Electrolux Dryer memudahkan kerja mengering baju.
Bayangkan saya satu family 7 orang, anak ramai 5 orang almaklumlah kan hahaha. Setiap hari mesti wajib basuh kain baju.
Kalau miss satu hari pun, besoknya akan bertimbunlah baju kotor di bakul baju.
Cabaran mak-mak basuh baju
Dengan baju sekolahnya, baju kerjanya dan baju harian di rumah. Lepas basuh nak sidai dan nak lipat pulak, hmm bercintanya.
Itulah masalah negara ibu-ibu di rumah kan, takpe kita sama je jangan risau :). Lepas tu sidai kain kat ampaian, bila hujan mesti lembab sebab kene tempias.
Perasaan kita kat opis, alahai basahlah kain aku :). Berapa hari pulak nak kena jemur dengan baju yang baru basuh lagi kan.
Setiap hari saya akan bercerita dan berkongsi masalah dan cerita dengan geng opis.
Diorang akan bagi solution belilah dryer kak. Mesti kerja mudah dan senang sebab dah tak payah nak sidai kain bagai. Akak anak ramai, memang dah jadi keperluan pun dryer tu. Katanya.
Kenapa mesti ada dryer? Ok ke tak dryer ni?

Mudah kerja mengeringkan baju kalau ada dryer ni

Puashati dengan kualiti dan hasil keringan ni
Antara sebab saya taknak beli dryer ni bukan apa, duk fikir ok ke pakai dryer?
Tak rosak ke baju?
Tak tinggi ke bil elektrik?
Macam-macam duk fikir sebenarnya. Sebab bil-bil ni saya yang bayar. Suami bayar loan kereta dan rumah.
Begitu..
Sampailah satu hari tu kitaorang terdesak sebab kain banyak sangat. Tak boleh nak sidai sebab musim hujan, then hantarlah ke dobi self service. Dalam hati fikir, mudahnya ada dryer macam ni, memang senang kerja.
Lepas tu fikir nak beli jenama apa pulak kan? Bila survey ramai kata jenama elextrolux ni bagus. So saya dan husband pun duk survey jugakla.
Survey harga Electrolux Dryer
Makanya saya suarakanlah hasrat hati pada suami untuk memiliki dryer. Suami kata ok, tapi saya kene belanja.
Aduihh half-half boleh bang?
Dia accept hahaha tenkiu!!!
So kita survey dryer la pulak, tengok brand mana yang ok, kapasiti maksimum berapa kg, function dia semua tu.
Ding dong ding dong, akhirnya kami beli jenama Electrolux, kapasiti 7KG dan harganya dalam RM1,100.
Saya beli dryer ni di Mudah.my dan yang bestnya dryer ni masih baru. Owner belikan untuk rumah sewanya, tapi since penyewa tak pakai. So dia decide jual je dryer ni.
Kalau ikut kat market harganya RM1,550 macam tu.
Dryer jenis Condenser

Gandingan mesin basuh dan dryer. Banyak membantu meringankan kerja mak-mak ni
Saya pilih dryer jenis condenser sebab mudah untuk diletakkan dalam rumah. Jenis condensor ni takde hose untuk keluarkan suhu atau angin panas tu.
Jadinya wap panas tu akan bertukar menjadi wap air dan bertakung dalam bekas sebelah kiri atas tu. Setiap kali habis dryer kain saya akan buang airnya.
Jangan lupa pulak sebab nanti memang dryer korang akan stop sebab air dah penuh sangat. Pernah je anak-anak lupa nak buang, so kain memang lembap sebab mesin stop sendiri.
Dan mesin dryer ni dah almost 2 tahun kami guna, Alhamdulillah sangat membantu kerja harian.
Anak-anak pun dah boleh tolong ibunya basuh kain, then transfer ke dryer sebelah untuk dikeringkan.
Pengalaman guna dryer Electrolux, ok tak?
Dari segi kualiti kain masih sama, takdelah kata kain tu jadi buruk, kejung ataupun berkedut.
Setakat ni setiap kali lepas dryer kain, kain tak kedut seribu. Janji, ikut kapasiti dryer tu.
Jangan letak terlampau banyak kain. Insha allah kain ok tak berkedut.
Dan bil elektrik pun masih terkawal, sebulan dalam RM180 ke RM200 bilnya.
Guna setiap hari plus mesin basuh, aircond, peti sejuk.
Yang pasti kerja semua jadi mudah bila dah ada dryer.
Dan bagi saya bil tu still berpatutan dengan penggunaan barangan elektrik yang ada dalam rumah ni.
Tak perlu nak sidai malam-malam
Ingat lagi dulu-dulu lepas basuh kain dengan mesin basuh, bercintanya pulak sebab lepas tu nak kene sidai kain.
Biasanya lepas balik kerja pukul 7 malam baru sampai rumah, then on mesin basuh.
Jam 9 malam barulah nak sidai kain. Sidai kain sensorang memalam lak tu, memacam perasaan bermain di fikiran.
Momoklah, apelah hishhh tetap penakut walau dah tua bangka.
Electrolux dryer memudahkan kerja
Tapi yang paling utama, sejak sakit kat belakang badan yang kene slip disc ni berulang lagi, dah tak payah dah nak angkat bakul kain berat-berat macam dulu.
Biasa macam itulah kan, lepas dah siap mesin kain, masuk kain dalam bakul dan angkat pulak ke luar rumah untuk disidai.
Kalau tak boleh nak angkat sebakul, angkutlah sikit-sikit dan sidai kat luar. Syukur meringankan kerja jugaklah dengan adanya dryer ni.
Jimat masa nak menyidai kain kat luar.
Jiran pun perasan saya tak sidai baju
Eh korang jangan tak tahu tau, makcik depan rumah saya ni siap tanya lagi, ju tak sidai kain ya? Kain hantar dobi ke? Makcik tanya sebab bibik belakang rumah dia yang minta tanyakan.
Hahahaha nak tergelak pun ada mendengar statement makcik ni. Rupanya ada juga yang memerhati aktiviti harian saya, segan pulak tetiba hahaha.
Bila saya kata saya pakai dryer, makcik tu pun seronok nak dengar. Saya pun menerangkanlah perihal sebenarnya dan dah macam salegirl pun ada rasanya kakakakaa.
So untuk para suami yang nak membantu meringankan urusan harian keluarga anda, bolehla beli dryer ni untuk hadiah birthday wife korang atau hadiah anniversary korang.
Kalau mana yang kata tak tau dah nak bagi hadiah apa, nah ini masuk dalam wishlist korang ya yayayaya…electrolux dryer memudahkan kerja mengering baju, yeay!! 😂
betul.. betul.. memang mudah pakai dryer ni.. Saya pun baru beli tapi brand Hesstar je..
Seronoknya..kena tunggu kaya sikit baru boleh beli 🙂
Kalau kena musim hujan memang sangat berguna dryer ni. Takla baju bau lembab
Sekarang ni kalau malas nak keringkan baju banyak banyak kami bawa baju dah basuk ke dobi. pakai dryer besar
Terutama sekali masa musim hujan kan sebab baju tak berbau hapak
membeli Dryer adalah satu pilihan yang sangat bijak kerana tidak perlu nak membuang masa sidai baju..
jika nak hantar dobi..
memang mahal dan jika pakaian banyak sediakan sahaja RM10 ke atas untuk cucian dan pengeringan..
so ..
cara yang afdal hantar sahaja dalam mesin basuh dan dyer sendirian berhad.
nak beli juga..tp tunggu suami setuju nak sambung rumah…dah tak muat weh
Canggih lah dapur aju, pakai dryer je tak payah nak sidai sidai lepas ni
lamanya x singgah sini..
wah..bestnya aju dah ada dryer..senang dah x yah jemur2..masuk mesin kuar terus libat..
lamanya x singgah sini..
wah..bestnya aju dah ada dryer..senang dah x yah jemur2..masuk mesin kuar terus libat..
salah satu wishlist ainey jgk tu..moga terkabur.. 🙂
Pakai dryer ni pun kena ada ilmu juga. Tak semua baju sesuai pakai dryer. ROsak fabrik ni nanti
Mmg skrg dryer mmg mcm penting tau.. sbb cuaca kita xmenentu.. mcm aju anak ramai mmg berbaloi ada dryer
Tambah lagi bila hujan..kain dah basuh tak kering²..hari juga…syoknya dah ada dryer ni..eh, nak bodek encik suami lah😁
Keperluan makin mendesak juga ni. Simpan duit tabung dryer lah nampaknya..hehe