Pokok tomato mula berbuah, tak sabar nak petik!

Pokok tomato mula berbuah. Nak tahu sapa paling happy?

Mestilah saya!! Hahaha.

Dari  menggembur tanah, tanam biji benih, siram pokok dan tabur baja. So bila dah berbuah of course I’m the happiest person!!

Minat bercucuk tanam

pokok daun kesum tanam sendiri
pokok kesum ni yang paling mencabar. Dah 10 kali tanam baru menjadik. Jangan kata sejuk atau panas, yang penting kene tahu cara yang betul untuk tanam pokok ni.
pokok kunyit tanam tepi rumah
Ini saya tanam guna ibu kunyit. Memang daunnya besar dan subur kan?
cili padi semai sendiri
Ini saya tanam dari awal PKP. Sekarang setiap hari berbuah. Saya ada 10 batang pokok cili ni. Setiap hari dah boleh kutip hasilnya.

Saya perasan sejak bermulanya PKP tu hari saya semakin suka bercucuk tanam. Jangan tanya kenapa. Mungkin nakkan sesuatu yang boleh mendatangkan hasil selain menggemukkan diri.

2 benda ni je yang ramai orang buat masa PKP. Kalau tak masak, bercucuk tanam. So saya pilih kedua-duanya. Haha.

Sambil berkebun kat luar rumah, boleh dengar anak-anak riuh kat dalam tu. Hmm mungkin berkebun ni satu cara untuk “me time” jugak kan.

Lagi satu bila kita selalu gunakan tumbuhan tu untuk masakan contohnya masak asam pedas dan laksa. Selalu guna daun kesum kan? So dari situ sambil membeli sambil cuba untuk tanam.

Pokok kesum ni paling mencabar keimanan. Haha. Memang susah betul nak menjadi.

Asal tanam je mati. Asal mati je mesti pokok kesum. Akhirnya berkat sabar dan teknik yang betul, Alhamdulillah hidup juga.

Sekarang dah boleh guna daun kesum tanpa beli kat kedai. Lagi kita petik, lagi banyak anaknya yang tumbuh. Kan jimat tu!

Macam tu juga cili padi, memang suka sangat berulamkan cili padi ni. Buat sambal kicap, sos cicah ikan bakar.

Berbaloi menunggu berbulan-bulan. Sekarang hari-hari pun boleh petik. Emm seronok!!!

Dan boleh tengok kat resepi apa yang kami masak masa PKP. Dan boleh tengok juga kat berkebun apa hasilnya.

Dari satu sayur ke sayur yang lain

Lepas tanam pokok timun, sawi dan bayam. Musim diorang ni dah habislah kiranya. Hihi. senang cerita saya nak tanam pokok lain lah pulak.

BACA  Hasil tuaian sawi dan kangkung di kebun tepi rumah

Sebenarnya bila tanam sawi dan bayam, pokok ni selalu dimakan siput. Saya taburkan racun. Memang berkesanlah racun siput tu.

Tapi datang pulak belalang. Dari yang sekecil-kecil sampailah ke atuk belalang pun ada.

Tapi takpela saya anggap sedekah je sayur tu pada mereka. Diorang pun nak makan juga kan.

Sekarang ni bila saya tanam kacang botol, diorang makan daun tu pulak. Memang rimbun daun kacang botol, buahnya bolehla dapat 3/4 biji sekali tuai.

Hmm eloklah takdelah kacau pokok tomato dan terung tu.

Di tapak yang sama, saya tukar dan topup tanah hitam yang dibeli di kedai hardware dan saya tanam pula tomato dan terung.

Berapa lama pokok tomato berbuah?

tomato dah mula berbuah
Pokok tomato ni mula berbunga dari awal November 2020. Lama betul menunggu si bunga ni muncul hahaha

Saya beli biji benih tomato dan terung ni kat kedai hardware juga. Masa tu husband pergi cari lampu, so kita ikutlah sekali. Sambil tu beli sekali biji benih.

Kalau tak silap saya mula tanam pokok tomato ni pada 3 bulan lepas. Pastikan tanam pokok ni di tempat yang boleh dapat cahaya matahari dan tiada air bertakung selepas disiram ya.

Dan awal November 2020 pokok tomato dan terung sudah mula berbunga. Masa ni dah terasa happy tu sebab dah tu tak lama lagi dah boleh tengok buahnya.

Tapi bila setiap kali siram pokok ni, saya belek-belek juga. Takde pulak buahnya. Kecewa sangat huhu.

pokok tomato dah berbuah
Hello sis, comelnya kamu
terung dah berbuah
Si terung pun dah muncul ha

Dan saje saya tak jenguk untuk seminggu dua. Agaknya malu kot hari-hari jenguk dia.

Dan tak disangka satu hari tu bila saya tengok betul-betul, wah pokok tomato mula berbuah rupanya. Seronok sangat!!

Setakat ni baru ada 2 biji je buahnya. Itupun dah seronok sangat!!

BACA  Kebun sayur mini tepi rumah

Jangka hayat pokok tomato

buah tomato ceri
Tak sabar nak petik ni

Saya suka baca di blog dan juga group menanam di FB. Dari situ bolehla belajar macamana nak tanam dan menjaga pokok sayuran.

Kalau ikutkan jangka hayat pokok tomato lebih kurang 6 bulan. Tak pastilah pokok tomato saya ni lama mana bertahannya. Sebab baru je bela kan.

Saya guna baja AB yang dibeli di nurseri. Ada sukatan bancuhan dan kat Shopee pun ada jual tau. So taip je Baja AB, dia akan carikan untuk korang.

Menanam ni memang kena rajin. Biasa saya akan siram sehari 2 kali. Tapi bila dah musim hujan kerja tu lebih mudahlah.

Tak perlu nak siram kerap dah. Syukur :).

Tapi saat ni sayu pulak terkenang arwah ayah. Masa saya kecik-kecik arwah ayah rajin tanam sayur kacang panjang, jagung, pokok rambutan, limau bali, belimbing, nenas, durian.

Memang rajin sangat dan kami merasa semua hasilnya. Mungkin kerajinan saya ni dari arwah juga kot. Sedih tetiba, sobss sobss.

Al Fatihah untuk arwah ayah.

21 thoughts on “Pokok tomato mula berbuah, tak sabar nak petik!”

  1. Wahh bestlah dapat berkebun kat rumah boleh petik hasil kita pun suka tengok pokok sayur yang dah keluarkan hasil dengan banyak bestny dapat petik segar-segar hehehehehehe kita nak tanam juga tapi asyik mati jer…

  2. Seronoknya dapat menuai hasil. Samalah dengan kami, tanam kesum entah berapa kali, tak pernah hidup. Kononnya dah dapat petua supaya tanaman kesum menjadi. Tanam lagi dua hari lepas. Tengoklah nanti jadi ke tidak dengan petua baru.

  3. Waaa gemok-gemok tanamannya, Sis tangan tak boleh betul tanam sayuran, kalau pokok dedaun boleh, bunga hancusss… ingat nak jugalah try tanam tomato gitu..

  4. saya pun minat tanam2 pokok, memang start masa PKP ari tu jugak
    so far pokok cili dan kacang rajin berbuah
    pokok kunyit asyik mati/kurus mcm nak mati, pokok kesum dh mati, now baru tanam balik 🙂

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

%d bloggers like this: