Cara cuci peti ais menggunakan air cuka
Dah lama sebenarnya nak kongsikan tips cuci peti ais ni, tapi tahap malas ya ampun tak tahulah pasal apa. Kalau ikutkan saya akan cuci peti ais ikut kerajinan. Kalau sebulan sekali tu kira rajin dah tu. Padahal bukan susah, cuci peti ais dengan air cuka je pun.
Tapi bila urat malas dah takde, tetiba mood rajin datang tiba-tiba. Dia yang rajin tu sebab si budak kecik tu dah tido awal malam tu, tu yang cepat je nak kemas itu ini. Biasalah itu ‘pendamping’ namanya, bila dia dah tidur baru semua kerja boleh dibuat dengan cepat dan mudah.
Cara cuci peti ais
Sebelum ni saya cuci guna air paip biasa dan dilap dengan tuala basah tanpa guna sabun atau bahan lain. Tapi kali ni saya cuci peti ais dengan air cuka dan campuran air paip. Sebab dari pembacaan saya, cuka ni adalah bahan pencuci yang terbaik dan selamat untuk digunakan ya.
Korang boleh guna cuka untuk masakan itulah kengkawan. Saya gunakan beberapa titik dan dicampurkan dengan air paip. Dah tu celupkan tuala good morning dan perah justeru teruslah lapkan peti ais sebersihnya.
Mudah kan?

Suami dan adam yang sama membantu, terima kasih bang, saya tau cabut je tray tu, nak pasang saya dah lupa hahaha
Step by step bersihkan peti ais
Langkah pertama
Tapi sebelum tu, pertama sekali, keluarkan segala mak nenek barang yang ada dalam peti ais. Saja saya tak tunjuk gambar sebelum tu sebab dikhuatiri korang pengsan, bangun, pengsan lagi dan tak bangun-bangun. Hahaha sebab tempoyak tahun lepas pun ada lagi.
Tapi jangan risau sebab kat tong sampah dah saya campakkannya. Itulah kelemahan sayangkan barang. Tu yang buat peti ais sarat dengan barang yang tak perlu.
Langkah kedua
Bila dah keluar segala mak nenek barang yang ada dalam peti ais, mulalah bawa keluar tray peti ais tu satu persatu. Tray yang tepi pintu, barulah rasa susah nak bawa keluar sebab dah melekat dengan kicaplah, susulah yang dah tumpah dalam peti.
Dan tray tu terus basuh guna sponge kat sinki. Janganlah masuk mesin basuh pulak kan, hahaha melawak je. Basuh bersih-bersih. Saya guna sabun basuh pinggan je.
Langkah ketiga
Kemudian bila dah clear peti ais, laplah dengan hati gembira sebab ko adalah tak sabar nak tengok hasilnya hahaha. Buat cepat-cepat tapi pastikan peti ais bersih ya.
Dan dapat tengok hasil kotoran seperti dalam besen di atas. Sambil lap, sambil basuh kain tu. Dan ulang lagi langkah sama.
Langkah keempat
Eiiyeee kotorlah kan. Lepas tu saya asingkan barang mana yang boleh pakai dan tak. Yang masih boleh pakai tu simpan dalam peti semula, yang dah setahun expired tu campaklah dalam tong sampah dan jangan fikir lagi dua tiga kali hihihi.
Yang mana boleh simpan dalam tupperware masukla dalam tupperware, takpe nak guna tipuweii pun boleh janji kemas. Dan taraaaaa!! Inilah hasilnya.
Langkah kelima
Bila dah siap kemas bahagian bawah, korang sambunglah bersihkan bahagian atas di peti ais beku pulak. Hmm bercinta nak lap, sebab saya lupa bahagian atas ni ada hihihi.
Sambunglah kejap sebab bukan teruk mana pun. Dan bila dah siap lap peti ais, masukkan semula tray yang dah siap di basuh bersama barang yang perlu dan telah siap diasingkan.
Dan bila tengok hasil macam ni rasa hati seronok tak terkira, dan hasilnya jam 12 pun belum tidur lagi sedangkan biasanya pukul 10.30 malam saya sudah hanyut. Yeay lega settle satu kerja yang ke sekian kali tertangguh lamanya.
berkilau peti ais tu..nk cuci mmg bercinta kn tp tula kena cuci juga…
Ibu singgah blog walking hari isnin. Dah macam baru peti ais aju tu. Blink blink
Cuka memang ada banyak kegunaan untuk keperluan rumah. Salah satu darinya ialah bersihkan tile dan peti sejuk
Terima kasih aju atas tips yang bagus ni. Mazni nak cuba
Peti ais yang tak di bersihkan jadi berkerak dan nampak buruk. Elok bersihkan selalu.
Wah da mcm baru peti ais tu.😍
Kt rumah muja tu, nasib baik Nik pandai jaga. Pandai buang kalau barang dah seminggu lebih. Setakat ni ok lagi. Lagi 2 3 bulan tak tahu lagi. H3h3
belum pernah saya guna cuka untuk cuti peti ais..
mahu jug saya juga nanti
oh baru tahu cuci peti ais dengan cuka. kena try ni. hehehe ^_^
Nampak bersih, kemas dan tersusun. Memang kena selalu cuci peti ais lah kan?