je. Pun sedap juga.

Seronok percutian ni. Tak payah nak fikir pasal diet. Asal naik kereta je terus google tempat makan best. Tak sempat pun nak rasa lapar. Sentiasa kenyang je perut memasing 😂😂.

Kalau tempat makan yang viral kebanyakan memang ramai giler orang. So kita ada pilihan lain jadi pergi je yang mana rasa mudah untuk kita pergi. Pun makanannya not bad.

Harga RM97

2) Planet ICT Pata Tok Jembal

planet ICT tok jembal
Maggi kerabu, sedap
Planet ICT Pata Tok Jembal
Nasi air
Repeat lagi celup tepung, tak jemu wehh

Pada saya makan-makan ni semua makanan pun sedap-sedap. Takde isu tak sedap yang timbul hahaha. Semua pun macam jerung, asal makanan sampai semua pun licin.

Biarlah baru je makan kuih akok, lepas tu boleh lagi makan dan makan.

Seronok sambil makan sambil borak. Tu yang ok je.

Harga RM57

3) D’Tunggal Seafood

D’Tunggal Seafood Kuala Terengganu
Muka-muka happy dapat makan sedap hahha
Amacam terliur tak? sedap wehhh tak tipuuu!!

Makan kan D’Tunggal ni pun menarik uols. Masak 3 rasa dia lain sikit macam kat KL tapi sedap. Paling suka lala tu masak apa ntah tak ingat dah hahaha. Harga pun murah uols!!

Berbaloi makan untuk 5 orang dengan pelbagai menu. Ikan siakap 3 rasa, lala, tomyam, kangkung belacan.

Harga RM108

4) Nasi Dagang Kak Jah (Bukit Besar)

nasi dagang kak jah kuala terengganu
Sedap kedai ni, ramai orang
bercuti ke kuala terengganu
Wajiblah makan nasi dagang kalau ke Terengganu, sedap giler wehh
kuala terengganu makan nasi dagang sedap
Siap tapau bawak balik untuk keluarga. Saya tak tapau, terasa kekesalan di situ hahaha.

Inilah sarapan kami sebelum balik ke KL. Banyak lagi tempat makan yang kami singgah. Tapi saya tak masuk kat sini.

Kalau korang google memang banyak tempat yang diorang recommend. Tapi tengoklah kedai tu buka ke tidak. Tapi yang pasti memang semua pun sedap.

Nasi dagang Kak Jah ni, ko nampak je simple. Tapi rasa dia perghh, nasi lembut dan kena dengan ikan tongkol tu!!

Memang terliur kesedapan. Murah giler wehh!!!

Harga RM25.80.

Innova memang selesa

Kami sewa Innova ni Shah Alam. Deposit RM200 dan dokumen yang diorang perlukan adalah salinan IC, bil dan IC penjamin. Memang baguslah sewa Innova, sebab selesa dan boleh bawa hasil shopping kami 3 hari ni 😂.

Sikit lagi nak penuh sampai ke bumbung kereta. Beli kain batik, kuali, buah anggur, keropok lekor, budu dan sos keropok.

Dan bercuti ke Kuala Terengganu ni memang best sangat-sangat. Walau bercuti dengan norma baharu. Tulis nama, check in apps, ambil suhu dan jaga penjarakan. Singgah Pantai Penarik, bergambar sakan.

Tapi takde yang mengeluh sakit kaki walau ada geng kami yang pregnant.

Terbaiklah korang. Salute!!

Seronok bercuti harap dapat bercuti lagi

Cuma ada geng kami yang tak dapat join percutian ni atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Untuk Nurul, Kak Ana dan Intan, kami berdoa lepas ni kita semua dapat bercuti bersama-sama lagi ya.

Aaminn.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

25 thoughts on “Bercuti ke Kuala Terengganu, menginap di Alanizz Cozy Stay

  1. Wow so many places to visit in Terengganu and the food look delicious. I have not visit Terengganu. Will refer to your recommendation if able travel again.

  2. Seronoknya dapat bercuti dengan kawan². Dapat me time sesekali kan. Cx sejak kawen memang idokler dapat kemana² xgn kawan². Nak kemana² pon dengan family. Best bila dapat kawan satu kepala. Semua olan jadi mudah. Cx tak pernah lagi ke Terengganu . Boleh save ni

  3. Seronoknya dapat bercuti dengan kawan². Dapat me time sesekali kan. Cx sejak kawen memang idokler dapat kemana² xgn kawan². Nak kemana² pon dengan family. Best bila dapat kawan satu kepala. Semua olan jadi mudah. Cx tak pernah lagi ke Terengganu . Boleh save ni Loading…

  4. Wah… Seronok nya tengok pi bercuti, jalan jalan cari makan, holiday me time ngan kengkawan. Kita ni dah lama nau dok terperap jer… Huhuuu… Cepat laaa covid19 lenyap. Aamiinnn

  5. awaaaaaakkkkkk.. kite memang niat nak ke Terengganu habis PKP.. hee~ nanti boleh cari homestay best yang awak rekomen ni.. saya kalau pegi bercuti pun memang lagi selesa cari homestay, rasa macam kat rumah sendiri..

  6. Best kan dapat cuti bersama rakan-rakan.. satu terapi untuk lepaskan stress terkurung kat rumah for almost 1 year dah tak lama lagi.. Kuala Terengganu ni memang food paradise di Pantai Timur ni.. serious baru Kitkat tahu lepas my last trip to KT. boleh repeat lagi ni…

  7. Selalu pergi Trengganu tapi belum sampai lagi ke KT ni haaa.. sampai Paka aje. Kalau plan cuti reramai gini seronokkann.. memang kena stay homestay baru feel bercuti tu best.. homestay dia pun nampak selesa dan besar..

  8. girls’ day out la ni ye. seronok nyerrr!
    bff aida a grup dok plan je utk day out gini. tapi dek covid & pkp berulang-ulang, plan kami stucked. lagipun, kami-kami ada yg frontliners, cuti terhad, ber hu hu huhu jer la dulu, aju. tangguh…
    terengganu memang antara tempat feveret aida. murah. makanannya pun sedap ya Allah. pantai cantik. aman damai. celup tepung tu, hmmmm something wajib kalau kami naik pantai timur. biasanya time pergi, kami singgah. time balik, bye bye aje, sebab rushing nak tiba melaka before maghrib.

  9. rindu terengganu. setiap tahun mesti pi sebab pi candat. tahun ni je tak dapat pi. nasi dagang, celup tepung memang must have kalau ke ganu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: