November 26, 2020

Jom Nikmati Steak dan Pasta Terbaik di Rumah

Jom Nikmati Steak dan Pasta Terbaik di Rumah.

Makanan Barat boleh dianggap sebagai satu subjek yang luas kerana menu makanan barat ini biasanya digabungkan sebagai makanan Eropah dan Amerika.

Disebabkan itu pilihan menunya sangat banyak hingga membuatkan kita sukar untuk menentukan mana satu makanan kegemaran dalam senarai western food ini.

Antara menu yang paling digemari adalah burger dan pizza. Tapi, bagi para pencinta daging pastinya menu stik yang paling melekat di hati.

Jom Nikmati Steak dan Pasta Terbaik di Rumah

Bercerita tentang makanan Amerika, asal usul makanan barat ini bermula dalam masakan Eropah dalam usia beberapa ratus tahun yang lalu. Ketika itu hamburger diciptakan sebagai salah satu cara makan bagi pendatang Jerman Amerika untuk menikmati makanan Jerman dari rumah.

Dan tatkala itu juga orang Amerika menjadikan pizza, yang sebenarnya adalah hidangan klasik Itali sebagai makanan mereka sendiri.

Hari demi hari makanan barat semakin meluas sehingga boleh tiba ke negara Asia.

Tahun demi tahun, abad demi abad, akhirnya saat ini makanan barat sudah kelihatan biasa sebagai salah satu pilihan makanan untuk rakyat di Malaysia.

Oleh itu, semakin bercambahlah masakan Eropah hingga boleh membuat pesanan makanan dalam talian di Kuala Lumpur dan seluruh Malaysia amnya.

Selain dari menu barat yang telah diperkatakan tadi, spaghetti dan pelbagai jenis pasta yang lain turut mendapat tempat di hati para pencinta makanan barat ini.

Pasta yang berkrim disamping menu steak yang dipotong kecil, mungkin kelihatan sedikit minyak tetapi itulah gabungan makanan serasi yang sangat padu!

Makin Puas Bila Dapat Makan Steak Dan Pasta Bersama Keluarga Di Rumah

Pasti ramai yang ingin menikmati makanan barat yang sedap-sedap di rumah. Apa lagi jika dapat makan steak daging yang berjus bersama pasta yang sedap. Gabungan terbaik ini sekali makan tentu akan kenyang tersandar.

Tapi, dalam masa yang sama kita saling sedar yang menu steak dan pasta ini bukannya mudah untuk di masak. Lainlah kalau memang ada skill dalam bidang memasak dan tahu tips bagaimana untuk masak steak daging yang terbaik.

Walaubagaimanapun, hajat untuk makan steak dan pasta terbaik di rumah itu masih boleh menjadi kenyataan.

Tak tahu masak pun tak apa kerana pihak Foodpanda senantiasa bersedia untuk menyampaikan info tentang lokasi western food near me berserta dengan servis penghantaran untuk makanan itu sekali.

Pelbagai Pilihan Makanan Barat Untuk Pesanan Online Ada di Website dan Aplikasi Foodpanda

Di bawah ini adalah sebahagaian daripada menu barat untuk pesanan online atas talian yang ada di website dan aplikasi Foodpanda. Betapa banyaknya pilihan makanan barat dari steak, burger, pizza, pasta dan banyak lagi.

Antara restoran yang bergabung dengan Foodpanda bagi memudahkan pelanggan menikmati menu makanan barat ini adalah seperti yang di bawah ini.

Seronoknya Bila Dapat Makan Sambil Tonton Movie

Steak boleh dimakan dalam suasana romantik dan sebaliknya. Jika kebetulan hanya makan dengan pasangan bolehlah dalam suasana sweet dengan bertemankan cahaya lilin.

Walau hanya berdua di dalam rumah tak salah untuk wujudkan suasana sebegini. Bagi yang makan secara beramai-ramai, pastinya akan terasa makin seronok jika boleh nikmati sambil tonton movie terbaru.

Untuk buat pesanan tidak susah, hanya perlu muat turun aplikasi Foodpanda ke telefon bimbit, masukkan lokasi dan bolehlah mula buat pesanan untuk pilihan makanan yang diinginkan.

Dengan adanya servis pesanan atas talian dan penghantaran terus sehingga ke depan pintu rumah sebegini, masa yang ada boleh dijimatkan, kos minyak kereta boleh di selamatkan malah tenaga untuk pergi beli atau makan terus di restoran juga boleh dihadkan.

Lagi-lagi di dalam tempoh berkurung kerana virus COVID-19 ini, dari perlu merisikokan diri sendiri, ada baiknya kekal duduk di rumah saja.

Terasa nak makan menu makanan barat seperti steak dan pasta yang enak? Gunakan hujung jari saja kerana Foodpanda sentiasa bersiap sedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik mereka pada kita.

Ingat makanan, terasa nak makan bila-bila masa, terus order melalui Foodpanda.

ajumohit

Hi sayalah tuan blog!!

View all posts by ajumohit →

One thought on “Jom Nikmati Steak dan Pasta Terbaik di Rumah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: